🏳️‍🌈BSD 3

196 7 5
                                    

Firash mengamati wajah Syafiq yang bersih tanpa cacat-cela yang kini telah pun hampir dengan wajahnya.

"Aku harap kau ada kat sana untuk temankan aku,please."Pinta Syafiq sambil memegang erat tangan Firash.

"Aku...err...bukan tak boleh temankan kau tapi...kenapa aku yang kau ajak bukan ke kau benci gila dengan aku tadi."Firash membangkitkan isu di dewan makan tadi.Kini Syafiq hanya diam membisu mengenangkan semula apa yang telah dia lakukan pada Firash.

"Ya,tu aku tau lah...Macam yang aku cakap tadi kat sini aku kenal kau seorang je.Kau pun tau kan budak kat sini tak nak langsung kawan dengan aku."Luahan Syafiq menjadikan Firash makin tidak enak badan.

"Kalau aku temankan kau malam ni pun,apa je yang aku dapat?"Tanya Firash ingin mendapatkan kepastian dari mulut Syafiq.Tetapi Syafiq hanya menggarukan kepala seperti memikirkan sesuatu untuk dikatakan kepada Firash.

"Err...aku akan jadi kawan kau sampai bila-bila.Yang aku tak lupa lagi,aku tak akan buat perangai sombong cipan aku tu kat kau lagi.Macam mana,setuju tak?"Syafiq memberi kepercayaan kepada Firash sambil menunggu kata putus dari Firash.

"Ok,tapi sebelum tu boleh aku tau yang kau dengan aku ni nak pergi mana
sebenarnya?"Akhirnya Firash bertanyakan lagi soalan yang masih bermain di fikirannya.Syafiq tidak keruan.

"Aku dengar kau nak 'fight' malam ni.Betul ke?"Firash mengajukan soalan kepada Syafiq.

Akhirnya setelah lama berdiam,Syafiq menjawab pertanyaan Firash walaupun berat untuk dikatakan."Ha'ah,aku kena ajak 'fight' dan kalau aku tak 'fight' malam ni maybe aku dipanggil penakut atau 'loser'."Jawab Syafiq berterus-terang.

Firash memegang kedua-dua belah bahu Syafiq sambil berkata."Kau tau tak ni sebenarnya berpunca daripada kau juga yang tak tau nak hormat orang lain.Nah,kau sendiri tau akibat dia sekarang kan.So,aku cuma bagi cadangan lebih baik kau minta maaf kat budak tu...Bukan apa aku tak nak kau kena denda dengan cikgu yang ada kat sini disebabkan korang berdua gaduh."

Syafiq memegang kata-kata Firash.Selepas beberapa minit berdiri di depan blok,akhirnya mereka melangkahkan kaki ke blok Delta.

############################

"Wei,zaman sekarang ni orang kalau gaduh bagi penumbuk je,mana ada nak minta-minta maaf semua tu.kolot sial perangai kau,kimak!!!"Bentak Zani budak Delta yang inginkan pergaduhan antara dia dan Syafiq.

"Aku minta maaf pun tak cukup lagi untuk kau?"Ok,kalau kau memang nak cabar aku,jomlah tapi bukan kat dalam ni."Ujar Syafiq yang berada di tengah-tengah bilik blok Delta bersama Zani dengan disaksikan ramai pelatih dari setiap kompeni.

Semua pelatih mula berarak mengikut Syafiq dan Zani lalu berkumpul di belakang tandas untuk menyaksikan pergaduhan antara pelatih Bravo dan Delta.

Zani mula menghayunkan penumbuk di pipi kiri Syafiq sehingga rebah di atas tanah.Syafiq bangkit lalu menolak Zani hingga ke dinding tandas dan memberi penumbuk paling padu di bahagian perut Zani sehingga Zani kesenakan.Firash yang melihat kejadian itu mencari jalan supaya pergaduhan dihentikan.

"Wei,semua cikgu datang!!!"Pekik Firash.semua yang berada di situ lari bertempiaran sehinggalah kawasan itu lengang.Firash melihat Syafiq yang masih merengkok kesakitan lalu membantu Syafiq.Dengan kudrat yang ada,Firash menyokong pergerakkan Syafiq sehingga ke belakang blok Bravo yang merupakan tempat jemuran pakaian para pelatih.

"Mana cikgu yang kau cakap tadi tak nampak pun masa kita lalu tadi?"Syafiq masih kebingungan sambil memegang dagu dan pipinya yang sakit.

"Minta sangat ke cikgu tu datang 'then' besoknya kena denda.Nak ke? Kalau nak,aku panggilkan."Balas Firash dalam nada perlian.

Syafiq ketawa apabila terkenangkan peristiwa lari bertempiaran tadi."Oh,maknanya kau cuba kelentong doranglah ni ya?"Tanya Syafiq ingin mendapatkan kepastian walau hakikatnya dia sudah tahu jawapannya.

"Yalah,dah aku tak sanggup tengok muka kau ni lebam sana sini.Nanti tak 'handsome' lagi dah tak ada awek nak dekat dengan kau."Firash menjawab dengan selambanya.

