10🌙

1.6K 249 23
                                    

"Tekan jelah loceng rumah Jungkook tu"

   MOON SUA ditolak lembut oleh Kelly tetapi Sua masih ragu-ragu. Dia masih lagi berdegil tidak mahu berganjak ke depan.

"Kan Jungkook sendiri ajak kau datang pergi rumah dia asal kau takut pula ni?!"

"Memang lah tapi aku takut lah macam dia nak beritahu aku sesuatu yang penting pasal dia dengan aku!"

"Kalau kau takut biar aku yang tekan!"

Kelly mula menekan suis bunyi loceng rumah Jungkook. Mata Sua membesar dan dia belum bersedia lagi.

"Kelly!!!!"

Kelly hanya mengabaikannya. Melihat pagar depan dibuka dia terus masuk dan meninggalkan Sua keseorangan di situ. Sua mendengus geram lalu mengikuti daripada belakang. Besar juga rumah milik Jungkook dengan Jin.

"Sua! Kelly! mari jemput masuk!"

Jungkook membuka pintu rumah lalu tersengih kecil. Kelly berlari masuk tanpa bersapa dengan Jungkook pun.

"Sorry Kelly memang macam tu"

"Ouh tak kisah pun JOM!"

Jungkook meraih tangan Sua lalu digenggamnya lembut dan menariknya menuju ke ruang tamu manakala Sua terkedu. Dia akui tangan Jungkook berasa hangat dan dirinya berasa selamat jika bersama dengannya.

"Sir Seok Jin!!!"

Kelly berlari pantas ke arah Jin lalu memeluknya erat. Sua melihatnya hanya mampu menepuk dahinya melihat keadaan yang memalukan itu. Mana nak sorok mukanya itu. Malu dengan perangai Kelly sebegitu. Jin hanya mengusap rambut Kelly dan ketawa kecil.

"Awak boleh peluk saya macam tu kalau awak jeles tengok Kelly dengan Sir Seok Jin"

Sua menarik tangannya semula daripada genggaman Jungkook.

"MWO?! AKU JELES?! MANA ADA!"

Dia mula menjauhi Jungkook dengan muka yang merah. Malu kerana Jungkook mengusiknya begitu. Dia mendekati Kelly dengan Jin.

"Duduk dulu ya sementara tunggu yang lain sampai"

Dahi Jungkook mula berkerut mendengarnya.

"Ingat Hyung ajak Sua dengan Kelly jer nak bincang pasal ni"

Jungkook mula mencebik.

"Tak lah Kook sebenarnya ada lagi. Nanti kau tahu juga. Sua ikut saya ke dapur boleh? tolong saya buat air lepastu sediakan makanan untuk tetamu yang belum sampai" Pinta Jin lembut.

Sua hanya mengangguk kecil dan mula bangun. Mereka berdua tidak sedar apabila pandangan Jungkook mula bertukar menjadi tajam. Kelly melihat itu hanya menyembunyikan senyumannya.

"Sua saya harap kamu dapat terima dengan baik yang Jungkook tu Soulmate kamu. Dia memang dijadikan pasangan hidup untuk kamu sejak kamu lahir lagi. Jungkook juga sumber kekuatan kamu Moon Sua. Saya tak paksa kamu terima Jungkook sendiri tapi kalau boleh cuba belajar terima dia dalam hidup kamu sedikit demi sedikit" Ujar Jin sambil meletakkan pinggan-pinggan kecil di atas meja.

"Baik lah Sir saya akan cuba"

"Mungkin kamu ingin tahu apa tujuan saya ajak kamu datang ke rumah saya hari ini. Ada benda penting yang saya perlu ceritakan kesemuanya mengenai kamu dengan Jungkook. Saya dah minta kebenaran Omma kamu Sua jangan risau" Tambah Jin.

"Mesti benda ni libatkan nyawa saya kan Sir?"

Jin mengeluh kecil.

"Kamu jangan risau. Ada saya, Kelly dengan Jungkook untuk lindungi kamu. Kalau kamu tak percaya cuba pandang sana. Ada orang tu takut saya cuba rampas kamu dari dia" Jin menjuihkan bibirnya ke satu tempat dan Sua menoleh mengikutnya.

 Ada orang tu takut saya cuba rampas kamu dari dia" Jin menjuihkan bibirnya ke satu tempat dan Sua menoleh mengikutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sua melihat Jungkook merenung tajam ke arah mereka berdua. Sua hanya mengeleng kecil.

"JIN HYUNG!!!!"

Mendengar suara-suara lelaki yang masuk ke dalam rumahnya tanpa izin itu Jin tahu kesemua sahabatnya telah sampai. Macam nak roboh rumahnya apabila mendengar suara mereka semua menjerit memanggilnya.

Sua berdiri di sebelah Jungkook. Sua terkejut melihat Kelly juga mengenali enam orang lelaki tersebut tak ubah seperti kawan rapat.

"Jungkook awak kenal mereka semua tak?"

Tanya Sua ingin tahu.

"Saya tahu Taehyung dengan Jimin hyung sebab dua minggu lepas baru jumpa dan yang lain tak tahu" Jawab Jungkook.

Mereka berdua hanya berdiri senyap memerhati kesemuannya tanpa mengeluarkan suara.

"Baik kau angkat tangan kau sebelum muka kau yang kacak tu kena dengan kasut aku yang saiz enam ni"

Dengan pantas Jimin mengangkat tangannya yang menyentuh peha Kelly itu selepas Kelly memberi amaran keras.

"Aku tak sengaja okay!"

"Macam lah aku tak kenal kau PERVERT JIMIN! kau pun sama nak kena makan dengan kasut aku ke TAEHYUNG!"

Taehyung mula bergerak duduk di tempat lain kerana takut. Sekali Kelly ugut jangan dibuat main. Kemahiran berlawannya yang hebat itu tidak dapat disangkal lagi walaupun Kelly hanya manusia biasa.

"Bising lah korang ni. Tengok Jungkook dengan Sua takut tengok korang semua ni! come here my beautiful Couple lovey dovey SuaKook" Panggil Hoseok dengan senyuman lebar. Jungkook dengan Sua hanya menurut. Mereka berdua mula duduk.

"Memandang kita semua dah berkumpul dekat sini. Aku serah kesemuannya kepada Namjoon untuk beritahu dengan lebih lanjut"

Namjoon tersenyum nipis lalu melihat ke arah Sua dengan Jungkook.

"Sebelum aku cerita semuanya dari mula. Aku nak Sua dengan Jungkook dengar kesemuanya sampai habis baru boleh tanya apa-apa soalan pada kami semua. Jangan terkejut dan cuba dengar dulu. Boleh faham?"

"Baiklah"

🌙🌙🌙

Jangan lupa vote tau! fighting💛

TBC

[C] Love del Luna + Jeon JungkookWhere stories live. Discover now