9🌙

2K 305 116
                                    

Seminggu Kemudian

"Good morning my students! hari ini saya mengantikan Sir Yohan untuk sehari mengajar kamu semua di kelas tarian! I'm your hope! your're my hope! I'm JHOPEE! panggil jer sir JHOPEEEEeE hihihihihihihi"

"Kejap aku macam kenal jer tagline tu?!"

Jin bergegas berlari memasuki bilik tarian tersebut lalu membuka kuat pintu tersebut. Terngaga dia melihat kawannya Hoseok berada di situ.

"Halooo Hyung!!!"

Hoseok melambai ceria. Para pelajar pun memandang pelik.

"Kalau macam tu kamu semua boleh mulakan latihan. Saya ada hal dengan Sir SeokJin sekejap. Jangan nakal-nakal"

"Baik lah Sir JHOPEEEEE"

"Pandai!"

Hoseok menarik Jin keluar daripada situ.

"Kau buat apa dekat sini Hobi?!" Soal Jin memandangnya atas bawah. Dia ingatkan yang lain mula berhenti melawatnya rupanya ada juga yang sibuk datang.

"Datang mengajar lah takkan tak tahu Hyung"

"Masalahnya kau tu asal turun sini? tiada kerja ke dekat atas sana?"

Hoseok mengeluh kecil.

"Aku kena halau hyung"

"Sebab?"

"Sebab Hyung lah?! semua tunggu Jungkook tu bila nak ada Soulmate?! kalau tak! tak gerak lah misi-misi kita semua tu! kalau benda ni tak selesai! Ketua angel takkan benarkan aku balik  HYUNG!" Jerit Hoseok kuat.

"Jangan lah jerit dekat telinga aku lah!"

Boleh pekak telinga dia nanti. Dia menjeling Hoseok tajam.

"YAH JEON JUNGKOOK!"

Serentak mereka berdua melihat ke arah Jungkook dengan Sua. Jin menarik tangan Hoseok lalu menyorok supaya Jungkook dengan Sua tidak tahu kewujudan mereka berdua di situ.

Jungkook pula sekarang berani mendekati Sua tanpa mempedulikan pandangan orang lain. Sua pula yang orang yang paling pening dengan perangai Jungkook yang sentiasa ada di mana-mana tempat dia berada. Tak sah kalau Jungkook tiada di sisinya.

Kelly pula tiba-tiba berubah secara drastik menjadi kawan baik kepada Jungkook sendiri membuatkan Sua tidak faham. Dulu mereka berdua selalu berdua sekarang bertiga dengan adanya Jungkook. Dia kerap dijeling tajam dengan peminat-peminat Jungkook sendiri.

Dia hanya mampu bersabar. Tetapi bila dengan Jungkook dia merasakan dirinya tidak begitu lemah seperti sebelum ini. Jadi dia mencuba menerima Jungkook sebagai kawan sedikit demi sedikit walaupun Jungkook selalu mengusiknya.

Tipu lah kalau dia tidak suka dengan kecomelan dan kebaikan Jungkook sendiri tetapi dia cuba sedaya upaya menyembunyikan perasaan malunya itu. Sekarang dia pula yang mengejar Jungkook yang tiba-tiba sahaja mengambil bukunya. Yang peliknya dia tidak penat langsung.

Jungkook hanya ketawa kecil lalu meneruskan lariannya yang tidak berapa laju itu. Dia mula berhenti di tempat yang tiada orang langsung.

"Pulangkan balik buku saya Jeon Jungkook?!! Awak nak apa lagi?!!"

Jungkook mengangkat buku Sua ke atas. Sua tahu dirinya pendek tidak mampu mencapai bukunya itu.

"Hulur tangan awak dulu Moon Sua! baru saya bagi"

Sua mendengus geram lalu menghulurkan tangannya. Jungkook menarik lengan baju panjang Sua ke aras siku. Mata Sua membesar dan Jungkook menarik lengan bajunya juga.

Dia mula meletakkan pergelangan tangannya di sebelah tangan Sua. Tanda lahir milik mereka berdua mula bersinar keungguan dengan cantik. Automatik bibir Jungkook tersenyum lebar melihat hal itu lalu dia menarik tubuh Sua mendekatinya.

Rantai yang dipakai oleh mereka berdua sejak bayi lagi mula terangkat perlahan dan mula bercantum menjadi Eclipse Luna. Sua terkejut melihat hal tersebut.

Jungkook mula menyentuh lembut wajah Sua dan mengusapnya pelan. Dia amat gembira akhirnya dia berjumpa dengan pasangan yang dijadikan untuknya.

Tubuh kecil Sua mula dipeluk erat olehnya. Dia dapat rasakan sesuatu yang luar biasa bila bersama Sua. Dia amat menyukainya. Dengan pelan dia mengusap rambut panjang Sua.

"You are my soulmate Moon Sua"

Tubuh Sua kaku.

"Soulmate?"

🌙🌙🌙

Finally KookSua in your area💛

Dalam fanfic ni maybe ada yang masih keliru dengan watak Bangtan yang lain selain Jungkook.

Kalau pandai hah cepat teka apa identiti mereka dekat fanfic ni?😁 ada clue juga saya bagi.

Jimin?

Taehyung?

Hoseok?

Jin?

Namjoon?

Yoongi?

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau! fighting🌸

TBC..

[C] Love del Luna + Jeon JungkookWhere stories live. Discover now