Part 38

13.8K 595 26
                                    

Minggu baru, aku ke kolej dengan harapan semuanya sudah kembali normal. Kelas Anaqi pagi ini dibatalkan, jadi dia hanya menghantar aku ke kolej sahaja.

Turun sahaja dari motosikal Anaqi, lelaki itu membantu aku menanggalkan helmet.

"Lunch nanti aku tunggu kat sini," ujarnya.

"Takpalah awak. Saya stay kat kolej sampai habis kelas petang.."

"Betul ni?". Aku mengangguk.

"Kalau macam tu okaylah. Jumpa petang nanti lepas kelas. Take care sayang".

Aku tunduk menyalami tangannya dan seperti selalu Anaqi akan mencium dahiku. Selepas berpamitan, Anaqi berlalu pergi.

Dengan lafaz bismillah, aku menapak ke arah bangunan kuliah. Terasa berdebar-debar pula. 

Kelibat seseorang yang berada tidak jauh di hadapanku, aku amati sebelum memanggil namanya.

"Iman!"

Langkah Iman berhenti seketika namun tanpa menoleh, lelaki itu menyambung semula perjalanannya. Aku tergamam.

Kenapa Iman tak pedulikan aku?

Aku cuba mengejar langkah Iman. Sehingga akhirnya aku berada di sisi lelaki itu.

"Iman! Awak tak dengar ke saya panggil?"

Jangankan mahu menjawab, menoleh pun tidak. Aku terasa hati dengan sikap Iman yang tiba-tiba berubah. Adakah sebab statusku dan Anaqi sudah diketahui ramai termasuk dirinya?

"Iman..saya tahu awak marah. Saya minta maaf. Percayalah saya ada sebab kenapa saya rahsiakan status saya dan Anaqi. Please, Iman.."

Iman memberhentikan langkahnya. Tanpa memandangku, dia bersuara.

"Saya kecewa dengan awak Ulya. Saya sangka awak special. Tak sama macam gadis lain. Tapi saya tak sangka awak sebenarnya lebih teruk dari mereka.."

Kata-kata Iman melukakan hatiku. Aku tahu dia marah tetapi tidaklah sampai sanggup menyakitkan hati aku sebegini.

"Sampai hati awak cakap macam tu pada saya? Saya ingatkan kita kawan..," kataku bernada sedih.

"Saya takda kawan penipu macam awak, Ulya!" Bidas Iman sebelum melangkah pergi. Aku terkedu di koridor itu.

Banyak mata-mata yang melihat adegan sebabak aku dan Iman tadi. 

"Hei, perempuan! Kau memang dasar tamak tak tahu malu kan? Anaqi kau rembat, sekarang Iman pun kau nak jugak?" Seorang pelajar perempuan yang berada hampir denganku menyindir.

Aku terkejut dengan tuduhan itu hanya terdiam.

"Dasar perempuan murah!" Tambah gadis di sebelahnya.

Tanpa dapat ditahan, air mataku gugur. Hina sangat ke aku sampai aku tak layak nak berdamping dengan Anaqi? Atau menjalin persahabatan dengan Iman?

Tidak betah lagi di situ, aku terus berlari menuju ke tandas.

Buka sahaja pintu tandas, aku bertembung dengan Natasha. Ya, Allah! Apa lagi?

"Well..well! Muncul pun betina sundal ni! Kau nak lari mana, hah?" Jerkah Natasha. Tangannya mencengkam tudungku.

"Lepaslah, Tasha! ". Aku cuba meronta.

"Lepaskan? Kau ingat senang-senang je aku nak lepaskan betina macam kau ni? Kau dah rampas hak aku!"

"Anaqi tak pernah cakap pun dia cintakan kau! Arghhh!" Cengkaman tadi semakin kuat.

"Biadapnya mulut kau ni! Berani juga menjawab ye?"

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now