Ah, senang cakap! Realiti selalu berpihak kepada Tariq Zayyan. Well, must keep fighting!

Rabia tiba-tiba masuk. Hello, is this for real! Rabia sedang memegang teddy bear sebesar yang dihadiahkan kepada Aida dulu. Cuma kali ini teddy bear tidak memegang bantal berbentuk hati. Teddy Bear ni hanya memakai tali leher. It's Mister Teddy Bear. So cute.

Tariq Zayyan ambil teddy bear yang dipegang Rabia dan didirikan di depan Tiara. Rabia disuruh keluar.

"Ini untuk awak, Tiara Shenaaz."

Wow, untuk Tiara Shenaaz! Dialah tu! Dia nak lompat gembira seperti Aida buat dulu. Teddy bear idaman sejak kecil. Tapi, sebab apa Mr Tyrant bagi dia? Mesti ada sebab.

"Just imagine this is me when you're angry. Beat him instead."

Kan dah kata mesti bersebab. Apa-apa jer laa. Tiara capai teddy bear dan mula melangkah tapi terhenti dek soalan suami.

"Tiara Shenaaz, nak kemana?"

"Nak gantung Mr Teddy Bear." Dia jawab. Yap, gantung!

Haa gantung? Kenapa nak gantung? Tak boleh letak saja kat mana-manakah? Pelik. Eee prisoner memang suka sakitkan hatinya.

Tariq Zayyan pantas tarik lengan isteri.

"Nanti, saya..."

Tapi belum sempat Tariq Zayyan nak habiskan ayat, iPhone berbunyi. Dia jawab. Lengan isteri tak dilepaskan.

"Adele? Yes my love... I know, we'll be there. Ok, I love you too."

Tariq matikan talian. Kembali fokus dekat isteri. Muka isteri dah seperti strawberi masak.

My love! Love you too? Hah my foot! Cik Hati tendang dinding sendiri.

Suami memang dah melampau. Adele ini, tentu antara berpuluh-puluh kekasih hati internasional suami. Melantun naik degree kepanasan hatinya. Marah. Cemburu. Eee kan dia dah kata, Mr Tyrant pembawa virus yang ada nama dia saja.

"Hujung minggu ni, kita ke Paris."

Kita? Dia ajak kita, Cik Hati? Bukan ajak tapi dah tetapkan kita kena pergi! Eeeee... beraninya!

"Awak dengar tak?" Desis pertanyaan di telinga.

"Saya dengar! Saya tak nak ikut!"

Muka merah ketat bagai baru disimpah cat merah tala kepada suami.

"Ini bukan pilihan. Ini arahan! Sebagai prisoner, awak tak ada kuasa menolak!"

Tariq Zayyan lepaskan lengan yang dicengkamnya. Sekarang dah cekak pinggang.

"Itu sebagai prisoner. Tapi sebagai isteri, saya ada hak tak nak tengok suami buat dosa."

Haa! Buat dosa? Sekarang Tariq Zayyan yang tercengang. Dosa apa?

Issh buat muka bodoh tak bersalah pula! Tampar baru tahu. Tiara silang tangan di dada. Tatap wajah blur suami.

"Encik nak suruh saya tepuk tangankah bila encik cium lover encik tu? Boleh sangat... boleh belah!"

Satu. Dua. Masuk tiga saat, suami pecah ketawa. Berdekah-dekah.

Wow, seperti magnet, rasa nak ikut ketawa. Eh, apa pula ketawa! Cik Hati kan tengah marah ni? Tak boleh ketawa. Kena serius. Sah-sah Mr Tyrant nak suruh tengok dia buat dosa. Di France pula tu.

"Are you jealous, Tiara Shenaaz?"

Iya jealous... eh, mana pula jealous! Sakit hatilah! Bukan jealous. Bezakan?

"Tak ada maknanya saya nak jealous! Saya cuma tak nak ikut encik!"

Kena tambah perkataan untuk kuatkan ayat. "Keputusan saya muktamat!"

Ini dah tak lawak. Ini dah kes melampau. Tariq Zayyan cengkam pipi isteri. Tarik dekat hinggakan hidungnya hampir menyentuh hidung isteri.

"Not on your life! You go where I want you to go! Even if I have to drag you with me!"

Takut dan marah bergaul dalam hati. Sebati dan menyakitkan. Dia nak menjerit sekuat hati. Dia nak menangis semahu-mahunya. Dia nak lari sejauh mungkin. Kenapa dia? Kenapa dia? Arg, bodoh! Walau diulang beribu-ribu kali, jawapannya tetap sama Tiara Shenaaz. Awak, Prisoner Tariq Zayyan. Awak tidak ada pilihan.

"Ok fine." Suara sempit keluar.

"What? Can't hear you." Kening sebelah parkir di atas. Menajam anak mata.

Suara nak keluar macam mana kalau kedua-dua pipi masih dicengkam? Nak buat sindiran menyakitkan pun, janganlah jadi bodoh!

Mahu tak mahu, Tiara tarik tangan Tariq Zayyan. Tariq Zayyan lepas dengan sengihan. Tiara sentuh pipi sendiri. Sakit kot.

"Fine."

Tiara ambil tapak ke belakang. Capai tali leher Mr Teddy Bear. Genggam kuat ibarat menggenggam leher suami.

"Ok, saya ikut encik hingga ke pintu neraka."

"Ke pintu syurga, sayang." Mr Tyrant tayang senyuman kemenangan.

Eee bengkaknya hati. Tiara buat kawat keluar. Kali ini Tariq Zayyan biarkan.

Di bilik Tiara cari tali. Tak ada. Yang ada cuma tali pinggangnya. Boleh jer lah. Satu hujung tali pinggang dia ikat leher Mr Teddy Bear. Sebelah lagi sangkut di besi jendela. Hanya di situ saja dia boleh gantung. Dia ambil kertas. Tulis - MR KNOCK OUT dan diselitkan ke tali leher teddy bear.

"Ini nama kamu sekarang!"

Just imagine this is me when you're angry. Itu kata suami. Tiara mengetap bibir. Ditumbuk Mr Knock Out berkali-kali. Lepas geram tapi akhirnya dia peluk Mr Knock Out. Beberapa titisan air mata mengalir

"Saya benci dia, Mr Knock Out. Benci teramat sangat."

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now