BAB 23 : BANGKIT SEMULA

225 42 1
                                    


Tahun 2015, Estodania

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tahun 2015, Estodania.

SULTAN ILTIZAM berteluku di birai katil sambil menggenggam tangan Permaisuri Isabella. Adinda kesayangannya itu masih tidak sedarkan diri sungguhpun perawatan rohani sudah dijalankan. Peristiwa yang disaksikan matanya memberi petanda yang tidak elok telah menimpa isterinya itu. Dengan penemuan tubuh Farihah yang tampak kusut dan cengkung membenarkan lagi firasatnya bahawa mereka kini sedang diserang entiti yang mereka tidak nampak. Bantuan Sultan Aminuddin pada saat-saat seperti ini memang sangat diperlukannya.

Sultan Iltizam mengesat air matanya sebaik sahaja menyedari Medicak sedang terintai-intai di balik pintu. Jin gempal itu kelihatan agak takut-takut untuk melangkah masuk, tidak seperti kebiasaannya.

"Medi... mari masuk. Bertemu permaisuri," panggil Sultan Iltizam.

"Itu bukan permaisuri!" bentak Medicak, tiba-tiba. Medicak kemudiannya melarikan diri dari kamar diraja itu. Bentakan Medicak itu merentap jantung Sultan Iltizam. Dakwaan jin gempal tersebut dianggap satu pengesahan bahawa isterinya kini sudah didiami oleh sesuatu yang tidak terjangkau pandangannya. Sultan Iltizam mulai cemas. Dia mula mempersoalkan kekukuhan sempadan ghaib yang dijaga oleh Tok Kandek. Bagaimana bisa entiti jahat berjaya memasuki Estodania dan sekaligus mendiami tubuh isterinya? Bukankah sempadan tersebut dikatakan ampuh untuk melindungi keamanan kota itu?

Detik pada ketika itu terasa semakin genting bagi Sultan Iltizam. Dia tidak tahu kepada siapa yang harus dirujuk untuk membincangkan kegawatan baharu itu. Semua anggota kepercayaannya telah dikirim keluar untuk mengesan keberadaan Mandalika. Pangeran Firaz pula sudah dititahkan untuk merujuk Imam Syahriyan berkenaan bahana yang semakin bahang itu.

"Allah!" Sultan Iltizam menepuk dahinya. Sultan Iltizam mengalunkan istighfar dalam hati.

Kekusutan yang mengitarinya membuatkan dia hampir terlupa bahawa dia masih mempunyai Allah yang selalu ada mendengar dan memperkenan doa-doa hamba seperti dirinya itu. Tanpa berfikir panjang, Sultan Iltizam segera meninggalkan birai katil lalu memulakan upacara berwuduk sebagai persediaan mengadap Illahi.

Baru sahaja selesai menghamparkan tikar sejadah, tiba-tiba Permaisuri Isabella mengerang kesakitan. Sultan Iltizam dengan segera menghampiri isterinya. Permaisuri Isabella mula sedarkan diri dengan erangan kesakitan. Seraya, Sultan Iltizam merangkul bahu isterinya itu dan memapahnya untuk duduk bersandar. Permaisuri Isabella terbatuk-batuk.

"Kanda..." panggil Permaisuri Isabella, lemah. Sultan Iltizam mengambil tangan Permaisuri Isabella lalu meletakkannya ke dadanya.

"Kanda di sini," sahut Sultan Iltizam. Air matanya sedikit menitik, gembira kerana akhirnya Permaisuri Isabella sedarkan diri.

"Adinda..." sambung Permaisuri Isabella. Nada suaranya masih lemah.

"Mengapa, adinda? Ujarkan keinginan adinda," pujuk Sultan Iltizam. Tangan kirinya mengusap-usap ubun kepala Permaisuri Isabella.

ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSAWhere stories live. Discover now