MMR|27

32.2K 1.8K 219
                                    

Perlukah aku lontarkan rasa curiga?

⚜⚜⚜








"Termenung fikirkan apa tu?"

Tidak terkejut dengan sergahan itu, dia sekadar menoleh sekilas. Senyuman lemah diukir meskipun secara paksa. Pandangan kembali dilemparkan ke luar.

"Ari..."

Ariana mengangkat kening seraya melabuhkan punggung di sebelah Aulia. Tangan dijatuhkan ke atas bahu temannya itu lalu diurut lembut.

Aulia memejamkan mata. Buat seketika, hanya suasana senyap yang menemani. Tidak Ariana mahupun Aulia, kedua-duanya tidak bersuara.

Selang beberapa minit kemudian, kedengaran tangisan Aulia terhambur juga. Dan sudah tentulah Ariana risau melihat temannya yang tiba-tiba menangis.

"Hey kenapa ni? Dada kau sakit lagi ke? Kita pergi hospital jom-"

Aulia menggeleng laju lalu dia terus masuk ke dalam pelukan Ariana. Tangisannya semakin terhambur deras. Habis basah baju temannya itu.

Namun tidak sedikit pun Ariana berasa kurang senang dengan perlakuan Aulia. Malah dia sendiri yang semakin menguatkan pelukan.

Ariana tahu, dalam waktu-waktu begini, Aulia sangat memerlukan sokongan moral. Setelah mereka pulang dari hospital semalam, Aulia jadi seakan tertekan.

Mendengar khabar daripada doktor yang merawat Aulia, dia turut merasakan kesakitan itu juga. Jika dialah yang berada di tempat Aulia, entah mungkin dia akan berputus asa saja.

"Ak...aku takut Ari..." Aulia menggogoi dengan wajah sebek. Tangisannya masih berlagu, tiada tanda-tanda mahu berhenti.

"Shh kau perlu percaya dengan kuasa Allah. Kau perlu banyakkan berdoa. Allah tak akan datangkan ujian melebihi kemampuan hambanya...kau kuat daripada apa yang kau sangkakan Aulia. Jika tidak, macam mana kandungan kau masih teguh dalam rahim kau." Pipi Aulia yang basah dengan air mata diusap.

"Umur aku dah tak panjang Ari..." Gogoi Aulia lagi.

Ariana hanya tersenyum kelat. "Kau perlu kuat untuk anak kau Lia." Belakang Aulia ditepuk.

Kini kandungan Aulia sudah masuk lapan bulan. Sekejap saja masa berlalu. Namun, setelah mendengar saranan doktor semalam membuatkan Aulia seperti patah semangat.

Wanita muda itu menghidap kanser payudara. Dan kini sudah tahap yang kritikal, tahap empat. Sel kanser tersebut sudah merebak ke tulang belakang.

Doktor menyarankan agar Aulia segera melakukan pembedahan ke atas kandungan wanita itu untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa mereka. Namun kata doktor lagi, berkemungkinan ianya agak berisiko untuk tahap kesihatan Aulia.

Semuanya bergantung kepada Allah saja sekarang ini.

"Sudahlah Aulia. Tak ada guna kau menangis macam ini. Ingat pesan aku, kau kena kuat. Kuat macam anak kau. Walau apa pun yang terjadi, ingat Allah sentiasa ada dengan kau," ujar Ariana dalam masa yang sama memberi nasihat.

Aulia mengangguk lemah. Tidak berkata apa-apa, dia menggagahkan diri untuk bangun dan menghempaskan tubuh lemahnya ke atas katil.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now