Dia juga tahu, dia tidak boleh bertindak sesuka hati.

"Raid...Fayyadh hantar mesej. Lokasi Mawar, dia dah jumpa."

Detik itu, matanya membuntang. Dada kembali diasak rasa khuatir.












Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.











HAMPIR 30 minit memandu, akhirnya mereka tiba juga di destinasi tujuan. Tempat ini sepatutnya menjadi lokasi terakhir Mawar berada.

"Kau tahu kan benda ni bahaya?"

Tidak menjawab, sebaliknya dia memanggung kepala. Mata dipejamkan beberapa detik. Berkira-kira betul atau tidak tindakan yang bakal dilakukannya selepas ini.

Dua jam yang lepas, Tengku Fayyadh mendapat mesej daripada nombor tidak dikenali. Mengatakan bahawa Mawar ada bersama mereka. Lokasi Mawar turut dinyatakan.

Tetapi mereka mahu Engku Raid datang ke sana tanpa melibatkan sesiapa pun, termasuklah pihak polis. Dan itu apa yang Engku Raid lakukan sekarang.

Menarik nafas dalam-dalam, Engku Raid cuba mententeramkan bahang amarah yang masih tidak reda. Jika si pelaku ada di depan mata, dia memang tak akan teragak-agak untuk menarik nyawa lelaki itu.

Lelaki yang telah membuatkan hidup dia huru-hara selama berpuluh-puluh tahun.

"Raid—"

"Ya, aku tahu. Tapi ni semua demi Mawar, demi anak kami. Ingat ni Fayyadh, kalau lagi dua jam aku tak keluar, call pihak polis. Yang penting sekarang ni Mawar. Jika aku tak selamat sekalipun, sekurang-kurangnya aku nak Mawar selamat keluar dari tempat ni." Suaranya tegas.

Pesanannya berbaur arahan dan sedikit amaran.

Tengku Fayyadh hanya mampu akur. Jika lelaki itu kata A, maka A lah jawapannya. Memang keras kepala. Lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan Mawar. Tak boleh bawa bincang dah.

Earpiece yang dipasang ke telinga, dia betulkan. Lalu bebola matanya bergerak perlahan memandang setiap langkah Engku Raid yang sudah berlari masuk ke dalam bangunan lama tersebut.

Engku Raid pula, baginya tiada apa yang penting melainkan Mawar. Dia sanggup menggadaikan nyawa demi Mawar. Mungkin itu salah satu cara untuk dia tebus kembali dosa-dosa lamanya.

Setiap derap langkahnya seiring dengan setiap saat memori bersama Mawar terimbas, menyelak langsir ingatan. Dada yang terasa sedikit sesak, dia urut seketika. Not now Raid!

"Mawar!" Suaranya bergema memenuhi seluruh ruang dalam bangunan tersebut.

Beberapa belas detik berlalu sudah berlalu, namun tiada sebarang suara yang membalas kembali. Engku Raid memegang dada. Gumpalan keluhan dilepaskan, kasar.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now