Dulu dia sangka, Mawar tersangat membencinya. Bukan begitu?

"Abang lupalah sayang. Sorry okay? Abang janji lepas ni, abang cari semula selendang tu. Kalau tak jumpa, senang-senang abang tempah jelah semula corak yang sama. Boleh?" Bibir dilabuhkan ke ubun-ubun Mawar.

Ha tengok, main pujuk-pujuk. Kalau Mawar memang dia harus pujuk. Tapi kalau dia, memang taklah gadis itu nak memujuknya kembali.

"Tak mahu!"

Alamak.

"Alaaa Mawar tak sayang abang ke? Abang masih sakit tau ni. Ha kalau abang mati—ermmm..." Kata-kata Engku Raid terhenti sebaik saja Mawar menautkan belahan bibir mereka. Bulat seketika mata dia.

Aih, Mawar makin nakal. Tapi bila dia orak langkah, gadis itu pula yang tersipu-sipu malu seperti anak dara. Mawar memang suka menguji dia. Bila dia datang mendekat, Mawar sengaja akan berpura-pura menjauh.

Jinak-jinak burung merpati, ya tak?

"Abang cakap macam tu lagi, abang tidur dekat sofa. Jangan dekat dengan Mawar!" Mawar memeluk tubuh sebaik saja bibir mereka menjauh.

Sejenak, keningnya berkerut apabila merasakan sesuatu yang pelik di perutnya. Sakit di bahagian kewanitaannya. Tak, bukan sakit biasa!

"Eh sayang kenapa kencing dekat sini?"

Kencing tok nenek ang!

"Ab...abang ughh ni air ke...ketuban. Air ketuban Mawar dah pecah."

"Hah!" Engku Raid yang tersentak terus berdiri daripada kerusi rodanya. Sekali lagi dia terkejut apabila menyedari bahawa dia sudah boleh berdiri. Yang mana kakinya sebelum ini masih belum sembuh sepenuhnya.

"Ab...abang..."

Lamunannya tersentak apabila kaki dia terasa dipegang. Wajah ditundukkan ke bawah. Bulat mata dia memandang mata Mawar yang sudah bergenang dengan air mata.

"Eh sayang!" Cepat-cepat dia memegang lengan Mawar.

"Mummy! Daddy! Mawar nak bersalin ni!"















"Mummy! Daddy! Mawar nak bersalin ni!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

















BIBIRNYA terkumat-kamit mengumandangkan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri. "Salamun zakrun..." bisiknya di tepi telinga bayi suci yang baru dilahirkan itu.

Sesudah itu, bayi tersebut diletakkan kembali ke pangkuan ibu yang hanya sayu memandang. Masih separuh sedar. Wajah lemah sang isteri, dia pandang dengan perasaan yang berbagai-bagai rasa.

"Letih ya sayang?" soalnya lembut.

Melihatkan wanita itu mengangguk perlahan dengan mata hampir terkatup, dia senyum segaris. Bibir tidak henti-henti mengucup ubun-ubun sang isteri. Nak meluahkan bagaimana rasa gembiranya dia saat ini.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now