Bab 12🐾

2.7K 414 48
                                    

Love Hate | 12



KEJADIAN semalam seakan mimpi dalam hidup Sofia.

Perkara itu buatkan dirinya tak senang tidur, mengiring kiri kanan pun still tak dapat nak lelapkan mata hinggalah jarum jam sudah menunjukkan angka pukul 3 pagi. Barulah dia terlelap sekejap.

Haih, kalau bukan disebabkan lelaki itu dicabar Jimin, tak adanya dia sampai jadi macam ni. Tidur tak lena, makan kenyang, mandi basah. Cuma tulah, fikirannya melayang.

“Sofia? Papa nampak Sofia mengelamun je dari tadi. Ada apa- apa ke?”

“Mesti dia tengah fikir pasal tunang dia tu.” sampuk mama lalu tersenyum- senyum.

Sofia cuma mendiamkan diri, nasi goreng kimchi yang masih tersisa diatas pinggan dia kuis menggunakan sudu.

Jimin cuma melirik dari ekor mata, waktu pagi selalunya adiknya itu tak pernah bertingkah seperti itu. Haih, kalau bukan masalah pejabat, mestilah pasal kejadian semalam. Mesti adiknya itu runsing sebab fikir pasal perkara tersebut.

Siapa je tak runsing, tak ada hubungan apa- apa tup tup dia kena kahwin dengan lelaki yang dia belum kenal luar dalamnya itu? Lebih- lebih lagi playboy seperti Jeon Jungkook!

“Tak baik mengelamun masa makan, Sofia” tegur papa lagi. Sofia kemudiannya sedar dari khayalan semula. Pinggan nasi dia tolak perlahan kemudian punggung diangkat.

“Eh dah habis ke?” soal papa bila Sofia mencium pipinya sebelum mencium pipi mamanya juga.

“Sofia tak ada selera nak makan, pa. Sofia pergi dululah. Bye.” balas Sofia sebelum mencapai beg tangannya lalu melangkah keluar dari rumah. Duduk lama- lama dalam tu tak boleh bernafas dengan tenang dia.

“Hati- hati!” ucap mama bila Sofia sudah selamat keluar dari rumah.

Sekali lagi satu keluhan terlepas dari bibirnya. Bila dia nampak kereta Jungkook masuk ke halaman rumah, makin berganda- ganda rasa menyampahnya. Bibir diketap.

Tanpa mengucap sepatah kata, dia masuk kedalam kereta Jungkook. Pintu kereta dia tutup sedikit kuat mahu menampakkan betapa geramnya dia dengan Jungkook.

Lelaki itu cuma melirik dari ekor mata.

Are you mad?

Oh, you see I'm not really mad, Jeon Jungkook. I'm just too happy. Terlalu happy sampai saya rasa nak cepuk awak.” balas Sofia sedikit sarcastic, wajah putihnya kemerah- merahan menahan geram bila Jungkook terketawa kecil.

Terketawa okay? Dia tak sengaja.

“Apa yang lawak sangat ha? Awak fikir kahwin ni main- main ke?” soal Sofia.

Jungkook angkat kedua tapak tangan tanda menyerah sebelum dia lepaskan brek lalu keretanya mula memandu keluar dari halaman rumah keluarga Park tersebut.

“Sayang, i'm so sorry.” ucap Jungkook dengan suara yang rendah dan kedengaran agak lembut.

Sorry my ass.” perli Sofia seraya berpeluk tubuh.

Jungkook melirik dari ekor mata, wajah geram Sofia buatkan dia rasa bersalah. Dia tahu dia salah, tapi kelelakiannya terasa tercabar dengan sikap gadis itu.

Dia memang sukakan Sofia, tapi sukanya itu hanya sementara. Itu memang lumrah seorang playboy seperti dia.

Mulanya memang niat dia hendak menyunting Sofia sebagai isteri itu cuma sekadar mahu bergurau, tapi kedinginan dan kecantikan Sofia buatkan dia terpesong.

Seakan sayang kalau dia lepaskan Sofia macam tu je.

“Nanti petang saya nak bawa awak jumpa mama saya.”

“Kalau saya tak nak?”

“Saya seret awak.”

Michin sekiya (crazy bastard)” bisik Sofia bila mendapat jawapan seperti itu.

Jungkook buat muka terkejut, ini pertama kali dia diperli dengan perkataan seperti ini. Selalunya wanita hanya memuji kekacakan yang dimilikinya, hem, never thought about that.

Sayang..” panggil Jungkook, tapak tangan Sofia dia raih namun laju ditarik oleh gadis itu. Jungkook tersengih,

aww garang.

Jangan marah- marah, nanti tak lawa. Tapi kalau sayang tak lawa pun, saya masih sukakan sayang.ucapnya. Sofia menjeling.

I like you so much.

I hate you so much.” balas Sofia buatkan tapak tangan Jungkook tak semena- mena menyentuh dadanya.

Pandangan tajam mata Sofia yang berwarna biru itu seakan menusuk hatinya, terserlah kedinginan gadis itu, namun jauh disudut hati, lelaki itu menyukainya.

One day, I'll make you fall for me.

.

Huhuhuhu

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now