11🌙

1.9K 282 70
                                    

WARNING❗️
BACA DAN FAHAMI BETUL - BETUL KISAH YANG BAKAL DICERITAKAN OLEH ABANG GENIUS KIM NAMJOON

WARNING❗️BACA DAN FAHAMI BETUL - BETUL KISAH YANG BAKAL DICERITAKAN OLEH ABANG GENIUS KIM NAMJOON

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌙☀️

      NAMJOON mula mencerita kisah tersebut kepada Sua dengan Jungkook.

"Beribu tahun dahulu terdapat ramai manusia istimewa seperti Sun dan Moon macam kamu berdua Jungkook Sua tetapi disebabkan satu insiden pembunuhan beramai-ramai daripada kumpulan ahli sihir yang dikenali sebagai Death Luna yang diketuai oleh Dennis Hwang"

"Dennis Hwang adalah ahli sihir kelas pertama yang amat bijak. Dia juga melanggar undang-undang sihir menggunakan Black Magic. Black Magic itu mula menguasainya dan menghasutnya untuk membunuh manusia istimewa seperti Sun dan Moon untuk mendapatkan Jantung mereka"

Mata Jungkook dan Sua membesar.

"Jadi mereka bunuh kesemuanya untuk mendapatkan jantung seperti kami berdua?"

Kedua-dua tangan Sua mula mengeletar takut dan lantas Jungkook mengenggamnya erat.

"Jantung yang terdapat di dalam badan kamu berdua amat istimewa menjadi buruan kepada kumpulan Death Luna. Mereka ambil Jantung tersebut lalu menghancurkannya bersama sihir sekaligus membuat POTION yang dapat menguatkan kuasa mereka lebih dua kali ganda daripada kita semua. Sihir yang digunakan oleh mereka semua amat berbahaya"

"Memang ada kebaikannya tetapi keburukannya mereka terpaksa mengantikan dengan nyawa sendiri. Jika mereka tidak meminum POTION tersebut dalam masa yang ditetapkan nyawa mereka akan ditarik secara seksaan kerana ini adalah perjanjian dengan BLACK MAGIC"

"Sejak itu manusia istimewa seperti Sun dan Moon dibunuh tanpa belas kasihan sehingga populasi Sun dengan Moon makin sedikit. Ramai yang ingin menghalang perbuatan kumpulan tersebut tetapi mereka terlampau kuat. Ramai yang tercedera dan kehilangan nyawa"

"Death Luna sekarang bukan sahaja terdiri daripada ahli sihir tetapi makhluk lain seperti vampire, werewolf dan human yang turut menyertai kumpulan itu kerana ingin kekuatan yang sama. Dennis Hwang masih lagi mengetuai kumpulan itu sehingga sekarang dan antara yang terkuat di dalam kumpulan yang makin membesar itu"

"Kalau nak kenal kumpulan Death Luna senang sahaja. Hanya melalui tattoo rasmi Death Luna"

Namjoon mula menunjukkan gambar tattoo tersebut kepada Jungkook dan Sua.

"Kalau nampak tattoo ni sila jauhi mereka semua dengan serta merta lagi-lagi kamu berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kalau nampak tattoo ni sila jauhi mereka semua dengan serta merta lagi-lagi kamu berdua. Kami semua sedaya upaya cuba melindungi kamu berdua. Kami ada kumpulan tersendiri yang akan melindungi ECLIPSE LUNA bersama. Kami semua diketuai oleh KIM SUHO iaitu ahli sihir kelas pertama yang pernah mengalahkan Dennis Hwang semasa menyelamatkan Halmeoni Jin dengan Jungkook dulu"

"Malangnya harabeoji Jin dengan Jungkook tak dapat mereka selamatkan kerana harabeoji mengorbankan dirinya demi halmeoni. Sejak kejadian itu Kim Suho menubuhkan satu kumpulan dikenali sebagai LIGHT LUNA untuk melindungi warisan Eclipse Luna yang akan datang. Ramai yang mula menyokong dan memasuki kumpulan ini yang terdiri ahli sihir sendiri, vampire, werewolf dan human"

"Kami dilatih dan dihantar menjadi GUARDIAN OF LIGHT LUNA oleh Kim Suho sendiri. Of course kami semua ada tattoo tersendiri"

Namjoon mula menyising baju lengan panjang yang dipakainya sampai siku.

Namjoon mula menyising baju lengan panjang yang dipakainya sampai siku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah"

Jungkook mula menyentuhnya. Selepas itu semua orang menunjukkan tattoo mereka. Ada yang di bahagian bahu, pinggang, belakang leher ataupun di pergelangan kaki. Mereka semua tersenyum lebar.

"Jadi kami nak melatih skill pertahanan dari segi kuasa dan juga berlawan jika kamu berdua terpaksa menghadapi kumpulan itu seorang diri. Lagi bagus jika kamu berdua selalu kekal bersama kerana itu buatkan ikatan Eclipse Luna jadi lebih kuat" Terang Namjoon.

"Kena kahwin kan?"

DDUSH!

Belakang kepala Jungkook dipukul oleh Jin dengan kuat.

"HYUNG! SAKIT LAH!"

"BANYAK CANTIK KAU NAK LANGKAH BENDUL AKU DULU! KAU TU BUDAK LAGI!"

"Kemon hyung! Kook dah 20 dah besar!"

"BESAR APA KAU?! KAU KECIK DEPAN MATA AKU! NO KAHWIN SAMPAI HYUNG KAHWIN DULU!"

Dengan tegas Jin bersuara sambil bercekak pinggang membebel.

"Eleh hyung dah 30 pun tak laku"

Jungkook mula melawan kerana tidak puas hati.

"PFFFFTTTT PUAHAHAHAHAHAHAHA"

Tersembur gelak tawa Jimin dengan Taehyung serentak. Lagi lah Jin berasap dibuatnya.

"BUKAN TAK LAKU! AKU JUAL MAHAL OKAY SEBAB AKU MAHAL!"

Yoongi dengan Hoseok hanya mengelengkan kepala masing-masing melihat karenah mereka semua.

"Kalau macam tu Kook jual diri dekat Sua lah! Sua beli lah JEON JUNGKOOK YANG COMEL DAN HANDSOME BANYAK NI!"

Berkelip kelip mata Jungkook memandangi Sua lalu mendekatinya. Sua hanya tersengih. Dengan geram Jin menarik cuping telinga Jungkook supaya duduk menjauhi dari Sua. Tak pasal-pasal anak Juon terkam anak dara orang.

"SAKIT!!!"

Sua ketawa kecil.

🌙🌙🌙

READERS KESAYANGAN FAHAM TAK CERITA DALAM CHAPTER NI?

KALAU TAK FAHAM TANYA TAU

DIINGATKAN SEMULA YINI SEMUA STORY FANTASY DIREKA OLEH SAYA SENDIRI. JANGAN PERCAYA PULAK

JANGAN LUPA VOTE TAU! FIGHTING💛

TBC

[C] Love del Luna + Jeon JungkookWhere stories live. Discover now