🏳️‍🌈BSD 1

291 10 0
                                    

Sewaktu dalam perjalanan menuju ke Kem PLKN dengan menaiki kereta Honda CRV yang dipandu oleh Fairuz,Firash hanya diam membisu.Kelakuan Firash itu telah disedari oleh Dewi ibunya Firash.Faqilah yang juga turut mengikuti perjalanan itu dan duduk di kerusi penumpang sebelah Fairuz menyedarinya tetapi dia tidak mengendahkannya dan lebih fokus dengan media sosialnya.

Sambil tangannya mengusap lembut di bahu Firash,Dewi terus bertanya tanpa teragak-agak."Anak ibu kok diam wae,masih kepikiran soal ayah ya?"Tanya Dewi kepada anak terunanya sambil tersenyum dengan menggunakan bahasa tanah airnya.

Dengan membalas senyuman sang ibu,Firash menjawab."Kok ibu tau sih,tapi emang ya Firash masih mikirin ayah yang sejak awal sarapan hanya diam saja,sepertinya sudah benci sama Firash."Firash menjawab dengan nada yang sangat kecewa.

"Masa sih ayah mahu benci sama anak gantengnya.Kamu tau nggak ayah kamu ngomong sama ibu bahawa dia mahu lihatin kamu menjadi pewaris untuk terusin karier sebagai tentera.Nah karena itu ayahmu mahu kamu sertai latihan ini biar kamu bisa biasa dengan apa pun yang kamu jalanin untuk berkarier sebagai tentera nanti."Dewi mula memberi kata-kata motivasi untuk anak terunanya itu.

"Macam mana pula kalau nak jadi tentera dengan badan yang longlai,keding lepas tu jambu macam Ash ni hahaha..."Seloroh Faqilah yang sengaja ingin mengusik Firash.Dengan mengumpul kudrat sepenuhnya,Firash cuba mencekik leher Faqilah dari arah belakang tetapi sempat dielak oleh Faqilah.

Lalu Firash mengeluarkan jurus manja dan gedik di hadapan ibunya sambil merengek seperti anak kecil."Ibu tengoklah kakak ni selalu nak buat Ash down je,apa dia ingat Ash tak ada perasaan ke?"Gumam Firash dengan diikuti geramnya yang masih berbaki.

"Kakak kan nggak baik digituin sama Ash,kan Ash ini masih anak kecil lho."Kini giliran Dewi mengenakan anak terunanya sambil disertakan dengan gelak tawanya yang kecil tetapi dapat menghiburkan setiap seisi kereta pada waktu itu.

Lagi sekali wajah Firash berubah menjadi lebih cemberut dari yang kebiasaannya,tetapi Firash sempat menjeling ke arah ibunya yang sedang ketawa sehingga mata ibunya menjadi agak sepet sedikit.

"Ibu,Firash mesti akan rindukan senyuman ibu sewaktu Firash dalam kem nanti,ayah mungkin ke?"Getus hati kecil Firash.

Firash terus melentokkan kepalanya di bahu kiri ibunya sehingga matanya mula terkatup secara perlahan.Dewi yang tadinya ketawa dengan tingkah Firash akhirnya terhenti seketika dan menyuruh Faqilah dan Fairuz untuk diam.

################################

Diam tak diam,akhirnya mereka tiba juga ke destinasi yang dikunjung.Dewi mengejutkan Firash yang masih terlena di sisinya.Firash menggeliat seperti anak kucing yang tidur selama setahun tanpa bangun.Faqilah yang melihat kelakuan Firash hanya mampu menggelengkan kepala.

Firash mengangkat kaki untuk keluar dari kereta dan mengamati persekitaran kawasan Kem PLKN yang terceruk di pinggir hutan yang dikategorikan sebagai Banjaran Titiwangsa.

Firash berasa tempat itu tidaklah seteruk yang disangkakan malahan tempat itu amatlah sesuai baginya untuk melupakan apa yang terjadi antara dia dan ayahnya.Firash mula perasan rata-rata para pelatih yang hadir turut hadir bersama ibu dan ayah walaupun kelihatan semua dari mereka bukanlah dari golongan orang senang dan kelihatan sangat ceria sekali sedangkan dirinya hanya hadir bersama ibunya sahaja.

Tanggapan Firash,ayahnya tidak dapat menemaninya pada waktu itu mungkin ingin melupakan konflik yang terjadi sebelum Firash melangkah ke Kem itu.Dan Firash juga mula perasan ada beberapa orang anak dara jelitawan yang lalu di hadapannya ketika itu senyum penuh menggoda dan ada diantaranya turut melambai ke arah Firash tetapi Firash hanya memandang ke arah tempat lain dan tidak memperdulikan kegedikkan anak dara itu.

