Atau

Ayat B:

Hai brother. Please don't get me wrong but I honestly do not want to be your wife. Thank you for your marriage proposal but I sincerely can't accept even if you beg me for 100 years.

Atau

Ayat C:

Bro get lost! I hate you. I rather die than be your wife!

Wah drastik tu!

Nope, tak boleh keluarkan ayat A, B mahupun C. Panggilan bro dan brother memang out. Sama sekali tak boleh lebih-lebih lagi bila melihat mood Mr Tyrant. Mood seperti King Kong tunggu masa saja nak mengamuk.

Ok, apa kata guna teknik diplomasi? Bicara secara sopan santun dan terhormat. Mr Tyrant kan business man?

Masalahnya Tiara, dia bukan gentleman. Setidak-tidaknya tidak bagi Tiara Shenaaz. Cik Jantung dah buat perincian.

Betul! Cik Hati setuju.

Ah, redah sajalah ayat-ayat spontan nanti. Sekarang duduk diam-diam dan baca berulang-ulang Surah Al-Ikhlas. Sesungguhnya surah itu sebanding dengan sepertiga al-Quran. Cik Akal tutup kes buat sementara. Tumpu kepada bacaan.

Beberapa minit kemudian mereka tiba di sebuah kelab eksklusif. Memang eksklusif sungguh. Terletak di lereng bukit dengan pemandangan yang sungguh mengagumkan. Tempat insan-insan kaya beriadah habiskan masa dan wang ringgit mereka. Dia bukan di kalangan mereka jadi dia...

"Saya nak balik." Ayat spontan Tiara yang pertama keluar.

"No! You being trying for so many days to get me. So let's talk!"

"Betul tapi..."

Arggh, Mr Tyrant tak bagi Tiara habiskan ayat. Putus ayat di tengah. Tergantung tanpa tali. Tariq Zayyan bukakan pintu dan keluar. Hempas pintu dengan kuat. Tak sayang kereta mahal ni kah? Ah, kereta dia punya! Lantaklah!

"Get out, Tiara Shenaaz. Now!" Arahnya kasar setelah pintu sebelah Tiara dibuka.

Nak degilkah? Tiara berkira-kira. Takut juga ditarik keluar. Jadi, Tiara ikut arahan. Dia keluar. Turut menghempas pintu. Ah, kereta Tariq Zayyan, lantaklah!

"Move." Arah lagi.

Issh sakit hati Tiara. So be it! Let's talk, big-headed!

"Jangan salahkan saya kalau saya malukan encik kat sini!" Tiara jentik ayat. Konon-konon nak sakitkan balik hati Mr Tyrant.

"As if I care!" Bentak Tariq Zayyan. Nada dah naik dua oktaf.

Dia menarik lengan Tiara. Tiara terpaksa ikut. Taziq Zayyan menariknya melintasi beberapa buah meja di lounge. Menolak pintu kaca yang memisahkan kawasan lounge dengan balkoni di luar. Dia tidak lepaskan lengan Tiara sehingga mereka tiba di sebuah meja di balkoni yang luas di luar lounge. Cantiknya pemandangan di sini. Dikelilingi kehijauan bukit bukau. Udaranya nyaman. Di satu penjuru, air turun seperti air terjun dari bumbung. Wow!

"Leave us. We don't want anything." Kata Tariq Zayyan kepada seorang pelayan wanita yang sudah memagar senyuman yang paling manis. Kasihan. Tumbang terus pagar senyuman.

Psssst kasihan diri sendiri dulu. Entah besar mana pukulan ombak yang akan Tariq Zayyan ayun dan lemaskan kau!

Betul-betul! Cik Hati setuju dengan Cik Akal.

Jadi Tiara tak berani komen apa-apa. Lebih baik dia nikmati pemandangan yang dikelilingi oleh kehijauan bukit bukau. Emm nyamannya udara. Di penjuru sebelah kanan, air turun dari bumbung seperti air terjun. Beberapa percikkan airnya seperti bermain dengan dedaun yang ditanam rapat di situ. Wow, memang best kat sini. Boleh relaks fikiran. Boleh buat bodoh tak ingat masalah dunia. Nak makan, petik jari saja. Dah ada yang hantar. Nak tidur, tentu ada bilik di sini untuk tidur. Semalam, dua malam, seminggu, tentu bisa diatur. Baguskan jadi orang kaya? Tapi kenapa orang miskin lebih cepat masuk syurga berbanding Si Kaya? Emm... betulkah? Bergantung kepada insan itu sendirikan? Apa pun dia suka tempat ini.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now