Cemburu ke?

569 23 0
                                    

Afiq memandang tajam tiga lelaki yang sedang berbual dengan Umairah di bawah pokok dari jauh. Bibir dicebikkan tanda menyampah. Pangkin yang menjadi tempat dia duduk ditepuk perlahan. Sebiji batu dibaling ke dalam sungai. Apalah yang dibualkan sampai bertepuk-bertampar gelak ketawa sama-sama tu. Dengan dia taknak pula?

Haqimi memandang Afiq pelik, dia berfikir seketika sebelum bertanya pada Umairah " Mai, tu siapa pulak lelaki tu? Tadi aku tengok pandang kitorang tajam semacam je"

Aqif dan Darwisy mengangguk. Mereka juga perasan dengan pandangan tajam yang diberi oleh Afiq.

Umairah mengerutkan kening. Dia ligat berfikir tentang lelaki yang  dikatakan Haqimi. Lelaki? Lelaki mana– Eh?! Afiq! Terus Umairah menepuk dahi sendiri kuat.

"Afiq sini kejap!" laung Umairah dari jauh.

Afiq yang sedar namanya dipanggil terus bangun mendekati mereka berempat. Muka masam ditayangkan. Umairah hanya menjeling Afiq disisi. Malas layan.

"Ape?" tanya Afiq sepatah.

"Ni lah member aku. Yang baju hitam ni Haqimi Arfan, yang muka boleh tahan handsome ni Darwisy Haikal ha mamat Korea saranghae oppa ni pula Aqif Haris. Ada lagi sorang, tapi dia tak balik kampung pulak" jelas Umairah panjang lebar.

Aqif, Darwisy dan Haqimi tersenyum. Afiq hanya membalas dengan senyuman kecil yang amat fake. Kata si Darwisy tu handsome boleh, dia ni?! Boleh kira pakai sebelah tangan berapa kali je Umairah puji dia. Tak sampai lima kali pun! Apelah nasib ada crush macamni?! Kepala digelengkkan tanpa sedar.

Darwisy menghulurkan tangan untuk berjabat. Afiq memandang lama sebelum mendapat sikuan khas pada pinggang "Aduh.. Asal kau siku aku? Sakitlah! Rosak buah pinggang" Afiq memasamkan muka. Dia menjeling Umairah.

"Salam lah! Aku cepuk jugak budak ni karang! Kau dok geleng-geleng tu kenape?! Sorry lah Wisy, entah apa yang merasuki member aku ni buat perangai pulak" nada yang mulanya meninggi mula berubah lembut apabila Umairah berkata pada Darwisy.

Darwisy menggeleng. Dia membuat simbol okay dengan jari. "Its okay! Untuk sayang aku ni, semua boleh"

Lepas sahaja Darwisy menghabiskan kata. Terus Afiq bangun meninggalkan Umairah yang terpinga-pinga. Dah kenapa Afiq ni?

"Err, sorry la.. Memang balik nanti aku tampau dia dengan timun! Tengoklah dia nanti! Geram aku! Okay lah wei. Aku balik dulu, kang meroyan mamat tu carik aku. Cau!" Umairah berkata sebelum melambai meninggalkan mereka bertiga disitu.

Aqif, Haqimi dan Darwisy membalas lambaian Umairah lalu terus memandang antara satu sama lain.

"Korang rasa tak apa aku rasa?" Haqimi bersuara.

"Aku rasa kan, Afiq tu dia-"

"Dia cemburu dengan kita" kata mereka bertiga serentak. Terus meletus ketawa mereka.

"Aku tak sangka Umairah yang sengal lagikan sewel tu ade orang minat" kata Aqif yang masih dengan tawanya.

"Haha betul tu.. Tapi normallah.. Dia tu cantik kot! Lesung pipit dia ada, tapi masalah waktu sekolah dia jarang senyum, muka kerek nak mati, tapi friedly pulak.. Pelik lah dia tu" serentak mereka bertiga tersenyum lebar mendengar kata-kata Darwisy.

Tak sangka Umairah ada orang minat. Kerek pun ada peminat! Diorang je ke yang belum laku?! Haha padan muka!

































































What?! Comel apa tiga sekawan tu! Weih, senanya chapter ni dulu. Tapi aku salah pub, baca chap ni dulu ye sebelum king of troll

Just Us | Complete √On viuen les histories. Descobreix ara