No use

341 16 0
                                    

"Kau yakin ke nak buat ni?" Aqif bertanya risau.

Haqimi dan Darwisy mengangguk. Beg sandang dimasukkan kedalam Honda City hitam Haqimi. Waze di buka. Alamat rumah Umairah dicari.

"Okay guys! We need to do this!" Haqimi bersuara bersemangat. Stereng kereta digenggam erat.

"Aye aye captain! Do or die!" Darwisy memekik dari seat belakang.

Aqif menggeleng. Dahi Darwisy dan Haqimi dia jentik "Dah. Jalan cepat!"

Umairah memandang pelik kereta hitam yang parking disebelah Honda City miliknya.

Baru semalam dia balik KL. Lagi dua minggu nak tunang, kena ambil baju sikit.

Macam kenal. Tapi dekat mane ye?

Sementara didalam kereta sedaya upaya Haqimi dan Darwisy cuba menyorok dan Aqif kekal tenang bersandar pada seat penumpang.

Umairah memetik jari. Ni kereta Qimi! Kereta hitam itu didekati dan tingkap pemandu diketuk.

"Oi aku tau la ni korang! Keluar cepat! Kita pergi makan!" selesai menjerit pada cermin yang terbuka sedikit Umairah kembali ke kereta sendiri.

Kedai makan 24 hours opening di masuki. Mcd lah. Kau harapkan ape?

Mereka berempat duduk semeja. Makanan ringan sahaja diambil.

"So asal datang KL? Tak balik Johor?" soalan Umairah ajukan kepada tiga teruna dihadapan dia.

Muka dikawal agar tidak nampak dia bersedih. Lets bygones be bygones.

"Mai, we love you! Sangat tau! Kau kawan kitorang. Bukan sekejap. Berbelas tahun kita kawan. Kau happy kan kitorang. Kau bagi kami semangat" Darwisy memulakan madah biacara.

"Waktu kitorang down Waktu SPM, kau support kitorang. 'Kalau kita berjaya, kita berjaya sama-sama' And yeah! Kau tolong kitorang, sampai bila ambik result kita semua dapat straight A. Aku nampak kau menangis. You are very very happy! Waktu dulu kita jauh terpisah, kau dekat bumi Korea sana, kitorang masuk Uni dekat Malaysia je. Masalah kewangan kau tolong" Haqimi menyambung bicara Darwisy.

"Yes, you help us. Aku tak tau mane lagi nak capat kawan macam kau. And serius aku terharu gila bila mak kau bagitau kau kerja kafe dekat Korea semata-mata nak transfer duit dekat kami. Allah Mai, you are really really good friend!" Aqif tersenyum lebar memandang Umairah yang matanya sudah berkaca.

Yah, waters bring back all the memories. Walaupun water pepsi je.

"And now, its our turn" Haqimi menyambung.

"Our turn to make you happy. Make you smile" Darwisy menyampuk.

"Its our turn Mai. Kitorang akan cuba baikkan kau dengan Afiq" Aqif menghabiskan kata sekaligus memberitahu hajat mereka datang ke KL.

Umairah tertunduk mendengar nama Afiq. Gelengan lemah di buat.

"Aku hargai sangat. Thanks datang dari jauh. Tapi-" senyuman lerit Uamirah ukir.

"Its no use. He getting married. Also me. Whatever the situation is, its no use. Its no good guys " empangan air mata jatuh melimpah.

Its no good guys.

I'm late. Totally late.


Afiq bersandar kerusi kayu. Dada langit dipandang pilu.

Aku rindu dia, tapi untuk dekat dengan dia hanya sekadar kawa .

Afiq ni bodohla, dah tau yang dia takkan dapat, tapi masih berharap.

Senyuman kelat Afiq ukir. Kata-kata yang hanya dia simpan didalam hati. Hakikat yang sakit untuk terima.

Mama Afiq memandang dari jauh. Dia mengeluh melihat terunanya duduk termenung.

Afiq setuju utuk Imani, tapi, haih.

Afiq lain, bukan budak periang yang dia kenal.

Perlahan-lahan wanita tua itu mendekati Afiq. Bahu si anak ditepuk.

"Afiq tak tidur lagi?" pertanyaan di balas dengan gelengan.

"Tak dapat tidur ma" Senyuman fake di ukir.

"Afiq, kalau nak batalkan. Boleh lagi sayang, jemputan kita belum edar lagi." Mama Afiq memujuk lembut.

Afiq diam sebentar. Dia menggeleng. Senyuman lahit dia tampal.

"Its no use Ma. I wont run. I'll fade the fate" ketawa kecil keluar dari mulut Afiq.

Bila kau dah penat menangis, ketawa pun sakit kan?

Mama Afiq diam. Senyuman dihadiahkan buat si anak sebelum masuk ke dalam semula.

Kalau itu pilihan dia, takkan ade sesiapun boleh ubah.






















































































Erm. Dua ii ego erm.

Just Us | Complete √Where stories live. Discover now