King Of Troll

616 21 0
                                    

Afiq menyepak dedaun kering ditepi jalan. Bukannya reti nak pujuk kalau dia merajuk si Umairah tu! Tahan lah, buat drama TV3 sekejap tepi sungai tu!

"Ish! Dengan aku kasar macam jantan, dengan mamat tiga ekor tu boleh pulak cakap lembut. Sakitnya hati kita niiii!!!" Afiq menjerit geram. Kakinya dihentak-hentak ke tanah.

"Eh! Ayam!" Mata Afiq bersinar teruja sebaik sahaja ternampak reban ayam di seberang jalan. Ayam siapa agaknya tu?

Langkah kaki diatur mendekati reban ayam. Dia mencangkung di depan pintu reban. Ayam-ayam mula berkumpul di depan Afiq. Menunggu pintu dibuka, agar mereka boleh bebas.

"Ayam.... Nak tahu tak?"

Ayam-ayam itu berkokok. Seperti faham pula dengan soalan Afiq.

"Tadi kan, Umairah tu marah-marah. Dengan budak tiga orang tu tak marah pun. Siap cakap diorang handsome lagi. Umairah pilih kasih kan?" Afiq mengadu pada ayam. Kesian dia, nampak sangat lonely tu.

"Ayam.... Afiq sedih ni."

Afiq kemudian tersenyum. "Tapi Umairah tu comel tau. Ayam nak tengok muka dia tak. Jap eh."

Telefonnya dikeluarkan dari poket seluar. Lalu galeri dibuka untuk mencari gambar Umairah yang dia curi dari akaun instagram gadis itu. Skrin telefonnya ditunjukkan pada ayam.

"Hah, tengok ni. Comel kan dia?" tanya Afiq sambil tangannya menyelit di celah pintu. Tiba-tiba datang seekor ayam mematuk tangan Afiq.

"Aduh!" Telefonnya terlepas. Terus ayam-ayam itu mengerumuni telefon Afiq dan mematuk skrinnya.

"No! Ayam!!! Calar lah skrin tu!" marah Afiq lalu membuka pintu reban. Niatnya cuma satu. Ingin dapatkan semula telefon yang dah retak skrin. Tapi....

"Alamak...." Afiq cuma mampu melopong melihat ayam-ayam yang sudah bebas dari reban. Mukanya diraup kasar disertai keluhan berat.

Masalah dah datang.

Mati kau, Afiq.

*******

Umairah memandang Afiq tajam sebelum menoleh kembali kepada Makcik Jenab.

"Saya betul-betul mintak maaf makcik." ujar Umairah serba-salah. Habis semua ayam Makcik Jenab terlepas. Dah lah Makcik Jenab tu geng-geng makcik bawang letops dekat kampung ni. Habis lah dibawangnya si Afiq.

"Amboiiii!!! Senang je kau mintak maaf! Ayam-ayam aku tu siapa nak kejar?!" herdik Makcik Jenab. Kipas tanganmya setia mengipas wajah.

"Tiga ekor je. Itu pun nak kecoh." gumam Afiq perlahan.

Namun telinga Makcik Jenab sangat sensitif. Mencerlung matanya ke arah Afiq. Umairah menyiku lengan Afiq. Kepalanya digelengkan supaya Afiq tak cari gaduh dengan Makcik Jenab.

"Tiga ekor je?! Orang bandar macam kau ni memang tak faham. Mana tak nya, semua benda depan mata. Petik jari terus dapat." herdik Makcik Jenab lagi dengan suara yang memetir kuat.

Afiq merengus geram. Apa lah masalah makcik ni. Dompetnya dikeluarkan. Tiga keping duit RM 100 dihulurkan pada Makcik Jenab.

"Ganti rugi." Wang itu diletakkan ke atas tangga rumah Makcik Jenab sebelum dia terus berlalu pergi.

"Biadap betul orang kaya ni. Macam tu kau nak buat jadi suami? Huh, rosak masa depan anak-anak kau nanti." sindir Makcik Jenab. Duit RM 300 itu diambil juga. Dia naik ke rumah. Sempat dia menjeling Umairah sebelum pintu rumahnya dihempas kuat.

Umairah memandang Afiq yang makin menjauh.. Haih dia ni. Sekali tak buat masalah memang tak sah.











































King of troll : raja masalah

Just Us | Complete √Where stories live. Discover now