🏳️‍🌈BSD 6

102 8 4
                                    

"Sarah???" Tanya Syafiq dalam kehairanan."Apa you buat dekat sini and you kenal Firash too?"

"Well siapa saja lah yang tak kenal si lembik ni!" Jawab Sarah bersahaja sambil tersenyum sumbing.

"Again? You said what? Lembik? Eh kalau lembik aku tak kan masuk kat sini okay!" Bidas Firash tanpa memandang sedikit pun wajah Sarah."And aku tak tau lah apa masalah kau ni sampai sekarang pun masih nak marah dengan aku! Apa yang kau dapat bitch?" Tambah Firash lagi kali ini diiringi dengan senyuman.

Sarah yang mendengar kata-kata si Firash terus kembali ke tempat duduk bahagian perempuan dalam keadaan geram. Syafiq yang dari tadi melihat tingkah Firash dan Sarah masih terpinga-pinga.

"Firash macam mana sayang boleh kenal dengan Sarah?" Tanya Syafiq perlahan."Pernah jumpa kat mana-mana ke?" Tanya Syafiq lagi.

"Hey ma boy,tak ada orang tak kenal fiil betina yang bernama Sarah tu la."Jawab Firash sambil mainkan jarinya.

"So kenal dia dekat mana?" Syafiq masih bertanya.

Firash 'membatukan' diri sambil pandang tepat pada wajah babyface si Syafiq.

"Kejap...why abang macam kenal dia? Abang baru sebut nama dia tadi kan?" Firash terus bertanya pada Syafiq tetapi Syafiq hanya mendiamkan diri.

Sedang pelatih-pelatih rancak berbual,lelaki yang memakai seluar celoreng tadi bercakap melalui mikrophone.

"Amboi rancak kau orang buat bising. Dah hilang adab dalam majlis ke pelatih?" Tegur lelaki seluar berceloreng tadi kepada semua pelatih.

Selepas ditegur,semua pelatih mula diam dan memandang ke arah lelaki tadi. Firash melihat gaya lelaki itu seolah-olah 'Big Boss' yang memegang kuasa dalam kem PLKN tersebut dan kemungkinan besar memang 'The Big Boss' rasanya.

"Ada yang masih nak berborak ke? Kalau ada meh lah kita berkumpul ramai-rami dekat padang kawad sana! Saya tanya lagi sekali ada yang nak berborak kat padang kawad ke?" Lelaki itu menyoal para pelatih yang mula buat muka gelisah.

"Tak nak!" Jawab para pelatih serentak sambil gelengkan kepala dan ada yang mula tak senang duduk maklumlah kalau buat hal dalam kem akan dapat 'habuan' masing-masing.

"Kalau tak nak berborak atas padang kawad,tolong diam!" Sebab sesi suai kenal akan bermula jadi saya tak nak ada diantara awak tak kenal cikgu-cikgu,staf-staf,paramedik dan 'Tuan besar' dalam kem ni nanti. Boleh faham?"

Para pelatih menjawab ringkas dengan serentak,"Boleh!"

"Okay kalau macam tu saya minta cikgu-cikgu dan staf untuk perkenalkan diri dulu." Kata lelaki tadi.

Datanglah seorang lelaki yang berbadan agak tegap dan memakai pakaian celoreng tentera darat berjalan untuk mengambil mikrophone.

"Assalamualaikum,saya ringkaskan saja lah ya...Nama saya Eqmal Rizwan berumur 28 tahun dan saya berasal dari Port Dikson...saya berkhidmat sebagai koperal 3 tahun. So bila dah tau koperal jangan panggil saya pak cik pula hahah! Kenalah panggil saya Tuan atau koperal...saya single lagi and hal terakhir hanya pelatih perempuan saja yang dibenarkan panggil saya abang...pelatih laki tak boleh panggil saya abang nanti gatal-gatal badan saya hehehe...okay!" Kata-kata Koperal Rizwan telah berjaya memecahkan kesunyian dewan makan dengan gelak tawa para pelatih,para guru dan paramedik.

"Kelakar lahai si sado ni,dah lah comel...ishhh gigit kang!" Kata Alif kepada sahabat-sahabatnya yang masih ketawa.

"Okey tu dia abang Rizwan kita,dia memang open mind. Tapi ada masa akan jadi singa juga...padan muka dengan kau orang!" Kata lelaki tadi sambil tersenyum setelah mikrophone yang digunakan oleh Koperal Rizwan diserahkan kepadanya."Okay seterusnya cikgu mana lagi yang nak intro?" Tanya lelaki itu lagi.

BILA SAYANG DIKHIANATIWhere stories live. Discover now