Tiba-tiba,mata Firash tertancap pada seorang lelaki yang sebaya dengannya telah pun menjadi titik fokusnya yang ketika itu lelaki itu hanya mengenakan Sweater merah hitam,berT-shirt putih,bertopi berwarna hitam,berkasut sukan putih dan berseluar Skinny Jeans.Dari pandangan Firash lelaki itu mungkin menyukai fesyen pakaian ala Swagger.Pada masa yang sama lelaki yang cuba ditenungi Firash menyedari kelakuan Firash lalu memetik jari dari jauh untuk menyedarkan Firash.Orang itu tersenyum sendirian melihat Firash yang mula mundar-mandir dari jauh.

Akhirnya Firash sedar dan berpaling ke arah lain dan tidak tahu bagaimana mahu sembunyikan wajahnya sama ada sembunyikan di longkang ataupun mangkuk tandas.

"Syafiq kesini kejap sayang,janganlah macam ni.Tinggal sini dua bulan je tak lama mana pun."Puan Suliana memujuk anaknya Muhammad Syafiq Naizammudin yang masih dingin sejak berada di dalam kereta tadi,kini sedang merenung kepada seseorang yang tadi merenung dirinya dari jauh.

"Mama tau kan Syafiq tak suka buat aktiviti macam ni,dahlah tu bosan internet pun tak ada macam mana nak muat naik foto kat insta?Macam yang mama tau,Syafiq ni kan Instafamous."Seloroh Syafiq sambil tersenyum sumbing kepada Puan Suliana.

"Hmm...yalah,apa-apa pun mama nak kena cepat ni sebab dalam masa tiga jam lagi mama nak kena sampai kat Seremban,ada mesyuarat tergemparlah pula.Kalau macam tu mama minta diri dulu.Assalamualaikum."Puan Suliana pamit dalam keadaan tergesa-gesa kerana bimbang akan melewatkan perjalanannya nanti.

"Waalaikumussalam"Jawab Syafiq singkat.Lalu tinggallah Syafiq keseorangan dan ditemani bagasi roda,beg sandang dan tidak pula ketinggalan telefon bimbit IPhone 6 nya hadiah pemberian bekas kekasihnya sempena ulang tahun kelahiran Syafiq yang ke-17 tahun lepas.

Selepas kereta Mercedes Benz kepunyaan Puan Suliana meninggalkan perkarangan parkir yang disediakan oleh pihak Kem,Syafiq melangkah ke arah dewan makan yang mempunyai pentas dan dihadapan pentas itu terdapat kerusi yang disusun rapi untuk diduduki para pelatih yang hadir.Syafik memilih kerusi yang paling depan dan berada di hujung bagi mengelakkan bertemu dengan anak dara yang perasan bagus lagi syantik!

"Rasanya udah lama ibu di sini tapi sepertinya ibu nggak mahu pulang deh mahu nemanin anak ibu di sini tapi karena keadaan yang tidak mengizinkan ibu terpaksa ninggalin anak ibu sendirian di sini."Nada sedih Dewi semakin membuat Firash semakin tidak selesa badan.Firash juga tidak mahu berjauhan dengan orang tuanya serta kakak dan abang kesayangan yang sentiasa menjadi pendengar setia Firash.

"Nah kalau begitu ibu mahu pamit dulu dah,permisi jaga diri Ash yang baik ya.Dan kalau punya waktu bisa telefon ibu kapan pun yang Ash mahu,ibu sentiasa ada kok buat Ash.Ibu pamit dulu ya.Assalamualaikum."Begitu panjang pesanan si ibu buat si anak kesayangan.

"Waalaikumussalam ibu.Ibu juga hati-hati ya,pesan sama kakak dan abang jangan main telefon sewaktu memandu,nanti ingatkan termasuk ke dalam gaung rupa-rupanya sangkut celah pokok pula hahah..."Firash cuba membuat ibunya tersenyum walau sekarang hatinya sedang resah kerana dia bakal hidup tanpa bergantung pada siapa-siapa lagi.Begitulah perasaan semua insan yang bakal memulakan kehidupan di situ nanti.Ibu Firash masuk ke dalam kereta kerana Firash perlu berada di dewan makan sebentar sahaja lagi.Firash melambaikan tangan kepada insan tersayang yang berlalu pergi menuju ke luar pagar kem dan meninggalkan dirinya disitu.Kemudian Firash mula melangkah ke arah dewan makan untuk mendengar taklimat yang ingin disampaikan oleh Komandan Kem.

Firash merasakan dirinya adalah yang paling lewat untuk mengambil tempat sedangkan para pelatih yang lain sudah pun mengambil tempat masing-masing.Dia menggunakan laluan di belakang bagi mengelakkan lalu di hadapan anak dara yang gedik tahap gaban.Dia terlihat dua bangku kosong tetapi di atas satu bangku lagi terdapat kaca mata hitam dan sweater jenama Adidas berwarna merah hitam."Mungkin tuan punya sweater pergi tandas melepaskan hajat agaknya"Gumam Firash perlahan risau akan mengganggu para pelatih yang lain.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BILA SAYANG DIKHIANATIWhere stories live. Discover now