Bab 50🐾

2.8K 389 80
                                    

Love Hate | 50


"APA you cakap?dengan bengang Mia menyoal.

Ucapan Yunho tadi buatkan dia mahu mencekik- cekik lelaki itu sekarang juga.

Yunho cuma menundukkan wajahnya. Dia sedikit gerun dengan wajah bengis Mia.

“Sa- saya dah bagitau Sofia pasal kandungan awak tu. Bayi yang awak kandung tu milik saya. Bukan milik Jeon Jungkook.” balas Yunho.

Mia mengepal tapak tangannya, kalau ikutkan hati, mahu saja wajah lelaki tak sedar diri dihadapannya itu dia tampar sekuat hati.

Tapi dia tetap tahan.

“Semuanya?”

“Ya- ya semuanya.” jawab Yunho.

Dia mahu menunjukkan pada Mia bahawa dia mencintai gadis itu sepenuh hati. Dia bukan seperti lelaki yang lainnya.

Yang, bila dah dapat, mereka buang begitu saja.

Yunho ada pegangan, kalau dia cintakan seorang gadis, dia akan mengikatnya dengan ikatan perkahwinan.

Walaupun dia sudah terlambat, tapi masih ada waktu untuk Mia menjadi isterinya.

“Apa kau fikir lepas apa kau buar semua tu, aku akan terima kau? No no no, Yunho. Kau kena sedar, kau tu tak layak untuk perempuan macam aku.” ucap Mia.

Makin kecewa Yunho jadinya, dia tundukkan wajahnya. Tapak tangannya dibelek.

“Tapi.. saya ikhlas cintakan awak-”

“Ikhlas? Ikhlas kau tu tak mendatangkan kekayaan pada akulah, Yunho! Rupa bukannya kacak mana pun! Ada hati nak kahwin dengan aku? Piirah!” perli Mia.

“Apa yang ada pada Jungkook sampai awak sanggup nak porak perandakan rumah tangga mereka? Sofia tu kawan saya, saya tak nak dia terseksa.” luah Yunho.

Mia berdencit kecil. Jus oren yang diletakkan diatas meja diteguknya rakus. Geram dia kalau berlama-lamaan dengan Yunho ini.

Mahu tekanan jiwa dia dibuanya!

“Jungkook ada semua yang aku mahu-”

“Mia, saya boleh usahakan untuk dapatkan apa yang awak nak. Please, berhenti kejar lelaki yang salah.” kata Yunho, pergelangan tangan Mia disentuhnya namun laju saja gadis itu menepisnya.

Don't touch me, you idiot. Jauhkan diri kau dari aku. Aku jijik.” bertubi- tubi kata hinaan yang dilemparkan Mia pada Yunho.

Hatinya sakit, tapi Yunho tak berniat untuk membalasnya kerana menyakiti seorang perempuan ibarat menyakiti ibunya sendiri.

“Sa- saya akan jumpa ibu Jungkook nanti kalau awak masih nak berdegil-”

Terus wajah Mia bertukar bengang. Jus oren yang masih tersisa itu dicapainya sebelum disimbahnya ke muka Yunho.

Seluruh pelanggan restoran yang menyaksikan kejadian itu sedikit terkejut, ada yang berbisik-bisik sesama sendiri, ada yang merakam dan ada juga yang tak kesah.

Merah padam muka Yunho jadinya.

“Dah berapa kali aku cakap, jangan masuk campur dalam urusan aku! Kenapa kau degil sangat ni hah?!” jerit Mia sebelum beg tangannya dicapai lalu dia melangkah meninggalkan Yunho didalam restoran tersebut.

Tanpa melihat kiri dan kanan, Mia terus berjalan melintasi Zebra Cross untuk mendapatkan keretanya di seberang jalan.

Namun malang baginya bila sebuah kereta seakan hilang kawalan merempuh tubuh Mia hingga tubuh gadis itu melayang lalu jatuh tergeletak diatas jalan raya.

“Mia!” jerit Yunho.

Sepantas kilat dia berlari mendapatkan Mia yang sudah berlumuran darah diatas jalan raya.

Yang paling merisaukan adalah, ada darah merah yang mengalir dicelahan kangkang Mia.

“Telefon ambulans sekarang!”

.

😃
happy, happy happy ajalah, kita nyanyi shalalala~

Btw, do check this story too.

The contagion
By 10_03s

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now