Part 3

13.4K 721 20
                                    

Hari Sabtu minggu ini aku cuti dari kerja di kafe. Jadi aku keluar bersendirian. Qaireen dan Diana masing-masing pulang ke rumah keluarga mereka. Adakala kalau aku cuti, aku ikut salah seorang. Maklumlah aku dah takda siapa-siapa. Kadang rasa sedih juga mengenang nasib diri tetapi aku percaya pada qada dan qadar yang Allah dah tetapkan. Pastinya ada hikmah yang lebih indah menanti. Siapa tahu?

Memandangkan aku tidak punya kenderaan, jadinya aku hanya menggunakan khidmat grab car sahaja. Sementara menanti kereta yang ditempah tiba, aku membuka facebook. Wajah pertama yang aku lihat tak lain tak bukan si buah hati pengarang jantunglah. Izz Anaqi.

Gambarnya yang sedang bersantai di tepi kolam. Anak orang kaya, rumah besar mesti ada kolam yang besar dan cantik. Untungnya hidup dia kan? Tak perlu fikir bersusah payah untuk cari duit sara hidup. Celik je mata, semua dah disediakan. 

Aku baca pula komen-komen pada gambar tersebut. Rata-rata memuji rupa paras Anaqi yang kacak. Ada juga yang memujinya seksi. Oh my! Please jangan menggatal sangat mata tu boleh tak? Nak saja aku reply macam tu. Tapi aku sedar aku bukan sesiapa pada lelaki itu. Empunya badan pun tak marah, takkan aku pulak nak melebih-lebih kan? Aku hanya mampu menjeruk perasaan. Uhuk!

Grab car tiba lalu aku memboloskan diri ke dalam kereta. Eh, macam kenal je? 

"Hai, Ulya..," sapa si pemandu.

"Oh hai awak! Saya tak tahu pulak awak buat grab.."

Iman tersenyum senget. "Baru je start. You know what? You are my first customer.."

Aku teruja. "Oh, really? So I'm the lucky one," balasku. Iman hanya ketawa kecil sebelum memulakan pemanduannya.

Haris Iman. Kami rakan sekolej. Satu course dan hampir setiap kelas aku sama dengan dia. Lelaki yang baik, sangat peramah dan menyenangkan. Aku selesa berkawan dengannya. 

Banyak yang kami sembangkan di dalam perjalanan. Tentang kolej, assignment, aktiviti harian masing-masing sehinggalah ke topik peribadi. 

Tiba di destinasi yang aku tuju, aku meminta diri. Sempat lagi Iman berpesan untuk menghubunginya jika ingin pulang. Sedia jadi driver aku katanya. Alahai sweet pulak awak ni Iman. Aku hanya mengangguk mengiyakan sahaja.

                                     ****

Hampir lewat petang, aku keluar dari mall. Berjalan-jalan di sekitar bangunan berhampiran. Cuci mata. Sewaktu ingin melintasi loronh kecil, aku terdengar suara orang menjerit. Bila aku menoleh, kelihatan seorang wanita sedang bergelut dengan seorang lelaki. Kelihatan seperti ingin meragut.

Aku berlari menuju ke arah mereka. Dengan menggunakan segala ilmu taekwando yang aku pelajari, aku hadiahkan sepakan sulung ke arah peragut berkenaan. Sebaik sahaja dia tumbang, aku meluru ke atasnya dan memberikan tumbukan padu di muka. Peragut itu jelas tidak menjangkakan tindakan aku namun dia sempat bangun dan melarikan diri.

Beg aku yang tercampak tadi aku kutip kembali lalu menghampiri wanita tadi. 

"Aunty okay?" Soalku. Melihatkan pemakaian wanita itu menunjukkan dia bukan sebarangan.

"Aunty okay. Terima kasih, nak. Tolong aunty tadi. Aunty tak tahu apa jadi kalau anak tak tolong tadi," ujar wanita itu.

"Sama-sama. Ada barang yang hilang tak?"

"Alhamdulillah. Takda. Semua selamat. Terima kasih sangat-sangat. Nama anak siapa?"

"Saya Ulya, aunty.."

"Oh, Ulya. Cantik nama. Secantik orangnya juga. Nama aunty Rubiah. Panggil aunty Ruby je. Takpun aunty sahaja dah cukup. Aunty terhutang budi dengan Ulya. Boleh aunty dapatkan nombor telefon Ulya?"

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now