🏳️‍🌈BSD 5

130 8 9
                                    

Firash terjaga dari tidur dan mencari telefon untuk tengok waktu,jam menunjukkan tepat pukul 04.50 pagi sementara rakan-rakan se-dorm yang lain masih belum lagi terjaga. (Sambung mimpi basah letewww).😉

Firash ingin bangkit tapi tangan si Syafiq masih memeluk erat di bahagian pinggang.

"Bang,bang...bangunlah nanti lewat nak mandi tak pasal-pasal kena beratur pula nanti." Firash mengejut Syafiq yang sedang menggeliat akibat terdengar suara Firash.

"Ermmm...dah pukul berapa ni sayang?" Tanya Syafiq perlahan dengan suara serak basah yang agak seksi.Wow!

Firash senyum sambil mengeluarkan lima jari satu persatu.

"Ouh...pukul 05.00 pagi. Awal lagi tu hehe." Ujar Syafiq yang masih mamai.

"Ishhh!!! Mana ada awal la nanti kalau lewat satu kompeni pergi surau,Tuan Koperal Zaid bising lepastu kena denda macam mana?" Balas Firash sampil mencucuk-cucuk perut Syafiq.

"Alah...lek-lek lah macam tak biasa pula kena denda." Balas Syafiq. Firash buat muka tanda menyampah."Okay lah jom cepat,sebab sayang abang ni dah marah dah." Bidas Syafiq lagi. Kali ni Firash tersenyum manja ala kambing pun ya juga.

"Tapi...mandi dengan abang please!" Syafiq menunggu jawapan dari mulut Firash sambil mengangkat kening.

"Okay lah tapi jangan buat macam semalam tau!" Pohon Firash yang menanti kepastian.

Syafiq mengangguk tanda setuju lalu mereka berdua bangun untuk mengambil tuala lalu bergerak ke bilik air yang masih sunyi cuma masih kedengaran lebihan air tangki yang masih mencurah-curah.

################################

"Weh,bangun weh!!! Dah pagi asyik tidur je tau...Dah!! Dah bangun cepat dah pukul 05.15 dah ni!!!" Jerkah Syafiq sambil mengetuk 'loker' besi miliknya sehingga penghuni dorm sebelah turut dapat mendengar jerkahan si Syafiq almaklumlah sekarang si Syafiq yang memegang jawatan ketua Kompeni. Firash hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat aksi penghuni dormnya yang bangun dalam keadaan menguap.

Lima sahabatnya rapatnya Hanif,Farris,Iwan dan Aznik telahpun menuju ke bilik air. Kebetulan dapat dorm yang sama. Yahoo!(Seronok kan kalau ada kawan yang rapat dengan korang stay satu dorm yang sama)

"Lain kali mana yang susah nak bangun tu,aku kencing atas muka engkau orang. Nak???" Tanya Firash ketika melihat Alif yang sedang berselisih dengannya untuk ke bilik air sambil Firash ketawa kecil.

"Eh henolll...action lebih la kau! Tau lah malam tadi tidur dengan 'crush' kan? Hahaha!!!" Balas Alif diikuti galak ketawa yang besar.

Tiba-tiba muka Firash 'merah' akibat malu setelah Alif mengetahui tentang dia dan 'crushnya' yang tidur berduaan semalam. Selepas itu,Firash memandang Alif yang berjalan dengan gaya lenggokkan ala model wanita sambil tersenyum nakal."Macam mana dia boleh tau ya? Padahal dorang dah tidur awal kut semalam." Gumam Firash dalam hati yang masih tertanya dengan kata-kata si Alif.

Tanpa berlengah,Firash memilih baju T-Shirt putih berkolar dan menyarungkan seluar track hitam begitu juga dengan semua pelatih yang ingin memulakan hari pertama di kem itu harus mengenakan pakaian yang sama.

################################

Tepat jam 05.50 pagi,Kompeni Bravo beratur di luar dorm untuk bergerak bersama ke surau kem.(Memang dalam kem kena bergerak lebih awal sebab peraturan sangat ketat,kau lewat sikit nahas kau kena dengan Tuan Koperal. Angkat balak lah jawabnya hehe...)

"Jap lagi siapa yang nak azan ni?" Tanya Syafiq sambil berkawad ala tentera kepada para skuad. Tetapi masing-masing mendiamkan diri. Ada yang tuding-tuding jari lagi.

BILA SAYANG DIKHIANATIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora