Bab 48🐾

3.2K 478 74
                                    

Love Hate | 48

Done triple updateu😊💕


KLEK!

Pintu rumah ditutup, Sofia melangkah masuk kedalam rumah.

Pengakuan Yunho tadi sedikit sebanyak buatkan dirinya menjadi lega.

Lega yang suaminya, Jeon Jungkook tidaklah sekejam yang dia sangka.

Bila kakinya melangkah masuk kedalam ruang tamu, automatik matanya melihat kelibat seorang lelaki sedang duduk diatas sofa dengan rambut yang kusut.

Kemeja putih yang dia gunakan kusut serta dua butang baju terlepas dari kancingnya.

“Jungkook?” panggil Sofia, namun tak ada respon dari lelaki itu.

Beg tangan diletakkan diatas meja sebelum dia berdiri dihadapan Jungkook sambil bercekak pinggang.

“Macam mana boleh masuk sini? Awak tahu password rumah saya?” soal Sofia.

Jungkook mendongak, matanya kuyu dan terbit senyuman kecil dihujung bibir lelaki itu.

Jungkook mabuk!

“Dah balik pun isteri Jungkook yang cantik ni..” meleret-leret ucapan Jungkook sebelum dia depakan tangannya petanda seperti dia mahu Sofia memeluknya.

“Kenapa boleh mabuk?”

“Kook tengah mabuk cinta. Kook cintakan Sofia Edler Park..” balas Jungkook, pipinya yang merah itu disentuh Sofia.

Gadis itu melabuhkan punggung disamping Jungkook.

Pandangan Jungkook kini teralih pada wajah Sofia, lembut saja pandangan lelaki itu. Bukan pandangan nakal serta mengusik.

Sofia sukakan sisi Jungkook yang soft ini. Not wild.

Kenapa boleh mabuk?” ulang Sofia lagi.

Jungkook tersengih kecil, tapak tangannya menyentuh pipi Sofia serta bibir gadis itu disentuhnya lembut.

“Saya mabuk dengan kecantikan isteri saya.” jawab Jungkook buatkan Sofia menggulingkan anak matanya.

Jungkook ketawa kecil, tangan Sofia ditarik sebelum tapak tangan gadis itu diletakkan diatas dada bidang milik Jungkook dengan sendirinya.

“Kuat tak?” soal Jungkook. Sofia mengangguk kecil.

“Jantung Jungkook hanya berdegup kuat macam ni bila dengan Sofia je..” kata Jungkook, nada suaranya sama persis seperti seorang kanak- kanak yang sedang berkata.

“Sofia.. sukakan Jungkook?” soal lelaki itu.

Mereka berpandangan seketika, mata kuyu lelaki itu bertembung dengan mata biru Sofia.

Tapak tangan Sofia yang berada di dada lelaki itu kini berada dipipi Jungkook.

Lelaki itu mendiamkan diri.

“Suka, Sofia sukakan Jeon Jungkook.” bisik Sofia. Automatik bibir lelaki itu lebar dengan senyuman.

“Ehe.. tapi.. tolong janji dengan Jungkook yang Sofia takkan tinggalkan Jungkook.” bisik Jungkook.

Sofia mengangguk kecil.

“Sofia janji.”

“Betul-”

Cup!

Bibir Jungkook dikecup Sofia, membuatkan ucapan lelaki itu tergendala.


〰〰〰



Paginya, bila Jungkook bangun. Dia menjadi sedikit pelik, tubuhnya tak tersarung sebarang baju, dia hanya mengenakan seluar slek berwarna hitam.

Rambutnya yang messy diraup kebelakang. Selimut diselak dan laju saja Jungkook melangkah keluar dari bilik tersebut.

Dia mahu mencari Sofia.

Dia bimbamg kalau gadis itu menjauhkan diri darinya sekali lagi disebabkan perangai tak senonohnya semalam.

“Sayang?” panggil Jungkook bila kelibat Sofia kelihatan diruangan dapur.

Gadis itu sedang memasak sesuatu sambil membelakanginya. Laju saja Jungkook memberikan back hug di pinggang Sofia.

Good morning, sayang.” bisik Jungkook, sensual seraya bibirnya mengecup sekilas leher Sofia.

“Hem, morning.

Jungkook mendiamkan diri, pelik dia bila Sofia langsung tak menolak atau meminta dia untuk menjarakkan diri.

“Sayang, semalam..”

“Awak mabuk semalam, sampai perangai kebudak- budakkan awak keluar” balas Sofia.

Jungkook tersengih.

“Tapi awak suka, kan?” usik Jungkook.

“Em, saya suka.” balas Sofia buatkan Jungkook terpana. Bibirnya terus melebar dengan senyuman.

“AAA sayang!” ucap Jungkook lalu tubuh Sofia dipeluknya erat dan geram bila gadis itu ketawa kecil.

.

Yuhuu🙌

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now