🏳️‍🌈BSD 2

183 9 0
                                    

Sedang asyik mendengar taklimat daripada Tuan Komandan Kem,tiba-tiba kerusi yang berada di sebelah Firash ditarik lantas Firash memandang gerangan yang menarik kerusi.Alangkah terkejutnya Firash melihat empunya kerusi.

"Waduh,ini pangeran ganteng dari mana?Kok ganteng sekali.Eh,bukan ke dia yang petik jari kat aku tadi."Gumam Firash perlahan serta sedikit bingung.

"Wei hanat,kau tenung apa sial?Aku tau lah aku handsome tak usahlah pandang lama-lama.Kau kena ingat,handsome aku untuk awek-awek yang ada kat sini je."Syafiq mengeluarkan kata-kata yang paling menusuk pada Firash.Terus sahaja Syafiq mengambil barangnya yang ada di atas kerusi lalu duduk di kerusi belakang yang masih kosong.

Firash terasa dirinya bagaikan direjam dengan batu kerana sikap kasar yang mendadak yang ditunjukkan oleh orang ditenungnya tadi.

"Aku hanya tenung pun kena hentam,alamak perangai kau macam babi sial!!!Kalau macam ni lah cara kau,memang tak ada dara nak kat kau nya."Cebik Firash sambil menggenggam buku limanya.

Selepas sesi taklimat dan suai kenal,akhirnya semua penghuni dilepaskan mengikut blok dan nombor katil yang telah ditetapkan oleh pihak kem.Firash beruntung kerana blok Kompeni Bravo yang bakal didiaminya lebih dekat dengan dewan makan jadi lebih mudah untuk bergerak ke dewan makan bila-bila masa sahaja bila perutnya berkeroncong.Dalam kem terdapat lapan blok untuk Wira mengikut kompeni iaitu Alpha,Bravo,Charlie dan Delta.Pada waktu itu pihak kem hanya buka empat blok Wira sahaja daripada lapan sebab pelatih kali ini tidak ramai tapi yang Wirawati punya blok malaslah nak sembang lebih.Sewaktu itu juga Firash sempat bertemu dengan rakan seperjuangan di sekolahnya dulu sejak dari situ Firash tidak berasa keseorangan lagi kerana bakal ditemani rakan-rakannya.

############################

Syafiq merenung kertas yang tertulis Bravo nombor katil F 6.Dia tercari-cari blok dan nombor katil dan setelah menemui katilnya,serta-merta mata Syafiq tertangkap satu kelibat selang satu katil dari katilnya,kelibat yang baru dia lihat sebelum ini iaitu kelibat yang dia lihat dan tegur di dewan makan tadi.Kini kelibat itu sedang rancak berbual dengan rakan seblok yang lain seolah-olah saling mengenali antara satu sama lain.

"Alamak apa hal budak ni selalu je ada mana aku pergi.Dahlah tu duduk satu blok dengan aku.Celaka apakah ini???"Ujar Syafiq dalam hati.

"Eh,cuba kau tengok budak tu.Berlagak tahap nak mampus sial!!!Tadi masa minum lepas dengar taklimat,budak tu terlanggar cawan Zani si budak Delta dan yang aku dengarlah kan,budak tu kena ajak fight malam ni.Lagipun aku tengok dia langgar cawan budak Delta tu macam sengaja je.Tapikan aku tengok budak ni boleh tahan juga badan dia... slim siot"Si Alif yang bersifat lembut mula 'membawang' dengan Hanif,Aznik,Farris,Iwan dan Firash Arryan.

"Kau tengah syok kat dia lah tu kan?Alah aku tau taste kau memang macam tu hihihi..."Aznik mengusik Alif sambil ketawa kecil diikuti dengan tawa rakannya yang lain.

"Kepala hongek engkau,itu kalau jenis macam tu baru je nak sebut tiga perkataan ajaib,awal-awal dah dapat 'blusher free'."Alif membalas sambil menjelingkan mata.

Firash teringin sekali tahu siapakah yang cuba dimaksudkan oleh rakannya terus sahaja memandang orang yang menjadi bahan 'bawangan' rakan-rakan sekolahnya yang mengikut sama program PLKN itu.Firash terkedu melihat sosok lelaki yang dikenalinya yang kini hanya memakai Skinny Jeans tanpa memakai baju.

"Woi,korang tengok apa???Seronoklah hidup tu selalu je nak 'membawang' orang lain."Tengking Syafiq setelah perasan dirinya sedang diperhatikan.Terus geng 'membawang' diam membisu setelah ditengking.Masing-masing buat muka seolah-olah tidak bersalah.

