Part 52

17K 545 14
                                    

"Please, abang..," rayuku lagi. Entah yang ke berapa kali aku tidak pasti.

Anaqi hanya memandang aku tanpa sebarang jawapan.

"Kalau abang tak nak pergi, Ulya tak nak kawan abang.."

"Betul tak nak kawan?" Soalnya kembali.

Aku mengangguk.

"Okay..," jawabnya ringkas.

Anaqi bangun dari sofa, menuju ke pintu utama rumah. Kunci kereta dicapainya.

Aku segera bangun mengekorinya.

"Abang tak sayang Ulya kan? Sebab tu abang tak nak ikut..," aku acah merajuk. Mahu melihat respon dari Anaqi.

Langkah lelaki itu terhenti. Tubuhnya dipalingkan menghadapku.

"Pergi siap. Abang keluar kejap. Nanti abang balik ambil sayang," arahnya.

Aku membeliakkan mata. Tak percaya.

"Tercegat lagi kenapa? Nak pergi ke tak nak?" Soalnya.

"Nak!!! Okay. Ulya siap sekarang. Nanti abang balik tau? Mandi and tukar baju.."

"Ye, sayang. Abang nak jumpa Muaz sekejap," ujarnya.

Aku jinjit sedikit, mencium pipinya pantas sebelum berlari mendaki anak tangga.

Sempat telinga menangkap bunyi ketawa dari Anaqi.

                        ****

Sepanjang perjalanan, aku tidak sudah-sudah mencuri pandang ke arah Anaqi di sebelah.

Cuba menelah apa yang ada di fikirannya saat ini. Namun, tiada apa yang aku temui.

Anaqi seorang lelaki yang bijak menyembunyikan perasaannya. Dia mampu beriak kosong.

Ah, susah betul nak baca air mukanya.

"Why?" Soalnya tiba-tiba.

"Why, what?" Aku menyoal kembali.

"Dari tadi intai apa? Ada something tak kena ke kat muka abang?"

Sempat Anaqi menelek wajahnya di cermin pandang belakang.

Aku ketawa.

"Oh! Takda apa. Saja tengok muka husband Ulya yang handsome ni. Abang..thank you!"

"What for?"

"Sebab setuju untuk ikut..," jawabku terharu.

"Hurmm.."

"Tu je?"

"Dah tu, sayang expect abang jawab apa?"

"Takda lah. Jawab jela apa-apa pun selain 'hurmm' je.."

"Abang setuju sebab sayang je. Bukan sebab abang rela nak pergi..," jawabnya terlebih jujur.

"Yelah. Rela ke tak rela ke, kena jugak rela. Haaa...banyak betul word rela tu".

Anaqi menarik hidungku. "Banyak sangat bercakap ni..," ujarnya.

"Abang...!" Aku gosok hidung yang sudah kemerahan.

Setengah jam kemudian, kami tiba di destinasi yang ditujui.

Aku meleraikan tali pinggang keledar. Membetulkan tudung dan baju yang tersarung di tubuh.

Anaqi hanya statik tidak berkutik. Saat ini barulah aku lihat keresahan di wajahnya.

Aku capai tangannya yang masih memegang stereng. Senyuman kuukir lalu mengangguk.

Menyalurkan sedikit keyakinan kepadanya. Aku melepaskan pegangan lalu membuka pintu kereta.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now