Demi cinta, dia sanggup lakukan perkara yang salah untuk dapatkan cinta hatinya

Ish ish ish! Tak patut betul Daniel buat begitu dekat Bella! Betulkan para pembaca sekalian?😢

♡♡♡♡♡♡

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku cuba melihat sekeliling dan aku perasan yang sekarang ni aku bukan dekat bilik aku?

Tapi bilik orang lain?!

Aku cuba imbas kembali perkara yang berlaku sebelum ini

Aku jumpa Daniel. Kemudian, dia tarik aku pergi lorong yang agak sunyi. Lepas itu, dia dekati aku dan cakap benda yang tak berfaedah

Dan dia tekup muka aku dan aku terus rebah

Aku terus sahaja mengetap bibirku apabila teringat kembali peristiwa yang berlaku sebentar tadi

Kemarahan aku ni hampir nak meletup. Kalau meletup ni, memang aku kerjakan Daniel berhabisan

Kedengaran pintu dibuka membuatkan aku segera mengalihkan pandangan ke arah tersebut

Wajahku terus berubah ketat apabila melihat Daniel sambil membawa dulang yang berisi roti serta susu

"Kau dah sedar? Maaflah kalau aku buat perkara ni. Aku buat bersebab Bell-"

Tanganku ringan sahaja menampar wajah jejaka di hadapanku. Bergetar sahaja tanganku selepas menamparmya dan aku hampir sahaja menangis

"Aw-awak memang dah melebihi batas, Tengku Daniel Darwish! Awak memang jantan paling tak guna pernah saya jumpa dan saya menyesal pernah cintai awak!" jeritku kepada Daniel

Daniel memegang pipinya yang ditampar oleh Bella sebentar tadi. Daniel memandang Bella dan jelas wajahnya sangat marah pada dirinya

'Padan muka kau, Daniel. Kau yang rancang dan kaulah yang pandai tanggung' desis Daniel

"Aku buat ni sebab aku sayangkan kau, Bella! Aku tak sanggup lagi kehilangan kau lagi" kata Danile dengan mendatar

"Sayang? Kalau awak sayangkan saya, awak takkan buat saya beginilah! Awak memang kejamlah Daniel! Lagi kejam daripada penculik" kataku seraya bangun dari katil tersebut

Daniel memegang lenganku membuatkan aku memandang Daniel dengan tajam

"Lepaslah! Awak ni tak takut dosa ke? Asyik nak pengang lengan saya je! Nasib berlapik dengan baju"

"Okay, aku minta maaf. Sebelum kau keluar, kau minumlah dulu susu ni" kata Daniel lalu menyerahkan segelas susu kepadaku

Aku mengambil susu daripada Daniel. Daniel tersenyum nipis apabila aku mengambil susu tersebut daripadanya

Aku tersenyum sinis. Aku segera menyimbah susu tersebut ke arah muka Daniel. Gelas tersebut aku lempar ke arah lantai dan membuatkan ia pecah

"Saya tak inginlah nak minum susu tu! Entah apalah yang awak letak dalam susu tu?" kataku dengan sinis

Daniel segera mengelap mukanya menggunakan sapu tangan yang terselit pada poketnya

"Aku tak gila lagi untuk letakkan apa-apa dalam susu. Aku masih waraslah" kata-kata Daniel membuatkan aku ketawa

Atau lebih tepat, ketawa yang agak sinis

"Awak gelar diri awak waras selepas semua yang awak lakukan hari ini? Lucu betullah lawak yang awak buat ni Daniel!" kataku dengan sinis

"Bella-"

"Stop it, Daniel. Cukuplah lepas apa yang awak buat pada saya. Saya harap mulai hari ini merupakan hari yang terakhir kita akan berjumpa" kataku lalu segera mengambil beg aku

"Bella! Jangan keluar. Kalau kau keluar, masalah kita akan semakin bertambah"

Masalah kita? Aku rasa bukan masalah kita tapi masalah 'dia'. Sudahlah sesuka hati larang aku keluar

Aku mengendahkan sahaja kata-kata Daniel lalu segera menuju ke arah pintu untuk keluar

Aku memulas tombol pintu lalu membuka pintu tersebut. Aku ternganga luas apabila melihat 4 orang lelaki sedang berdiri di hadapanku

'T-tak mungkin...'

"Maafkan kami kerana menganggu. Kami dari pihak JAIS telah mendapat laporan bahawa cik berdua-duaan dengan seorang lelaki tanpa ikatam yang sah" katanya

Kata-katanya sungguh membuatkan aku terkelu. Aku segera mengalihkan pandanganku ke belakang

Aku memandang tajam ke arah Daniel dan aku syak yang dia buat rancangan ni

Manakala Daniel hanya menundukkan kepalanya sahaja. Dia turut tak menyangka perkara ini akan berlaku

"A-awak yang buat semua ni?"

Alamak!! Daniel dengan Bella kena tangkap basahlah!! OMG!!

20 votes and I will update another chapter

Kali ni, saya tak bohong ahaks! Capai je 20 votes, saya terus update Bab 66😉💞

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now