A Group of Friends!

Start from the beginning
                                    

Blaze: Gopal!! My buddy!!

Blaze menjerit dengan kuat sampai menarik perhatian beberapa orang pelanggan di situ. Tidak menghiraukan apa yang dipandang oleh para pelanggan, Blaze pun terus berlari ke arah remaja India tadi dan memeluknya seperti seorang sahabat yang telah lama tidak berjumpa.

Taufan: Haish... Drama betul diorang tu.

Gempa memandang ke arah Taufan yang kini sedang mempamerkan riak wajah yang seolah-olah sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu. Gempa tersenyum lalu tertawa kecil melihatnya.

Taufan: Apa yang kelakar?

Taufan bertanya saat dia menyedari bahawa Gempa sedang tertawa di sebelahnya. Hairan dia dengan remaja di sebelahnya itu.

Gempa: Hehe! Takde apa. Cuma... Saya rasa korang semua ni peramah juga, ya? Maksud saya... Mesti ramai yang sukakan korang sebenarnya, kan?

Taufan tersenyum kecil mendengarnya. Dia pun menganggukkan sedikit kepalanya dan memandang ke arah Blaze dan yang lain semula.

Taufan: Lebih kuranglah. Sebab... Kami tak nak kata-kata orang memakan diri kami. Jadi, kami ingin membuktikan bahawa penyakit yang kami ada ni juga boleh membantu diri kami untuk menjadi orang yang lebih baik.

Gempa: Berbaloi dengan usaha korang, kan?

Taufan menoleh ke arah Gempa semula. Selepas dia menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

Taufan: Ya.

Gempa membalas senyuman tersebut. Pegangan tangan mereka berdua yang masih tidak dilepaskan tadi kini menjadi lebih erat. Seolah-olah menyalurkan satu perasaan yang sama antara satu sama lain.

•°•°◆☆💖💕(´゜艸゜)💕💖☆◆°•°•

Gempa: Hai, semua. Nama saya ialah Gempa. Saya baru pindah di sini beberapa hari yang lalu. Selamat berkenalan semua.

Gempa menunduk hormat ke arah kawan-kawan Taufan dan yang lain. Mereka memandang Gempa dengan pandangan teruja.

???: Hi, Gempa! Aku Gopal! Kawan baik Trio Trouble Maker!

Blaze: Betul tu! Kami satu geng yang terkenal di kawasan perumahan Pulau Rintis ni tau!

Blaze mula menokok tambah cerita. Gempa tersenyum geli hati mendengarnya. Dia tahu itu hanya sekadar untuk menghangatkan suasana jadi dia ikutkan sahaja.

Fang: Aku rasa kau dah kenal aku, kan?

Fang bertanya sambil menunjukkan posisi coolnya. Gempa tersipu-sipu seketika sebelum mengangguk.

???: Hi, Gempa. Nama saya Yaya. Dan ini pula ialah Ying.

Gadis bertudung warna pink tersebut melambaikan tangannya dan diikuti dengan gadis Cina tadi. Gempa membalas lambaian mereka dan memberikan senyuman hangat.

Gopal: Berapa umur kau, Gempa?

Gopal mula bertanya selepas menikmati Hot Chocolate yang dipesannya.

Gempa: Uuhh... 15.

Gopal: 15? Kiranya kau sama tua dengan diorang lah kan? Berapa result PT3 kau?

Gempa: Uumm.. Sikit je. 9 A saja.

Gopal: 9 A kau kata sikit?! Berapa subjek yang kau ambik?

Gempa: 10..

Blaze: Kau ni gila ke apa, Gempa? 9/10 tu dah cukup banyak tahu?!

Blaze dan Gopal menghentakkan meja makan berkali-kali seolah-olah sedang memberontak. Fang cuba menegur diorang manakala Gempa, Yaya dan Ying hanya mentertawakan mereka sahaja.

???: Apahal korang bising-bising ni, hah?

Satu suara yang bernada dingin datang menerpa suasana hangat tadi. Masing-masing menoleh ke arah sumber asal suara tersebut yang berada di belakang Gempa. Gempa yang turut berpaling ke belakang terus terkejut kerana jaraknya dan Halilintar (pemilik suara tadi) begitu dekat sekali. Serta-merta Gempa berundur ke belakang dan bersembunyi di belakang Taufan tanpa sengaja.

Taufan: Kau ni, Hali! Kesian Gempa sebab terkejut tau!

Halilintar hanya berdecih sahaja. Tidak peduli akan apa yang ditegur oleh adiknya itu.

Hali: Apa yang korang buat ni mengganggu ketenteraman pelanggan dekat sini tau tak? Kalau nak buat bising, pergilah dekat pondok belakang gerai tu. Sini tempat orang nak makan!

Halilintar memandang satu per satu wajah yang ada di situ dengan pandangan membunuh. Yang lain hanya mampu meneguk ludah sahaja kerana takut.

Gempa segera keluar dari sembunyi di belakang Taufan dan menghampiri Halilintar. Dia menundukkan wajahnya sedikit kerana takut untuk melihat mata merah berkilau Halilintar itu.

Gempa: M-maafkan kami, Halilintar. Kami... T-tak sengaja. Jangan marah, ya?

Gempa mendongak sedikit untuk melihat wajah Halilintar. Lelaki di hadapannya itu hanya mendengus lalu beredar dari situ untuk menolong Tok Aba melayan pelanggan yang baru datang untuk membuat pesanan.

Yang lain termasuk Gempa mula menghela nafas masing-masing yang mereka sendiri tidak sedar sedari tadi lagi mereka sedang menahan nafas kerana Halilintar.

Blaze: Huuhh... Lega rasanya.

Taufan: Haih.. Kita tak payahlah main dekat sini. Kita pergi main dekat pondok nak?

Taufan mula mempelawa. Dia juga tak nak menimbulkan masalah sekali lagi. Cukuplah semalam dia dan adik-adiknya kena ketuk oleh Halilintar. Tak nak pula nanti diketuk dengan cerek panas oleh abangnya itu.

Yang lain mengangguk setuju dan mula mengangkat punggung masing-masing untuk ke pondok belakang gerai Tok Aba bersama-sama.




TO BE CONTINUE

Double update because why not? (❁´ '❁)
Harap semua suka dengan chap ini!
.
Dan oh ya, author ada terbaca sebuah buku ff Boboiboy ni. Jujur author cakap yang author sedikit terkejut membacanya kerana jalan cerita awalnya sama dengan buku author punya. Cuma selepas itu jalannya sudah berubah jadi rasanya tak kot. Cuma nak memastikan sesuatu, author buat perkara yang sepatutnya author buat. Jadi... Bila author cek acc penulis tu, buku author ada di listnya.
.
Author tak nak syak sesuatu jadi author diamkan sahajalah. Mungkin itu pun idea dia juga. Tak tahulah. Tapi... Kalau dia ciplak cerita author. Hmm.. Rasa nak marah pun ada. Tapi biarlah. Tapi harap-harap dia datang minta maaflah kalau betul dia menciplak cerita author. Tolong... Mencuri itu adalah tindakan yang tidak rasional dan semua orang membencinya. Harap semua sedar akan kesalahan ini.
.
Terima kasih.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now