intro | pop yeah yeah

324 30 28
                                        

Langsir bilik disingkap laju. Speaker terus dipasang lalu dipusing tombol kelantangannya sehingga ke atas.

Lagu 'Pilihlah Aku' dendangan Latiff Ibrahim terus bergema di dalam bilik tidur seorang lelaki yang berbangsa Korea itu. Gerak tarinya mengikut ritma itu dengan rancak sekali.

Sepasang kaca mata berjenama Ray Ban dipakai dengan penuh gaya ketemberangan yang tinggi. Rambut diselak dengan penuh karisma seolah-olah lelaki itu berjaya memenangi pertandingan bintang pop yeah yeah yang disiarkan di kaca televisyen.

Pilihlah aku~

Menjadi temanmu~

Akan ku hibur hatimu~

Lelaki itu terus menari dengan penuh rancak sekali. Pintu dikuak dengan rakus dan lelaki itu berlari menuju ke anak tangga lalu menggelonsor turun pada bahagian pemegangnya.

"Pilihlah aku! Menjadi temanmu! Akan bahgia hidupmuuuu! Oh yeahhh!"

Lolongannya bergema di sepanjang laluan anak tangga itu.

Malang tidak berbau, bahagian peribadinya terkena pada bahagian tombol tangga yang begitu keras itu.

"ADUHH!"jeritnya sehingga menggegar ruangan rumah banglo yang begitu besar itu.

Jeritannya telah menyebabkan semua ahli keluarganya bangun lalu berlari keluar dari bilik mereka masing-masing.

Dua pasangan suami isteri yang berusia separuh abad itu segera keluar dari bilik mereka lalu memandang anak lelaki mereka yang sedang menanggung kesakitan akibat hentaman kuat pada bahagian itu.

"Kenapa dengan kamu ni Sehun?"tegur Puan Park sambil mengalihkan kedua belah tangan Sehun yang asyik melindungi 'nya' itu.

"Aduh!"rintih Sehun kesakitan.

Chanyeol yang masih memisat biji matanya terjaga apabila mendengar bunyi lagu rentak pop yeah-yeah itu masih dimainkan sehingga degup jantungnya berdetak mengikut ritma lagu itu.

"Patutlah..."kata Chanyeol lalu menolak pintu bilik Sehun yang sedikit terbuka itu.

Semua ahli keluarga menumpukan perhatian mereka ke arah Chanyeol yang sedang mematikan lagu di speaker itu.

"Sehun nak jadi Latiff Ibrahim lagi omma,"kata Chanyeol.

Puan Park dan seluruh ahli keluarga terus merenung ke arah Sehun dengan tajam sambil menyilangkan tangan pada dada mereka masing-masing.

Tatapan mata yang bagaikan mahu menerkam Sehun itu menyebabkan lelaki itu mahu lari.

"Erm...err...Sehun nak pergi shi-shi dulu! Tata titi tutu!"lambai Sehun lalu segera bangun dan berlari menuju ke tandas.

"Oh my Sehun!"seluruh ahli keluarga mengeluh kepasrahan.

"Aye! Aye! Hitut aing turuturut tutt! Iyeyy!"sempat lagi Sehun menyanyikan lagu dendangan Cute Girl dari Animasinopal.

Itulah Park Sehun,anak ketujuh daripada sembilan orang adik beradik keluarga Park yang mempunyai kelakuan yang begitu aneh.

Sangat aneh sehingga orang di sekeliling pun jadi pelik dengan perangai budak ni.

(C) Weird | OSHOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz