B E L L A | 4

18.3K 516 23
                                    

"He was everything your mother warned you about when she told you not to walk alone in the dark."

Kereta mewah yang dipandu Zander diparkir di petak parkir kolej. Isabella mengetap bibir tanda bengang. Sudah berbuih mulutnya menyuruh Zander memberhentikan dia di stesen bas berdekatan kolejnya.

Tetapi jejaka kacukan Inggeris itu tetap berdegil ingin menghantarnya hingga ke dalam. Dia tidak mahu menempah publisiti murahan begini lebih lebih lagi melihatkan ramai pelajar yang sudah berkerumun di sekitar tempat letak kereta itu.

Rata rata pelajar mula berbisik melihatkan BMW i8 membuatkan Isabella bertambah resah.

"Keluarlah. Tunggu apa lagi? Nak aku dukung ke?" Zander berpaling tubuh melihat ke arah Isabella yang sedari tadi terjenguk jenguk ke luar tingkap.

Isabella tersentak.

"Saya malu.." Dia menunduk dan menggenggam hujung gaunnya.

Zander mengerutkan dahi. Pelik.

"Kau nak malu kenapa?"

"You see that? Saya tak nak mereka buat spekulasi bukan bukan bila mereka nampak saya keluar dari kereta awak." Dia memuncung bibir ke arah luar kereta.

Zander hanya diam. Riak wajahnya kosong.

Isabella mengerut dahi ke arah Zander dengan penuh tanda tanya. Dia hairan jejaka itu hanya diam memerhati wajahnya tidak berkelip.

Salah

Dia nampak pandangan jejaka itu terarah ke mana.

Her lips

Laju tangan menekup bibir. Dengan pantas jejaka itu menarik kasar tangan putih dan terus ditekap bibirnya ke bibir merah Isabella.

Zander menekan rapat bibirnya sehingga naik merah pipi gadis itu menahan sesak di dada. Tangan sasa itu pantas menyeluk masuk ke dalam gaun Isabella dan mengusap ngusap lembut tubuh gadis itu.

Dada tegap Zander pantas ditolak lalu dilayangkan sebuah penampar ke pipi lelaki bertubuh sasa itu.

Terus Isabella menekup mulut. Terkejut dengan aksi refleksnya. Sumpah dia tidak sengaja.

"Awak. Saya mintak maaf. Er.. saya tak sengaja. Saya.. keluar dulu." Terus pintu kereta mewah Zander dibuka. Tidak mahu dihambur oleh lelaki itu.

Zander masih terkaku di tempatnya. Dia seperti tidak percaya yang gadis itu berani berani menampar wajahnya. Dia mendengus geram.

'Just wait and see, Bella.' Dia menggarit senyuman sinis. Tahulah bagaimana dia mahu mengajarnya nanti.

Dalam pada waktu itu, Isabella menunduk diam apabila ramai pelajar wanita mula berbisik bisik dan menjelingnya tajam. Telinganya sempat menangkap kata kata cacian yang dilemparkan.

"She's just probably a slut."

"Stupid girl."

"Bitch."

Kalau bukan kerana neneknya yang memintanya untuk melanjutkan pengajiannya di sini, sudah lama dia angkat kaki. Sakit telinganya mendengar cacian dan makian itu.

Isabella segera mengorak langkah ke perpustakaan universiti sambil menunduk tanpa menyedari dia telah terlanggar tubuh tegap seseorang sehingga terjatuh.

Dia mengangkat muka dan terkedu.

It's Julian!

Tanpa berlengah dia segera bangun dan tergesa gesa meninggalkan lelaki itu.

B E L L AWhere stories live. Discover now