Failed

1.6K 36 2
                                    

Umairah memandang tepat kearah mesin denyutan nadi. Garisan lurus yang terpapar meresahkan hati. Sarung tangan yang sudah bertukar warna kepada merah digenggam erat.

Setelah dua jam didalam bilik bedah terasa sekejap. "Doktor" seorang juru rawat memandang Umairah lalu menggelengkan kepala.

Sarung tangan getah terus dibuang. Cermin mata fokus terus dibuka. Dia meraup muka. Lama hingga bertenang sekejap. Dua tahun dia menjalankan tugas ini. Membedah tumor otak, atau lebih tepat ketumbuhan pada otak, tidak pernah sekali pun dia gagal. Lapan belas kali pembedahan dibuat, kali ke sembilan belas dia gagal.

Umairah mengeluh. Tangannya yang masih bergetar dikepal. Pintu bilik bedah dibuka. Wajah ibu bapa pesakit menyapa pandangan. "Doktor, macam mana dengan anak saya? Dia okay kan?" ibu pesakit menerpa kearah Umairah.

Umairah melepaskan nafas panjang. Kepala digeleng perlahan " Maafkan kami, tuan, puan. Allah lebih sayangkan dia" terus dia meninggalkan ruangan menunggu. Ibu lesakit terus menangis didalam dakapan suaminya.

Airmata yang bergenang mengalir lesu. Terus saja dilap kasar dengan hujung kot. Pintu biliknya dibuka kasar. Komputer di on dan terus saja Umairah mengambil cuti 1 minggu. Cukuplah tenang sikit.

Nombor telefon Izzahra didail.

"Hello kak. Kemas baju. Kita balik kampung"

"Hello? Oik! Kau biar betul ni? Tiba-tiba je? Aku dekat restoran lagi ni!"

Suara Izzahra yang meninggi membingitkan telinga. Terus sahaja telefon dijauhkan dari telinga.

"Kemas baju. Balik rumah Mama. Aku ambil cuti seminggu. Alah kau kan boss. Cuti je la. Seminggu je takkan tak boleh?"

"Yelah yelah! Nasib restoran baru dekat Alor Setar tu dah stabil. Ok ni nak gerak pukul berapa?"

"Kau kemas je baju dulu. Nanti jap lagi aku balik kemas baju lepastu balik lah rumah mama bengap! Ok chau"

Terus saja talian dimatikan. Malas dengan Izzahra membebel! Sakit telinga!

Yang dia tahu hanyalah dia gagal.

Gagal sebagai seorang doktor.

Failed.









































Kecewa kan? Patient meninggal. Its hurt doctor too!

Just Us | Complete √Where stories live. Discover now