BAB 1 (EP 02)

416 20 10
                                    


Pinggir hutan yang sunyi bertukar gempita. Dilanda ribut dan gempa tatkala pergelutan keduanya berlarutan lama. Sufi terhenyak ke sebatang pokok apabila dadanya ditumbuk. Dia tersandar dan terbatuk keras. Nafasnya menjadi mengah apabila dia langsung tidak berpeluang untuk mengasak bahkan tubuhnya dilanyak dengan pukulan curi bertubi-tubi.

Si Mengkarung mencangkung di tanah. Bangkit perlahan-lahan dan tiba-tiba tubuhnya bergetar lalu mengembang. Pakaiannya bercarik-barik, mengeluarkan belulang tajam yang membongol di belakang belikatnya yang terbongkok. Lidahnya yang berlendir itu semakin panjang di antara siung giginya yang merah. Tubuhnya berubah menjadi kepingan sisik yang tebal dan keras. Si mengkarung kini berubah menjadi lebih besar dan ganas berbanding tadi. Matanya bersinar bak saga dan menyeringai melihat Sufi yang cuba bangkit untuk mencabarnya kembali.

Sufi melihat Akaren yang dipegangnya. Dia harus mengurung makhluk tersebut sebelum tertambat. Tidak seperti makhluk lain yang ditentang, makhluk berupa mengkarung itu sungguh pantas dan ganas. Sukar untuknya menarik makhluk tersebut masuk ke dalam Akaren jika tidak dilemahkan makhluk itu terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, paling tidak, dia harus membelasah sehingga lembik hingga makhluk cicak itu tidak mampu untuk bangkit di atas dua kakinya sebelum disedut masuk ke dalam Akaren. Di dalam kepalanya berseliratan cara namun dia hanya dapat menumpukan pada kaki si mengkarung tersebut. Kelincahannya akan terbendung jika dapat dia melumpuhkan kaki itu dan berakhir dengan segera. Tanpa kakinya makhluk itu tidak akan beraksi dan melompat ke sana sini. Memudahkannya untuk membelasah makhluk itu cukup-cukup sebelum dicekup.

Sufi mengemam bibir sambil matanya meliar melihat pinggir hutan yang kini bertukar menjadi sebuah padang berkawah. Kekuatan makhluk tersebut hanyalah cebisan kecil amarahnya berbanding kemarahan Sufi kepada Khalis. Rakannya itu masih lagi belum muncul menampakkan batang hidung setelah beberapa mesej dihantar sebelum datang ke sini. Whatsapp tidak berjawab bahkan bluetick. Panggilan tidak bersambung bahkan keberadaan Khalis tidak diketahui di mana. Sufi mengetap bibir mengeluarkan telefon bimbit di dalam saku.

"Jadi kaulah si bunian Pemburu Bayang yang masyur tu? Tak sangka kau tak la sekuat yang aku dengar...Hahahaha." Makhluk itu ketawa mengejek. Sufi mengangkatkan tangannya tanda sekejap. Makhluk itu senyap dan terkedu melihat lawannya yang sedang menelefon di hujung sana.

"Kau nak lawan ker tak ni!" Jerkah makhluk tersebut. Khalis mengangkat jari telunjuk menandakan rehat seminit. Bunyi deringan telefon terdengar di dalam kesunyian. Nada dering lagu Britney Spears, Stronger terdengar selepas nada beep. Si Mengkarung terkedu mendengar nada yang dipasang dengan pembesar suara tersebut.

Coz now I'm Stronger than yesterday,
Now it's nothing but my way,
My loneliness ain't killing me no more,
I.... I'm stronger!

XXX

Suara Khalis lebih kuat berbanding tadi. Telefon yang berdering di atas meja tenggelam dikalahkan suara paraunya. Berdering dan tergedik di atas kaca sehingga ia termati dalam hilaian ketawa gadis yang kemabukan. Khalis menamatkan lagu Ramlah Ram dengan tangan yang diselimpangkan ke dada. Wajahnya yang berpeluh berpaling ke belakang dengan segaris senyuman bangga. Gadis-gadis berhenti ketawa dan bertepuk tangan apabila Khalis menarik hujung topinya ke depan kembali. Dua gadis datang menerpa dan memeluknya kembali. Khalis mengambil cawan dan memandang telefon bimbitnya yang bernyala di hujung meja.

Gadis yang merangkul pinggangnya ditepis. Telefon bimbitnya diambil dan dibuka lalu ditenung dengan mata yang menipis memandang akasara bercahaya yang tertera nama Sufi. Emoji muka marah, hidung keluar asap, setan bertanduk dan simbol-simbol yang tidak difahami apa maksudnya memenuhi di Whatsapp berserta makian dari Sufi. Khalis terngadah melihat ke atas cuba meningati sesuatu.

MachoWhere stories live. Discover now