47 ; lunch

5K 356 272
                                    

Aku keluar dari kereta adrissa.

" tolong bagitahu aku kenapa kita dekat office laki kau? " adrissa tanya sambil mengunci kereta dia.

" aku nak cakap dengan dia yang aku keluar. kang risau pulak dia balik rumah nanti tengok aku hilang. "

Aku dah cuba chat jungkook , tapi jungkook ni pun set set retis jugak taknak reply.

HAHAHAHAH

" lagipun , sekarang waktu lunch. senang sikit nak jumpa dia , takdelah kena naik ke office dia yang setinggi tinggi alam tu. "

Adrissa gelak kecil dan jalan beriringan dengan aku.

Kitaorang melangkah masuk ke dalam bangunan milik jungkook.

" ramai manusia siot. " kata adrissa.

" memanglah bodo , kau pernah ke tengok haiwan datang office buat kerja? "

Kepala aku ditujal adrissa.

Hamboi dia ni , dia yang tanya aku yang kena tujal ;-;

Aku dan adrissa keluar dari lif dan masuk ke kafeteria.

Baru sahaja aku nak masuk , adrissa terlebih dahulu menahan aku.

" weh , sapa perempuan yang borak dengan jungkook tu? " soal adrissa sambil memegang tangan aku.

" aku lupa nak bagitau , tu nabila. nabila dapat kerja dekat sini. "

-flashback-

" abang , sayang nak tanya something boleh? "

" apa dia? "

" dekat tempat kerja abang tu , ada kosong tak? " aku menyoal.

Ikutkan hati aku taknak tanya , tapi maklong sampai chat aku tanya tempat kerja jungkook ada kosong ke tidak.

Aku pulak tak sampai hati nak palau maklong yang baik tu. walaupun perangai anak dia lebih kurang macam setan.

" kejap abang try tengok. kenapa? sayang nak kerja dengan abang ke? "

" eh bukanlah , ni maklong suruh sayang tanyakan untuk si nabila tu. " kata aku.

" nabila? sapa nabila? "

" cousin sayang , sayang rasa abang tak pernah tengok kot. sebab dia tu pun jarang datang rumah. " jelas aku lagi.

Aku taknak bagitau jungkook pasal nabila sebab nanti dia fikir apa pulak kan.

Family aku sendiri pun aku nak ngumpat.

" nanti abang tanya dekat seongwoo. "

-end of flashback-

Esoknya tu , jungkook bagitau yang seongwoo perlukan seorang PA.

Okaylah tu , dari dia jadi PA si jungkook AHAHAHAH

" yelah , memang lah PA seongwoo. tapi kenapa dia buat macam dia PA si jungkook? " soal adrissa.

Aku mengangkat bahu.

Aku terus masuk kafeteria dan pergi ke meja jungkook.

MY MUALAF IMAM | ✓Where stories live. Discover now