Confess

397 17 0
                                    

Afiq duduk bersila di atas kusyen di ruang tamu. Surat khabar yang dipegang langsung tidak dibaca. Fikirannya menerawang ke pada cincin yang hilang tadi. Mane cincin tu pergi ek?

"Haih, tu lah kau Fiq! Careless ya ampun! Macam mane nak jadi husband Mai macam ni" Afiq mengetuk kepala sendiri. Kesal akan tindakannya.

Muqri yang kebetulan lalu diruang tamu menyorok di sebalik dinding. Luahan Afiq didengar teliti.

"Afiq, Afiq. Macam mane lah nak kawin macam ni? Cincin pun tak boleh jaga, inikan pulak anak dara orang! Erghh" Habis kusut rambut sendiri bila Afiq menyerabutkan rambut. Gila dah? Baru cincin hilang, kalau bini yang hilang?

Muqri sembunyi senyum. Dia merapati Afiq di kusyen, duduk sebalah Afiq. "Fiq"

"Ape" soal Afiq. Kenapa budak ni tiba-tiba tegur.

"Kau ade hilang something ke? Gelisah je aku tengok" Muqri memasukkan tangan kedalam poket seluar.

Afiq mengerutkan kening. Dia menggeleng tanda takde hilang apa-apa.

"Kau pasti" kening Muqri jongkitkan sedikit.

"Yakin lagikan pasti"

Kotak baldu biru Muqri bawak keluar dari poket seluar. Dia meletakkan sama paras dengan mata Afiq. "Ni bukan kau punya ke?"

Afiq terkedu. Mana budak ni jumpa?! "Ma- macam ma- man- mane k- kau bo- boleh jumpa?"

Muqri mengukir senyuman lebar. "Gabra lah kau ni! Ni aku jumpa. Takkan kau nak lamar dia macam tu je! Tak sweet langsung lah!"

Afiq mengerutkan dahi. Aik ingatkan nak marah "Kau tak marah ke aku nak ajak 'akak kesayangan' kau tu kawin" Afiq menjeling. Perlian itu dibiarkan.

Muqri melepaskan tawa kuat. Terhibur dengan kata-kata Afiq. "Ni mesti akak tak bagitau kan?" kening dijongkitkan. Tawa yang sudah berhenti diganti dengan sengihan lebar.

"Tau ape?"

"Orang dengan akak ni, adik beradik susuan. Waktu lepas Mummy bersalin dua minggu, tiba-tiba mummy accident, Mama Ain jadi ibu susuan aku untuk 4 bulan. Tempoh koma Mummy. So, kami ni adik beradik susuan." terang Muqri panjang.

Afiq ternganga. Lah, asal Umairah tak bagitau.

"Habistu, nak confess macam mane?" soal Afiq.

Muqri senyum senget. "Aku ade plan"

"Dik jom lah cepat!" Izzahra yang sudah siap didalam kereta melaung nama Umairah.

"Ye, sabar lah!" Umairah keluar membawa kasut berwarna hitam.

Hana menjeling akak-akaknya. Tak memekak sehari tak sah.

Pintu kereta dibuka dari luar. Umairah segera masuk kedalam.

"Wo ho! Lets go!"

Kereta hitam milik Izzahra meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Puan Ain. Afiq tersenyum dari jauh, gembira lihat gadis yang disayanginya gembira.

5 jam selepas..

Umairah menilik jam tangan. Baju sweatshirt biru dengan tulisan 'Fate' dikibas perlahan. Seluar adidas hitam digoyangkan. Mana pula Afiq ni? Dah malam dah ni.

Nombor Afiq didail pantas. Dia menyanyi kecil sambil menunggu talian bersambung.

'Hello Mai, sebelum kau bebel, aku nak minta tolong ni!'

"Tolong ape duh?! Kau dekat mane ni?! Dah malam tak reti balik ha?! Fikir ni KL?"

'Haha! Rileks lah Mai! Kau datang sungai yang kita lepak haritu.. Aku ada kat situ'

Just Us | Complete √Där berättelser lever. Upptäck nu