MMR|16

34.5K 1.8K 161
                                    

"Demi Tuhan, ku takhtakan cinta bersulamkan air mata. Kerana dia, insan setia."

—————



SUARA bising beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi yang sedang berbual tidak jauh daripadanya langsung tidak mengganggu konsentrasi dia untuk menyiapkan tugasan.

Hanya sesekali keluhan dilepaskan. Bukan mengeluh tidak bersyukur, cuma...dia rasa letih bila memori lama kembali menjengah fikiran. Jemari yang menaip laju di papan kekunci laptop terhenti seketika.

Bernikah semalam, hari ini dia sudah menghadiri kuliah seperti biasa. Tak ada cuti berbulan madu seperti pasangan pengantin baru yang lain.

Dia berkahwin bukan kerana atas kerelaan diri. Bukan juga fantasi yang dia selalu terimpikan sejak dulu. Ianya bagai mimpi ngeri. Demi Tuhan, terkadang dia sendiri letih.

Apa dosa yang dia telah lakukan sepanjang hidup sehinggakan dia layak menerima kehidupan seperti ini? Sesaat dia beristighfar dalam hati.

Kau tak layak untuk mempersoalkan takdir Tuhan, Mawar! Kepala digeleng, mengusir anasir yang cuba merosakkan fikiran.

"Bahhh!"

Impak daripada sergahan itu, nyaris dia ingin membaling selipar jamban milik makcik cleaner yang sedang menyapu di sebelah kepada si gerangan hanat yang menyergahnya itu.

Tangan naik mengusap dada. Nasib tak luruh jantung dia. Ni Islam ke tidak? Salam mana salam? Mawar menghadiahkan sebuah jelingan membuatkan gerangan itu ketawa kecil.

"Adab mana adab? Tersepit celah otak ke apa?" bidasnya bersama kening berkerut.

Anna berdehem pendek, cuba membetulkan kotak suara. Tadi dia datang ke kantin memang tujuan untuk mencari Mawar. Tapi  bila melihatkan gadis itu seperti sedang termenung, memang rezeki dia untuk mengenakan gadis itu.

"Alah tak rilek kau ni. Gelabah bontot sangat. Gurau je pun. Tengah bendera merah ke apa?" Anna mengangkat kening lalu melabuhkan punggung di sebelah Mawar tanpa meminta izin.

Dasar biadap yini budak.

Mawar tidak melayan, sebaliknya dia kembali fokus menghadap skrin laptop. Mengabaikan Anna yang sesekali menjenguk untuk melihat wajah mencukanya. Gadis itu terkekeh.

"Mawar."

"Hm?" Mawar bergumam pendek.

"Aku peliklah," ujar Anna tiba-tiba.

Dan Mawar pun angkat wajah bila mana melihat Anna yang seperti memikirkan sesuatu. Jemarinya sekali lagi terhenti daripada menari gelek di atas papan kekunci laptop.

"Pelik apa?"

"Takdalah. Aku dengar cerita tadi yang Sir Raid aka crush aku tu kan, dia dah tak mengajar dekat kolej kita ni. Katanya, dia dah kembali menguruskan syarikat dia." jelas Anna bersungguh-sungguh.

Mawar sekadar mendengar. Tiada apa yang harus dia bahaskan jika ianya berkaitan Engku Raid. Malah, dia rasa meluat. Merengus pendek, dia kembali menyambung fokus kepada tugasannya.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now