Part 37

14.8K 587 25
                                    


Menyedari Anaqi tertidur sewaktu menonton Netflix, aku menutup handphone dan mengalih kepala lelaki itu supaya selesa di atas bantal. Kemudian, aku turun dari katil untuk menunaikan solat zohor.

Usai solat, aku kembali duduk di sisinya. Wajah polos itu aku tatap untuk kali ke berapa entahlah. Suka tengok muka Anaqi masa tidur.

Jari telunjukku dilarikan ke atas wajahnya yang tenang. Bermula dari rambut, turun ke dahi dan kening. Kemudian melurut pada bulu matanya yang cantik. Menyentuh batang hidungnya yang mancung sebelum turun ke sepasang bibir pink miliknya.

Aku tersenyum.

Mesy hair milik Anaqi adalah favouriteku. Dia nampak sangat kacak bila rambutnya begitu.

Entah di mana datang keberanian, aku bangun perlahan-lahan, mendekatkan wajah kami sebelum satu ciuman mendarat di dahinya.

"Saya sayangkan awak, Anaqi. Terlalu sayang..," gumamku perlahan.

Pipiku terasa panas ketika ini. Mujurlah Anaqi tidak sedar apa yang aku buat dan ucap padanya.

Aku membuka laci meja di sisi katil, mengeluarkan purse untuk ke hospimart di bawah. Tekak tiba-tiba terasa dahaga.

Anaqi yang sedang lena aku tinggalkan bersendirian.

Aku menapak menuju ke lif untuk turun ke aras bawah. Aku membeli beberapa jenis roti dan buah serta minuman. Selesai membayar, aku melangkah kembali untuk ke bilik Anaqi.

Tiba di depan pintu bilik, langkahku terhenti apabila mendengar suara yang agak riuh dari dalam. Aku mengintai di sebalik tingkap kaca kecil di pintu.

Oh! Coach football dan beberapa kawan sepasukan Anaqi.

Aku menarik nafas lega. Perlahan-lahan aku masuk ke dalam bilik selepas mengetuk pintu. Semua pandangan terarah kepadaku.

Kali ini aku tidak akan lari lagi. Aku akan berdepan dengan semua orang. Biarlah mereka tahu hubungan sebenar aku dan Anaqi.

"Siapa ni?" Soal Coach Rozlan. Aku menyedari kehadiran Ben juga di situ.

"Ulya?" Tegur Ben.

"Coach, kenalkan ni Ulya..."

"Wife Anaqi..," aku menyambung ayat Anaqi dengan penuh keyakinan.

Serentak semua terkejut mendengar kenyataan dariku. Mereka berbisik sesama sendiri. Wajah Ben jelas tergamam. Tidak menyangkakan semua ini.

"Yes, my wife..Ulya Mikayla," Anaqi memperkenalkan aku secara rasminya.

Aku mendekati Anaqi dan duduk di sisinya. Tuhan je tahu betapa jantung ni berdebar bagai nak gila tapi aku tahu aku perlu hadapi semua ni. Sampai bila aku nak sorokkan?

"Oh! Sorry..saya tak tahu. Saya terkejut sebab saya tak tahu yang kamu dah berkahwin, Anaqi," ujar Coach Rozlan.

"Kami baru lagi bernikah, coach. Majlis tertutup. Cuma keluarga je tahu buat masa ni. Sorry, coach," Anaqi menerangkan hal yang sebenar.

"Takpa. Saya faham. By the way, congrats for both of you. Tak terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat pengantin baru kan?" Kata-kata Coach Rozlan disambut dengan ketawa semua yang berada di situ.

Sejurus selepas itu, aku dan Anaqi dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru. Aku rasa bahagia.

Tidak lama kemudian, Coach Rozlan dan ahli pasukan Wolf meminta diri, beransur pulang.

Ben adalah orang terakhir yang tinggal. Aku resah menanti reaksi Ben. Marahkah dia?

"Husband and wife? Seriously, bro? Ulya?"

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now