Special Chapter 2

14.4K 437 67
                                    

Laptop yang masih bernyala di atas meja, aku tutup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Laptop yang masih bernyala di atas meja, aku tutup. Beberapa helai kertas yang bersepah, aku kutip lalu aku kemaskan sedikit. Entah bila Anaqi terlena di meja kerjanya. Patutlah aku sedar jam 1 pagi, lelaki itu tiada di sisi. Katanya sebelum aku tidur tadi, dia mahu menyambung sedikit kerja dan meminta aku untuk tidur dahulu.

Rambut hitam pekat, lebat itu aku usap dengan penuh kasih sayang. Kasihan suamiku. Pasti banyak kerja sehingga terpaksa dibawa pulang. Anaqi sememangnya bukan jenis yang suka membawa pulang kerja pejabat ke rumah. Mungkin kerja ini penting. Sempat aku berfikir.

Bahu lelaki itu aku sentuh perlahan.

"Abang.." panggilku perlahan.

Tiada sebarang tindak balas. Aku tunduk, mengucup kepalanya.

Sekali lagi, aku seru namanya. Kali ini, ada sedikit pergerakan dari Anaqi membuatkan aku tersenyum.

"Abang..bangun. Jom, kita tidur kat bilik.."

Perlahan-lahan mata Anaqi terbuka.

"Hmm.."

Aku usap rambutnya.

"Abang tertidur kat meja ni. Jom, kita masuk tidur kat bilik.."

Lelaki itu mengangkat kepalanya. Tubuhnya ditegakkan lalu bersandar pada kerusi.

"Sayang.." ujarnya perlahan dengan suara husky.

Belum sempat aku menjawab, tangannya menarik aku hingga aku terduduk di atas ribanya. Tangannya melingkar di pinggangku, kepala Anaqi pula disandarkan pada bahuku.

"Sorry. Abang tak sedar abang tertidur kat sini," katanya.

"It's okay. Sayang faham.."

Kepalanya di angkat lalu pipiku menerima habuan bibirnya.

Tanpa kata, Anaqi bangun serentak tangannya mencempung tubuhku.

"Abang!" Aku terjerit akibat terkejut.

"Jom, kita sambung tidur.." ujar Anaqi. Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Masih bersisa rasa kantuk.

Anaqi meletakkan aku perlahan-lahan di atas katil sebelum lelaki itu merebahkan tubuhnya di sisiku. Pinggangku ditarik rapat. Sebelah tangannya menyusup di bawah kepalaku agar berbantalkan lengannya. Tubuh kami bersatu tanpa ada jurang yang menghalang.

"Goodnight, sayang.." ucapnya dengan mata tertutup. Pucuk hidungnya menyentuh kepalaku.

Aku membalas pelukan.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now