Part 39

14.4K 557 23
                                    


Aku menunduk. Wajah kemerahan Anaqi tak mampu aku pandang. Patut ke aku bagitahu je? Tapi kalau dia buat benda yang bukan-bukan macam mana?

Tapi kalau aku bohong, lambat laun dia akan tahu juga. Anaqi pandai baca riak wajah aku kalau aku tipu. Argh!

"Tell me, Ulya Mikayla..," nada suaranya sedikit menurun tetapi ada ketegasan di situ apabila lelaki itu mula memanggilku dengan nama penuh.

"Err..saya jatuh kat toilet tadi," jawabku sambil menunduk.

Jari jemari Anaqi memegang daguku dan dibawa wajahku supaya memandangnya. "Look at me and tell me who did this to you? Don't lie, please.."

Anaqi memaku pandangannya pada mataku. Spontan, aku mencapai tangannya. Kekuranya aku usap perlahan. Mengharapkan dia bertenang.

"Kalau saya bagitahu awak, awak janji takkan buat apa-apa yang bodoh?"

Anaqi menggeleng. "Aku tak boleh janji. Kau nak aku diamkan diri dan biar orang buat kat kau macam ni?"

"Then, saya tak boleh bagitahu awak..". Anaqi merenungku tajam.

"Kau tak nak bagitau takpa. Aku akan cari sendiri!"

"Awak, please. Saya okay je ni. Sikit je lebam ni. Esok lusa baiklah. Please, Anaqi. Saya tak nak awak buat apa-apa yang boleh merugikan awak!"

Aku peluk tubuh itu. Aku tak kira kalau ada mata-mata yang memerhatikan kami. Aku perlu tenangkan Anaqi dalam keadaan amarahnya di kemuncak.

Anaqi tidak membalas sebaliknya lelaki itu meleraikan pelukanku, mencapai helmet dan menyarungkan kepadaku. Gerak gerinya perlahan. Mungkin risau akan menyakitkan aku.

Melihatnya sudah di posisi bersedia untuk menunggang, aku naik di belakang tanpa banyak soal. Aku tahu waktu ini Anaqi perlu tenangkan dirinya sendiri.

Motosikal berkuasa tinggi itu menderu pergi. Tubuh Anaqi aku peluk bagai tidak mahu lepas. Ya, Allah! Sejukkanlah hati dia!

****

Makan malam bersama mama papa di meja, aku dihujani soalan berkaitan lebam di kepalaku. Seperti tadi, alasan aku tetap juga sama.

"Teruk juga nampaknya lebam tu. Dah sapu ubat ke, sayang?" Soal mama, prihatin.

"Dah, ma. Balik kolej tadi, lepas mandi terus Ulya sapu ubat. Takda apalah ni, ma. Nanti baiklah," ujarku.

"Hurmm lain kali hati-hati," pesan papa pula.

Aku mengangguk. Anaqi di sebelah tidak bersuara. Aku tahu tahu dia marah kerana aku menyembunyikan hal yang sebenar.

Selesai makan, aku menyertai mama dan papa menonton televisyen di ruang keluarga manakala Anaqi keluar dengan keretanya. Kemana, aku tidak tahu.

Jam 10 malam, aku meminta diri untuk masuk tidur.

Di dalam bilik, aku melihat lebam di cermin. Di awal tadi, kesannya tidak begitu jelas namun semakin lama semakin ketara.

Aku mengeluh.

Langkah diatur menuju ke arah bilik air. Aku membersihkan wajah dan menggosok gigi. Keluar dari bilik air, kelibat Anaqi masih belum kelihatan.

Dia pergi mana? Sepatah pun tak bercakap.

Sementara menunggu lelaki itu pulang, aku membaca novel. Entah bila, aku terlelap dengan lampu bilik yang masih terpasang.

Sentuhan di dahi mengejutkan aku dari lena. Aku terpisat-pisat bangun. Memandang Anaqi yang sudah pun pulang.

"Hurmm..awak pergi mana?"

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now