Drama King

899 28 4
                                    

"Nur Umairah binti Hisyam" Afiq menyebut nama panjang Umairah geram. Dia menyepetkan mata memandang gadis dedepannya dengan pandangan geram.

Umairah mengeluh. Apa lagi si Muhammad Afiq Farhan ni nak bebel. "Ya Afiq. Kenapa masuk tak ketuk pintu? Fikir bilik aku ni tandas ke?"

Afiq mengendahkan kata-kata Umairah. Kerusi didepan Umairah ditarik "Kau nak cuti? Seminggu?! Lamanya.. Nak pergi mana? Nanti aku rindu" air mata palsu dikesat dengan penuh dramatik.

Umairah memandang Afiq geli. Ape masalah lelaki ni? Hempuk dengan buku kang! "Geli lah setan"

Afiq memasamkan muka. Umairah ni tak sweet langsung!

"Aku nak balik kampung le.. Bosan lah duduk KL ni, aku nak stay lama sikit.. Lagipun cuti aku ada baki 4 bulan kalau aku kumpulkan.. Seminggu aku nak lawat mak aku, kawan-kawan aku-"

"Eh jap. Kau ada kawan ke selain aku dengan Amer?" Afiq menjongkitkan kening. Setahu dia Umairah ni tak ramai kawan. Sejak bila ada kawan lain ni?

Umairah menjeling "Aku ada kawan lah. Kawan waktu sekolah rendah. Tiga orang. Haqimi, Darwisy dengan Aqif. Sebelas tahun sama sekolah. Rindu kot"

Afiq menjeling. Habis dia tu, 4 tahun satu kolej tak rindu?

"Ada ape-ape lagi cik Afiq?" teguran Umairah membuatkan Afiq tersentak. Dia menggelengkan kepala.

"Ok sila keluar"

Afiq masih duduk didepan Umairah. Sesuatu ligat difikirkan. Nak buat ke tidak? Buat jelah!

"Maira"

"Ape?"

"Aku nak ikut kau balik kampung boleh?"

Umairah terlopong. Afiq didepan dipandang dengan riak terkejut. Biar betul Afiq ni?! "Mane boleh! Aku nak balik rumah mak aku lah! Bukan nak jalan-jalan!"

"Ala bolehlah.. Aku tak susahkan kau pun nanti! Betul.. Bolehlah.. Aku teringin nak rasa suasana kampung.. Please.." rayu Afiq kepada Umairah.

Umairah memandang tepat kedalam mata Afiq. Cuba mencari kepastian. Boleh ke Afiq ikut ni? Si Afiq ni dahla budak bandar. Nanti tak selesa nanti. Afiq yang memandangnya dengan pandangan berharap ditenung. Nafas panjang dihela.

"Kemas barang kau. Pukul 4 depan rumah aku. Lambat, tinggal" kata Umairah pasrah.

Afiq tersenyum lebar. Kenal sangat dah dengan perangai Umairah yang mudah cair bila dipujuk. Lagi-lagi dengan orang yang dia rapat.

Yay! Dapat balik rumah future mother-in-law! Dapat balik kampung crush!









































Gedik! Sebok je ikut balik kampung orang!

Just Us | Complete √Where stories live. Discover now