BAB 18 : BAYANG PETAKA

255 47 3
                                    

Awal Tahun 2015,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awal Tahun 2015,

Estodania.

PINTU kamar dikuak perlahan-lahan. Tubuh Permaisuri Isabella masih terkujur kaku di atas katil. Medicak pula sudah tertidur di atas riba permaisuri itu. Farihah melangkahkan kakinya masuk. Dia mengejutkan Medicak.

"Medicak," bisik Farihah ke telinga Medicak. Medicak terjaga dalam keadaan mamai.

"Kamu siapa?" tanya Medicak sambil memisat-misatkan matanya.

"Kakak kamu. Nilakendra!" ujar Farihah, membuntangkan matanya. Ujaran itu mengejutkan Medicak. Serta-merta mata jin biru itu menjadi segar. Termundur-mundur jin tersebut sehingga terlanggar lampu meja yang terletak di hujung katil.

"Bagaimana Nilakendra boleh jumpa Medicak di sini? Bagaimana Nilakendra boleh masuk ke dalam Estodania?" terketar-ketar Medicak menuturkan soalan tersebut. Farihah tergelak melihat reaksi kalut Medicak itu.

"Ke tepi kamu! Aku tidak ada urusan dengan kamu di sini!" Farihah menghayunkan tangannya ke arah Medicak. Seperti ditolak angin, tubuh Medicak terhumban ke luar kamar. Pintu kamar itu ditutup dengan kasar. Kini, hanya dia dan Permaisuri Isabella sahaja yang berada di kamar tersebut. Akhirnya, rancangan Bentara Lakhus akan masuk ke fasa seterusnya.

Medicak yang terjelupuk jatuh jatuh ke atas lantai menggagahkan dirinya untuk bangun. Perutnya yang sedikit memboyot ke hadapan membataskan pergerakannya. Dia menjadi takut apabila memikirkan nasib Permaisuri Isabella di dalam kamar bersama anak kesayangan pemimpin Ekrandia itu. Sedaya-upaya Medicak cuba menghancurkan pintu kamar tersebut.

Tanpa mempedulikan ketukan Medicak yang bertalu-talu, Farihah segera mendekati katil Permaisuri Isabella. Jin gempal itu nampaknya masih gagal memahami kesaktiannya yang sebenar. Darah Ekrandia yang mengalir dalam tubuhnya nampaknya semakin pudar setelah beberapa lama dia menjadi peliharaan Estodania.

Bibir Farihah mencebik senyuman yang mengandungi seribu muslihat. Hatinya tidak sabar untuk merealisasikan perancangan agung Bentara Lakhus. Mindanya sudah membayangkan kejayaan Ekrandia menewaskan Estodania. Pandora Bentara dikeluarkan dari lipatan jubahnya. Tatkala kotak hitam itu dibuka, nama Nilakendra semakin marak. Dia faham, wujudnya nama itu pada kotak pandora adalah petanda gesaan Bentara Lakhus agar dia menyegerakan rancangan mereka. Estodania kini dalam kecelaruan. Dengan bantuan Mandalika, mereka berjaya mengucar-ngacirkan pemimpin-pemimpin Estodania itu sehingga akhirnya pertahanan mereka goyah. Baginya, tanpa Sultan Aminuddin, Estodania ini terlihat lemah.

"Zalamaka... zalamaka.... zalamaka, ghailah syarrul bariyyah!"

"Dengan kesaktian yang dikurniakan, pasti Estodania ini musnah!"' ujar Farihah lalu diikuti dengan tawa hilai yang kuat.

Seraya dengan itu, kepulan asap mula memenuhi segenap ruang. Berkepul-kepul menyelubungi tubuhnya. Selang beberapa detik, daripada kepulan asap itu, terlujur keluar tubuh seorang wanita terkulai layu lalu terjelupuk menyembah lantai. Farihah. Tubuh wanita itu terlihat kusam dan comot. Nilakendra telah meninggalkan jasad Farihah. Kini, Nilakendra sedang berdiri kukuh memandang Permaisuri Isabella. Sebentar lagi, rancangannya yang sudah lama terperam akan dilaksanakan. Kemenangan bakal menjadi milik Ekrandia!

ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSAWhere stories live. Discover now