Bagi Mawar, Haidar masih anak kecil dia. Yang harus dia belai dan manjakan. Dia masih belum bersedia untuk melepaskan anak-anak dia pergi. Baik Haidar mahupun Raden dan dua orang anak kembarnya, semuanya sama saja.

"Tak-"

"Okay as you wish."

Mawar pantas menoleh ke arah Engku Raid. Lengan suaminya dicuit. "Abang, kenapa abang benarkan Haidar tinggal sendiri?"

Haidar sembunyi senyum. Papa dia, meskipun terkadang tegas tetapi dalam diam tetap menyokong setiap keputusan dia. Dia tahu, Engku Raid berada di pihak dia. Ceit!

"Biarkanlah dia nak tinggal sendiri. Haidar ni pun bukan kecil lagi. Dah 17 tahun, lelaki pula tu," balas Engku Raid tenang. Sebelah tangan diselukkan ke dalam poket seluar.

Setenang-tenang dia pun, setiap kegiatan anak-anaknya tetap berada di bawah pengawasan dia. Bukan dia saja-saja seakan tak mengambil tahu.

"Ha senyum-senyum. Sukalah tu kan?" Senyuman Haidar mati. Sengih kecil, dia terus membuka langkah pergi dari situ. Lebih baik dia melarikan diri sebelum perlu mendengar bebelan Mawar selama tiga jam tanpa henti.

















اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.










"ISHH kau ni bang! Itu ayam aku!"

Tajam mata Mawar menyoroti pergaduhan kecil anak kembar dia. Pasangan kembar lelaki dan perempuan. Ingat lagi waktu dia dan Engku Raid cuti berbulan madu di Indonesia waktu itu? Ala yang waktu main geletek-geletek, kejar-kejar bagai-

Ah tipu sangatlah kalau tak ingat. Dekat chapter lepas ada. Baik engkorang pergi baca semula, mana tahu tiba-tiba amnesia beberapa hari ke. Hahaha.

Hah tiga minggu selepas pulang dari Indonesia, Mawar terus disahkan hamil. Dan paling menariknya, kandungan dia kembar. Bermakna twin made in Indonesialah kan?

Baik, mari kita kenal seorang demi seorang anak Engku Raid dan Mawar.

Nahar Haidar, anak paling nakal! Suka membelasah budak-budak di sekolahnya. Baran dia bukan main-main, tak boleh nak kawal langsung. Jika kau tersentuh baju dia sikit pun, memang separuh mati dia kerjakan.

Tapi senakal-nakal Haidar, dialah anak yang paling mendapat perhatian Engku Raid dan Mawar. Manakan tidaknya, serasanya staf-staf di pejabat sekolah Haidar semuanya sudah cam wajah Engku Raid. Lelaki itu memang selalu turun naik ke sekolah itu untuk menyelesaikan masalah yang dicetuskan oleh Haidar.

Engku Raden Mikael, anak yang terpaling suci! Ceit, tak adalah. Raden paling rapat dengan Haidar. Tapi perwatakan mereka jauh beza. Raden lebih mendengar kata dan kerap bertempel dengan Mawar. Anak mak gitu.

Seterusnya, pasangan kembar mereka. Engku Rafael Maliki dan Engku Rasha Malaika. Pasangan kembar itu kini sudah berusia 15 tahun. Bersekolah di tempat yang sama dengan Raden.

Mawar Milik Raid[C]✅حيث تعيش القصص. اكتشف الآن