"Weh,Ash kita orang gerak dulu ya,nak pusing area sini...lagi tak pasal-pasal nanti kepala kita orang sangkut kat katil besi ni."Seloroh Aznik.Iwan,Alif,Farris dan Hanif membontoti langkah Aznik. Hanif memandang budak lelaki yang menengking mereka tadi dengan pandangan tidak puas hati.

"Okey,tapi hati-hati lah ya,maklumlah kat sini senang nak dapat abang ikan hahaha..."Firash cuba mengusik lagi rakan-rakannya.Badrul dan rakannya berlalu meninggalkan Firash dalam keadaan tergesa-gesa setelah Syafiq sedang berada di belakang Firash.

Firash berdiri untuk bergerak ke pintu hadapan tetapi sekali lagi dia terlanggar Syafiq yang kini 'shirtless' telah pun berada di hadapannya.

"Opocot hantu kau terlanjang!!!"Disebababkan Syafiq,dengan serta-merta Firash melatah dan setahu dia tidak pernah melatah,selama dia dibesarkan tidak pula dia dibesarkan dalam keadaan keluarga yang kuat melatah mungkin neneknya adalah pembawa.

"Apa hal pula kau nak opocot-opocot dengan aku ni huh?"Tanya Syafiq sambil menunjukkan muka garangnya."Tepilah sikit aku nak lalu."Tambah Syafiq sedikit kuat.

Tanpa teragak-agak,Firash memberi laluan kepada Syafiq.Tiba-tiba Syafiq bersuara."By the way,aku suka orang yang kuat melatah,lagi-lagi orang yang jambu macam kau ni okay...so bila terserempak dengan aku kau kena hati-hatilah."Syafiq tersenyum sinis sambil menggigit bibirnya dan muka Firash automatik sahaja berubah melihat aksi seksi yang cuba ditonjolkan oleh Syafiq.Tanpa berlengah,Syafiq terus ke bilik mandi meninggalkan Firash yang masih terpinga-pinga.

"Alamak,dia cakap aku jambu.Seriuslah dia puji aku."Muka Firash berseri-seri selepas lelaki yang ditenungnya pagi tadi memuji dirinya."Alah,dia pun apa kurangnya,muka 'gentle'...eh kejap,sejak bila pula aku syok kat dia pula ni?Ah,tak kisahlah janji dia dah mula taste dengan aku hahaha..."Firash ketawa sehingga tawanya didengari oleh penghuni bloknya sendiri.Akhirnya rasa sedih terubat dengan suasana baru.

############################

Selepas solat isyak,semua pelatih dibenarkan pulang awal ke blok masing-masing untuk urusan peribadi.Malam itu,semua pelatih begitu fokus dan teliti semasa mengemas barang-barang dan pakaian mereka ke dalam 'locker'.

"Wei,aku nak kau ikut aku sekarang!"Syafiq mengarah Firash dengan tegas sambil mencekak pinggang.

"Eh,apa hal pula?Rasanya aku tak buat salah kat kau pun.Lagipun aku bukannya kenal sangat kat kau!"Lancang sekali mulut Firash mengeluarkan ayat sehingga Syafiq jadi kaget mendengar penjelasan dari mulut Firash.

"Oh,dah pandai nak melawan.Kau jangan paksa aku 'raging' kau dalam tandas."Balas Syafiq dengan nada yang cukup buas.

Firash terkejut mendengar jawapan daripada Syafiq."Dah tu kau nak aku ikut kau pergi mana?Nak bawa lari dari kem ni?Tak usahlah nanti kau susahkan semua orang...cukup-cukuplah kau susahkan aku seorang je."Balas Firash dengan serius.

"Wei,sebelum hilang mulut kau baik kau ikut aku sekarang.Aku dah lambat ni!"Kini suara Syafiq bertambah keras.

"Ya lah,tapi kau jangan buat benda tak betul kat aku dah lah."Rayu Firash pada Syafiq.Serta-merta tangan Firash direntap oleh Syafiq.Firash terpaksa mengikut gerak langkah Syafiq yang ingin pergi entah kemana.

"Ish,janganlah tarik kuat sangat sakit tangan aku ni bodoh!!!"Rungut Firash yang tidak berdaya melepaskan tangannya yang sedang ditarik kuat.Terus sahaja tangan Firash dilepaskan daripada genggaman kuat Syafiq.

"Apa yang susah sangat kau ni?Aku cuma nak ajak kau untuk temankan aku je.Sebab sekarang ni kau lah orang yang aku mula tegur sejak mula aku masuk sini.Nanti kalau apa-apa jadi kat aku sekurang-kurangnya kau tau apa yang jadi,kau boleh tolong aku."Suara Syafiq semakin rendah sayup-sayup kedengaran sambil mata Syafiq merenung tajam ke dalam mata Firash.

Firash jadi terkesima dengan apa yang dikatakan oleh Syafiq.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BILA SAYANG DIKHIANATIWhere stories live. Discover now