BAB 13 : TUSUKAN SYAITAN

327 47 5
                                    

Penghujung Tahun 2014,SelatanKepulauan Karimata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penghujung Tahun 2014,SelatanKepulauan Karimata.

SULTAN ILTIZAM muncul di bahagian belakang mereka. Terkejut raja manusia itu apabila jasadnya dipindahkan sedemikian tanpa rela. Tergesa-gesa raja itu memeriksa anggota badannya. Risau kalau-kalau ada bahagian yang terkurang. Mujurlah hanya tasbih yang terputus. Manik-manik mutiara tasbih itu terlantun-lantun ke lantai. Segera dia memukul bahu kiri Sultan Aminuddin.

"Mengapa kamu pindahkan aku tanpa sebarang petanda?!" ujarnya. Sultan Aminuddin tergelak melihat ulah kalut sahabat manusianya itu.

"Siapa suruh panggilan aku kamu tidak jawab. Esramudra ada musibah. Mereka menghantar isyarat kecemasan," beritahu Sultan Aminuddin.

"Kamu tidak boleh selesaikan sendiri? Padahal aku sedang cuba menyelesaikan misteri Farihah sebentar lagi!" ujar Sultan Iltizam. Dia menyandarkan dirinya ke kerusi. Kesal dan risau akan isterinya di Estodania. Dia tidak sempat meninggalkan sebarang pesan kepada isterinya.

"Maaf mengganggu kamu sahabat. Aku selajur ingin menyampaikan khabar baharu. Tentang Mandalika," ujar Sultan Aminuddin. Matanya masih dihalakan ke hadapan. Kenderaan mereka dihentikan di atas Pantai Belawai. Kemudian kenderaan terbang itu didaratkan di atas laut berdekatan pinggir pantai.

"Aku perlu ke Kepulauan Alit. Nenda Cilinaya enggan berkongsi kisah anaknya itu," sambung Sultan Aminuddin. Jarinya menekan-nekan beberapa punat di bahagian kanannya. Kemudian, bahagian kipas bawah kenderaan itu berganti dengan sirip perahu.

Permukaan laut di hadapan mereka berubah riak. Membentuk pusaran air dan kemudiannya membentuk lubang yang melohong masuk ke dalam laut. Sultan Aminuddin menolak kemudi ke hadapan, lalu kenderaan itu meluncur laju masuk ke dalam lohong pusaran air itu.

Sultan Iltizam melemparkan pandangan ke luar. Beberapa ekor ikan sedang berenang-renang di sebelah kenderaan mereka. Namun dia tidak sempat menangkap rupa ikan tersebut kerana kenderaan mereka sedang memecut dengan laju. Mereka melintasi beberapa batuan laut dan kemudiannya tersembam jauh ke dalam pasir. Beberapa lama kemudian, mereka melintasi seekor Ikan Pemancing yang sangat besar. Di hujung mulut ikan itu, sebiji bebola cahaya sedang tergantung. Mereka menuju ke arah bebola cahaya tersebut.

Kenderaan mereka memasuki gelung-gelung cahaya yang berwarna jingga. Terpusing-pusing mereka mengikuti alur gegelung tersebut. Sultan Iltizam sedikit pening tatkala melalui gegelung itu. Walaupun sudah banyak kali mengunjungi mukim bawah laut itu, dia masih belum terbiasa apabila melalui gegelung jingga yang melingkar-lingkar itu.

Kenderaan mereka muncul di atas satu permukiman bawah laut yang berwarna-warni. Namun, kemeriahan warna-warni itu tercalar apabila mereka melihat penduduk-penduduk permukiman itu sedang duduk berteleku mengelilingi jasad seorang lelaki tua yang berjubah putih. Ada janggut panjang yang menghiasi dagunya, Jasad lelaki itu terapung-apung tidak menyentuh lantai bumi. Mereka mendaratkan kenderaan tidak jauh dari kerumunan makhluk-makhluk berkaki ikan itu. Semua mata memandang mereka.

ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSAWhere stories live. Discover now