B E L L A | 1

23.3K 512 13
                                    

"He was everything your mother warned you about when she told you not to walk alone in the dark."

"Ya nenek, Tia okay je kat sini. Nenek janganlah risau. Duit belanja untuk bulan ni ada lagi. I gotta go. Bye nenek." Isabella menutup panggilan dan kembali menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya.

Isabella mencapai buku bukunya lalu memasukkannya ke dalam beg galasnya. Dia sempat mengoles lip balm ke bibir mungilnya.

Baginya, hendak ke universiti sahaja. Rasanya tidak perlu untuk bermekap berlebih lebihan. Dia membetulkan ikatan rambutnya dan segera berlalu keluar dari bilik.

Isabella mencapai roti sandwich yang disediakan oleh Kate, teman serumahnya sejak semester 2 lagi.

"Don't wait for me. Mungkin aku balik lambat lagi harini."

"Seriously Tia? How long kau nak kerja di situ?" Ujar Kate sambil menghirup koko panas.

"I don't know." Isabella mengunyah roti sandwich sambil mengerling ke arah tingkap yang terbuka sambil menghela nafas perlahan.

Mungkin sehingga dia menghabiskan pengajiannya?

Kate mungkin tidak faham situasi yang dilalui oleh Isabella kerana Kate seorang anak yang berada.

Tinggal di ibu kota London yang serba serbi memerlukan duit ini benar benar memaksa Isabella Tihani untuk mencari pekerjaan demi menampung kos sara hidupnya di sini dan untuk membiayai kos pengajiannya di universitinya.

Sampai bila dia mahu susahkan neneknya? Dia ke kota London hanya kerana permintaan oleh neneknya untuk melanjutkan pengajiannya di sini. Kalau tidak, Isabella hanya mahu belajar di tanah airnya sahaja.

Kehidupannya di sini hanya belajar dan bekerja sahaja. No time to party seperti mereka yang lain. Berlainan dengan Kate, malam minggunya mesti dihabiskan dengan berparti di club.

Setelah menghabiskan kunyahan yang terakhir, Isabella bangun dari kerusi menuju kearah Kate lalu melagakan pipi nya dengan pipi Kate.

Isabella menyarung kasut Converse dan terus membuka pintu melangkah keluar dari apartment yang disewanya bersama Kate.

Plain and boring.

Itulah dirasakannya sekarang. Setelah 5 minit berjalan santai, dia akhirnya tiba di stesen bas. Isabella melabuhkan punggung sambil matanya melihat suasana kota London yang tidak terlalu sibuk pada pagi ini.

Ibu bapa yang memimpin anak anak berjalan sehinggakan usapan seorang ibu terhadap anaknya yang jatuh benar benar mencuit hati Isabella.

Dia ingin merasai belaian seorang ibu. Tetapi apakan daya, dia sudah kehilangan ibunya semenjak dia dilahirkan lagi. Ayahnya pula melarikan diri tidak mahu menjaganya. Dia dituduh pembawa malang oleh ayah kandungnya sendiri.

Perit tetapi itu yang harus seorang Isabella Tihani hadapi.

Bunyi enjin bas yang berhenti dihadapannya menghentikan lamunan Isabella di pagi hari. Dia melangkah menaiki tangga bas dan duduk di kerusi penumpang sambil mata mengerling ke luar tingkap.

Matanya sempat menangkap kelibat lelaki berhoodie hitam yang seolah olah merenungnya di balik tiang bertentangan dengan jalan ini. Isabella cepat cepat melarikan pandangan dan tunduk menekur lantai.

Entah mengapa, pandangan itu seolah olah memberinya amaran. Dia mengerling lagi ke arah tiang itu tetapi sayangnya kelibat lelaki misteri itu sudah tiada.

B E L L AWhere stories live. Discover now