B E L L A | 2

19.3K 570 22
                                    

"He was everything your mother warned you about when she told you not to walk alone in the dark."

Romeo Zander.

Lelaki yang cukup menggerunkan Isabella. Lebih tepat lagi, lelaki yang terlalu gila gilakan seorang Isabella Tihani. Pertemuan mereka yang pertama berlaku beberapa tahun yang lalu iaitu ketika mereka masih di bangku sekolah.

Romeo Zander ialah seorang pelajar pertukaran dari International School Bellevue, Washington USA yang ditukarkan sementara ke sekolah Isabella. Isabella masih ingat lagi bagaimana pertemuan pertama mereka telah berlaku.

Isabella menuruni tangga dengan tergesa gesa untuk ke bloknya yang terletak di hujung bangunan sambil membawa beberapa buah buku tulis. Dia tahu dia sudah lambat untuk ke kelasnya lebih lebih lagi mengenangkan guru matematiknya yang merangkap guru disiplin di sekolah yang pasti akan mendendanya akibat lewat.

Ya, dia bukan sengaja hendak lewat ke kelasnya. Ini gara gara perutnya yang meragam teruk untuk ke tandas. Dia berjalan pantas ke bloknya sambil memikirkan alasan yang patut diberinya kepada Puan Maria sambil menunduk.

Buk!

Isabella tersembam jatuh di lantai koridor. Habis bertaburan buku bukunya di atas lantai. Dia bangkit perlahan lahan sambil memegang sikunya yang terasa sakit akibat pelanggarannya dengan sesuatu.

Wait!

Dia mendongak pantas ke arahnya. Mata yang berwarna kehijauan itu menikam tepat pada anak mata coklatnya kemudian perlahan lahan menjelajah ke seluruh wajahnya dan akhirnya terhenti di bibir mungilnya.

Pipi Isabella mula merona merah akibat menahan malu. Serta merta matanya mengecil ke arah susuk tubuh sasa berpakaian sekolah di hadapannya ini.

"Is he Romeo Zander? The transferred student?" Mulutnya mengomel perlahan.

Ya, dia kenal susuk tubuh sasa di hadapannya. Jejaka yang menjadi buah mulut warga sekolahnya lebih lebih lagi kaum wanita. Semuanya kerana kekacakan luar biasanya dan sikapnya yang lebih suka menyendiri.

Introvert.

Dia segera menunduk kembali apabila tersedar siapa sebenarnya jejaka di hadapannya ini. Isabella mengutip cepat cepat buku tulis yang bertaburan jatuh di atas lantai tanpa mempedulikan susuk tubuh sasa yang leka memerhatikannya.

Isabella mula bangkit untuk berdiri dan terus berjalan dengan pantas meninggalkan lelaki itu yang matanya tidak lepas dari memerhati setiap perlakuan Isabella. Isabella sempat menoleh ke belakang untuk melihatnya dan ternyata Romeo Zander masih merenungnya tajam sehinggalah bayangan gadis itu hilang dari pandangannya.

"Interesting."

"You're late again, Tihani." Puan Maria merenung tajam batang tubuh Isabella yang menunduk itu. Dia membetul betulkan kaca matanya.

"I'm sorry, Puan Maria."

"You may sit now." Isabella menghembus nafas lega apabila Puan Maria tidak memarahinya. Mungkin moodnya baik pada hari ini. Kalau tidak mesti dihamburnya.

Tiba waktu rehat, Isabella ke kantin untuk membeli donat. Usai membeli makanan, dia mengorak langkah ke padang sekolah tempatnya bersantai setiap hari ketika waktu rehat. Siapa juga yang sudi berkawan dengannya? Warga sekolahnya lagi meminggirkannya adalah.

Dia menyandarkan tubuh di batang pokok berhadapan padang sekolah yang redup. Dia mengeluh perlahan memikirkan nasibnya yang sentiasa dihurung malang. Seperti tiada kesudahannya. Dia menggigit sedikit donat sambil memejamkan mata.

B E L L AWhere stories live. Discover now