Fasha sudah merenung tajam. "Eii! Gatai!" Tangan terus naik menyilang di dada. Dia merajuk! Tapi tiada siapa mahu pujuk. Sedih, bukan?

Fasha diam sejenak. "Awak nak pergi rumah Ida bila?" Dengan cepat dia mengubah topik perbualan mereka tadi.

"Now."

"Seriuslah awak?"

"Ya." Iskandar bangun. Kemudian dia menuju ke arah anak tangga meninggalkan Fasha seorang diri di meja makan.

Fasha hanya memerhati lelaki bertubuh tegap itu sedang memanjat anak tangga. "Sampai hati dia tinggal aku sorang-sorang dekat sini. Iya pun, ajaklah naik sekali. Barulah ada gaya pengantin baru." Fasha membebel seorang diri di tingkat bawah. Mulut sudah mencebik geram.

Tak romantik langsung!

Tak. Tak. Yang pelik macam mana dia boleh terima 'lamaran' si Iskandar ni? Dia kena sampuk ke masa tuh? Ke sebab angau?

Mereka tiba di rumah banglo Kalida tepat pada pukul 11 pagi. Iskandar memperbetulkan rambutnya di cermin dalam kereta. Bahagian hadapan rambutnya sengaja dicacakkan naik atas ala ala bad boy gitu. Selepas itu, dia melihat ke arah seat sebelah.

"Kerja dia memang suka tidur ke?" Iskandar merenung Fasha penuh minat. Apabila terfikir sesuatu, dia mengeluarkan iPhone dari kocek seluar. Aplikasi camera terus dibuka.

Klick!

"Cun!" Iskandar tergelak sendiri. Senyum lebar dia melihat gambar itu. Sempat dia memuji diri sendiri dalam hati kerana gambar yang dia ambil memang kelihatan benar-benar cantik. Alahai!

Sejak dia kahwin dengan perempuan ini, dirinya berasa seperti kanak-kanak riang. Entah mengapa. Ianya sangat berbeza ketika dia bersama 'Aunie'.

Fasha merengek kecil apabila rasa sesuatu sedang memerhati walaupun dia tengah tidur sekarang. Mata digesel perlahan sebelum tercelik luas. Kedua-dua belah tangan naik menyilang di dada. Lelaki di sebelahnya direnung hairan.

Iskandar berlakon seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Cepat-cepat dia betulkan kedudukannya. Masing-masing menatap satu sama lain. "Kenapa silang tangan macam tu? Ingat saya ni perogol bersiri ke?"

"Ta... tak ada apa. Saja aje," jawab Fasha. Tangan diturun ke bawah. Dia terkejut sebenarnya. "Eleh, kau memang perogol bersiri pun dulu," gumam Fasha perlahan. Sekadar dia seorang sahaja yang dengar. Tudung yang senget-benget diejas seketika.

"Dah, jom masuk." Iskandar terus membuka pintu keretanya. Sekali lagi dia meninggalkan Fasha seorang diri. Lelaki itu sudah hilang di sebalik pintu utama rumah banglo milik Kalida. Laju benor!

Fasha mencebik buat kali kedua. Kalau setiap hari macam ini, boleh murung rasanya. "Laki aku ke yang tadi tuh? Harap-harap bukanlah. Hmm."

Kalida sedang duduk bersila di atas katil milik Fasha. Kotak yang dihulur oleh Fasha diperhati lama. "Kotak apa ni?" Iskandar yang sedang duduk sebelah Fasha turut kehairanan.

"Kotak yang Fasha dapat kelmarin." Fasha mula membuka ceria. Sudah tiba masa untuk dia cerita tentang semua yang berlaku. 

Kalida membuka kotak itu. Sepucuk surat dilihat lama. Dia baca isi kandung surat itu dalam beberapa saat. "Yang ni ke yang Fasha cerita dekat masjid kelmarin?" Wajah kakak iparnya menjadi tatapan pula.

"Yup! Surat itulah. Actually, Fasha dapat banyak kotak-kotak macam ni."

Iskandar hanya berdiam diri. Tidak mahu masuk campur. Manakala, Kalida mengangguk faham. "Tapi kenapa tak cerita dekat Ida sebelum ni?"

"Ida busy sangat. Tak sempat nak cerita."

"Okay. Sekarang ini, Ida rasa kita kena report polis." Kalida memberi cadangan. Perkara ini tidak boleh dibuat main. Malah, harus diselesaikan segera. Jika terlambat, mungkin nyawa seseorang akan melayang.

"Report polis? Apa yang berlaku sebenarnya?" Iskandar sudah tidak tahan apabila dia seorang saja yang kelihatan 'bodoh' di situ. Dia sudah terbangun sedikit.

"Nah abang baca surat ni." Kalida turun dari katil kemudian menghampiri Iskandar yang sedang duduk di atas sofa bersama Fasha. Surat itu bertukar tangan dalam beberapa saat.

"Oh. Maksudnya orang yang hantar surat ni, orang yang sama nak rogol awak hari itu?" Iskandar mula memahami situasi sekarang selepas baca isi surat itu. Memang betul! Ini tidak boleh dibuat main.

"Ya." Fasha menjawab penuh resah. Dia cuba melupakan perkara ini, tapi dia tahu mustahil. Dengan sedih, Fasha melepaskan keluhan berat.

Iskandar yang terdengar keluhan itu, perlahan-lahan menyatukan jari-jemari mereka. Tahu, perempuan itu berada dalam keadaan yang sulit.

Fasha sudah semestinya terkejut kalah si beruk tapi dibiarkan. Malu memang malu. Tambahan pula, Kalida sedang tersenyum sumbing ke arahnya.

Macam tahu tahu je budak ni!

"Abang sentiasa ada untuk sayang," bisik Iskandar lembut ke telinga milik Fasha. Mata Fasha sudah membulat.

Abang kau kata?

Hei, umur kita sama tau!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now