"Awek???Awek ke atau kau yang tak nak dekat dengan aku ni?"Tanya Syafiq semula."Kau sayang aku kan sebab tu kau buat semua ni."Lagi sekali Syafiq mengkagetkan Firash.

"Eh,tengok bibir kau berdarah tu.Kejap tunggu sini,jangan pergi mana-mana."Pesan Firash yang terus berlari masuk ke dalam blok menuju ke 'lokernya'.Syafiq duduk tersandar pada dinding menahan kesakitan akibat pergaduhan tadi.

Selepas beberapa detik,Firash datang membawa setimba air dan sehelai tuala kecil yang direndam bersama.Firash memerah tuala kecil itu kemudian menuam pada luka di tepi bibir Syafiq.Tangan Syafiq mula memegang tangan Firash dan beralih memegang pada wajah Firash.Firash memandang wajah Syafiq juga.

"Kenapa kau selalu je ada dengan aku walau aku selalu buat'dajjal'kat kau?Kenapa kau buat semua ni?Sebab aku terlalu memaksa kau ke?"Tanya Syafiq dengan sayu.

"Aaa...emm...aku buat semua ni sebab...aku suka..."Firash tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana risau akan dikerjakan oleh Syafiq seperti mana Syafiq memukul Zani.

"Maksud kau...kau suka aku ke?"Tanya Syafiq ringkas seperti dapat meneka apa yang hendak dikatakan oleh Firash.

Firash hanya menganggukkan kepala serta menundukkan sedikit kepala ke bawah.Syafiq yang melihat reaksi Firash tersenyum lalu mengosok rambut Firash.Firash mengangkat kepala kemudian memandang semula wajah Syafiq.

"Aku pun sukakan kau juga tapi aku malu nak cakap sebab aku fikir mungkin kau 'straight'.Sebenarnya aku jadi macam ni sebab awek aku juga."Syafiq memberitahu hasrat yang sudah lama yang ingin disampaikan pada orang lain tapi kini Syafiq hanya mampu sampikan pada Firash.

"Jadi,kau tak marah kalau aku suka kau?Kau tak marahkan aku kan?"Tanya Firash bersungguh-sungguh.

"Aku tak pernah marah.Aku lagi suka...kalau kau yang jadi peneman hidup aku pun aku tak kisah."Balas Syafiq sambil memperbetulkan kolar baju.

Firash tersenyum kembali merapatkan tubuhnya dekat dengan Syafiq,begitu juga dengan Syafiq,dia memeluk Firash yang tubuhnya hampir sama dengan tubuhnya.

"Lama lagi ke nak peluk Ash sebab Ash dah lemas ni hehehe..."Firash bersuara sambil ketawa kecil.Syafiq melepaskan pelukkannya.

"Ash...Nak aku panggil Ash ke?"Tanya Syafiq setelah Firash menyebut nama gelarannya.

"Kalau nak panggil Ash,panggil jelah apa salahnya."Jawab Firash."Kalau aku nak panggil kau 'Abang' boleh tak?Sebab aku rindu abang aku la hehe..."Tambah Firash lagi.

"Amboi,nak manja-manja pula dia ya."Gumam Syafiq sambil mencubit hidung Firash yang mancung."Eh,abang nak pergi mandi dulu.Badan abang gatal-gatal nanti susah pula abang jadinya sebabnya takut sayang abang ni pun terkena tempias gatal-gatal hahaha..."Ujar Syafiq sambil ketawa berdekah.

"Ash,mandi dengan abang jom."Syafiq mengajak Firash untuk ikut mandi bersamanya.

"Tak nak lah mandi dengan abang."Balas Firash sambil menjeling."Tau tak kenapa,sebab takut abang rogol kut!!!"Firash memberi jawapan yang jujur kepada Syafiq.Langsung Syafiq jadi terkejut apa yang dikatakan oleh Firash.

Dengan mengumpul segala kekuatan,Syafiq terus mengangkat Firash dan membawa Firash menuju ke bilik air.Firash menjerit dan ketawa dengan kelakuan Syafiq untuk dilepaskan tetapi Syafiq tidak mengendahkan kata-kata Firash.

"Tunggu sini jangan pergi mana-mana,abang nak pergi ambil tuala.Ingat!!!jangan pergi mana-mana."Syafiq bertegas kepada Firash tetapi Firash hanya buat bodoh tidak mahu mempedulikan Syafiq.

"Baiklah encik boss."Ringkas sahaja jawapan yang diberikan kepada Syafiq.

Firash duduk di atas tembok kolah air sementara itu dia juga mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar.Kemudian kelibat yang ditunggu sudah pun tiba di pintu sambil mengangkat kening kiri kepada Firash.

"Babe,are you ready for that?"Syafiq mengeluarkan ayat yang mengejutkan pada Firash sambil jarinya menunjukkan ke arah kubikel.

Firash hanya terdiam dan mengangkat bahunya.Dan hanya tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BILA SAYANG DIKHIANATIWhere stories live. Discover now