Bab 24🐾

2.8K 428 83
                                    

Love Hate | 24

"I want you"

"But I don't. So, please move."



JUNGKOOK menggaru kepalanya yang tak gatal, tolakan Sofia semalam buatkan maruah playboynya sedikit tercalar.

Kan dia dah cakap, tak ada perempuan yang pernah tolak dia lagi.

Hanya Sofia.

Sofia ni memang hati batu ke apa? Tak boleh ke kalau fall sekejap dekat suami dia yang dah kacak nak mampus ni?

Haih.

"How can I make you fall for me?" tanya Jungkook seraya menyandarkan tubuhnya pada pintu kereta.

Jam di pergelangan tangannya dia lirik sekilas, kemudian dia pandang semula pintu rumah, disitu dia lihat Sofia sudah siap lengkap berpakaian pejabat sedang melangkah kearahnya.

Melebar senyuman Jungkook jadinya.

Aish, pergi kerja pun cantik.

"Good morning, princess." sapa Jungkook sambil membukakan pintu kereta buat gadis itu. Sofia masuk tanpa mengucapkan sepatah kata. Jungkooo buat muka.

Tak apa Jungkook, dia garang- garang pun lawa, desis Jungkook dalam hati sebelum tubuhnya melangkah masuk kedalam perut kereta.

Kereta Jungkook mula meluncur diatas jalan raya.

Suasana hening saja kerana dia tak mahu menganggu Sofia yang sedang sibuk membelek sebuah buku sketch berisi lakaran baju.

"Sayang balik jam berapa?"

"Macam biasa." jawab Sofia, tak mahu memanjangkan lagi perbualan. Jungkook senyap, kini dia cuba untuk fokus pada pemanduannya.

"He already there? When?" soal Sofia, serentak Jungkook menoleh memandang gadis itu.

"But, i have nothing to discuss with him today." ujar Sofia. Gadis itu melepaskan keluhan kecil sebelum dia mengangguk.

"Alright, just let him in. I'll talk to him later." ucap Sofia sebelum mematikan panggilan. Jungkook cuma melirik dari ekor mata.

"Siapa?"

"Wakil dari jenama pakaian Dior." jawab Sofia, sedikit mengeluh.

Yang menjadi persoalan didalam benak fikirannya sekarang adalah kenapa lelaki itu datang ke pejabat walhal tak ada benda lagi yang nak dibincangkan?

"Saya masih nak tahu tentang siapa sebenarnya bekas teman lelaki awak."

"Awak tak perlu tahu-"

"Kenapa? Awak takut saya bertumbuk dengan dia?" balas Jungkook. Sofia tak membalas lagi, dia cuma mendiamkan diri.

Malas hendak bertekak dengan Jungkook dipagi hari yang indah ini.

"Sayang, dia sepatutnya menyesal sebab dah tinggalkan bidadari secantik awak." ujar Jungkook, mencuba untuk masuk jarum, walhal dia tahu Sofia takkan cair dengan kata-kata manis darinya.

"Diam, saya tak nak cakap pasal benda ni lagi." Sofia meraup wajahnya, rimas.

Kereta Jungkook berhenti dihadapan pintu gerbang utama bangunan Blanc En Eclare tersebut. Sofia melangkah keluar tanpa banyak bicara.

"Sayang, beg awak." beg tangan Sofia berwarna putih itu Jungkook bawa keluar dari kereta.

Bukannya memberi Sofia, beg tangan itu, Jungkook malah menarik lengan Sofia lalu mereka sama- sama melangkah masuk kedalam lift.

"What are you doing?!"

"I just wanna see my wife work place. Ada masalah?" soal Jungkook, lengannya melingkar pada pinggang Sofia buatkan tubuh gadis itu merapat dengannya.

Dia hiraukan saja pandangan tajam Sofia pada wajahnya.

"Let me go."

"Kenalkan saya dulu dengan pekerja awak."

"No!"

Ting!

Lift berhenti di tingkat 8 dan sekali lagi Jungkook menarik lengan Sofi agar berjalan beriringan dengannya. Pekerja yang terserempak dengan mereka terus memberikan pandangan terkejut dan ada juga yang pelik.

Yalah, bos mereka Sofia yang dikatakan anti lelaki bawa lelaki datang office?!

"Sofia.." tegur seseorang.

Serentak Jungkook dan Sofia berhenti melangkah. Makin erat pelukan Jungkook pinggang gadis itu.

"Siapa ni?"

"Vernon Hansol Chwe, bekas teman lelaki Sofia." ucap Vernon dengan megahnya. Tapak tangan dihulur.

Jungkook tersengih. Salaman disambut.

"Aku Jeon Jungkook, suami Sofia."

.

Apa nak buat dengan orang yang suka copypaste cerita tanpa kebenaran eah?

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now