Pening kepala nak menguruskan syarikat satu, nak layan kerenah Mawar pun satu. Tapi yang paling merisaukannya adalah keselamatan Mawar. Tak pernah dia rasa macam ini.

Tapi memang dia rasa tak sedap hati. Jika boleh, memang dia nak berada dengan Mawar selama 24 jam. Biar gadis itu sentiasa ada depan mata dia pun mengapa.

Tok! Tok! Tok!

Cukup tiga kali pintu diketuk, Engku Raid terus membuka mata. Tubuh ditegakkan seperti sedia kala. Wajah kosong tidak beriak dipasang seperti selalu.

Sedetik, keningnya terangkat apabila melihat Tengku Fayyadh melangkah masuk dengan wajah selamba. Tak tahu tujuan apa lelaki itu datang ke mari. Serasanya dia tak ada panggil pun.

Tengku Fayyadh pula, tanpa sepatah kata terus melabuhkan punggung berhadapan Engku Raid. Tangan ditompang ke bawah dagu, pandangan diluruskan ke arah lelaki berwajah kosong itu.

"Atas tujuan apa kau ke mari?" soal Engku Raid berbasa-basi. Ikutkan hati, nak je dia halau temannya itu. Tapi malas nak timbulkan perbalahan mulut.

Dia banyak kerja sekarang ini. Nak layan Mawar lagi.

"Aik, aku dah tak boleh datang sini ke?"

Engku Raid menghembus nafas malas. "Bukan tak boleh. Tapi selalu kalau nak datang, biasa kau call dulu."

Tengku Fayyadh tarik sengih. Kaki disilangkan, gaya bossy. Melihat wajah kusut Engku Raid, dia tahu lelaki itu tak berapa baik sekarang ini. Pasti ianya berkait dengan Mawar.

"Kau gaduh dengan Mawar eh?"

Berkerut kening Engku Raid. Gaduh? Ada jugalah dia gaduh mulut dengan Mawar pagi tadi. Itu pun sebab Mawar merajuk sebab dia tak mahu teman gadis itu di rumah.

Tapi rajukan Mawar tak tahan lama. Alih-alih gadis itu sendiri yang menghubunginya setelah 30 minit dia keluar. Tebakan Tengku Fayyadh kali ini ternyata tak berapa tepat.

"Tak. Tak ada masa nak bergaduh." jawabnya senada.

Tengku Fayyadh menjuih-juih bibir.

"Yalah, kau orang kan pasangan paling pahit manis di abad ini." Kedengaran seperti perlian. Tapi Engku Raid tahu lelaki itu sengaja bergurau.

Tapi gurauan Tengku Fayyadh sedikit pun tidak membuatkan dia ketawa. Fikirannya sekarang ini hanya ada Mawar, Mawar dan Mawar lagi.

"Eh aku sebenarnya datang ni nak bagitahu sesuatu." Tengku Fayyadh tepuk dahi. Dia baru teringat tujuan kedatangannya ke mari. Dia bukan datang saja-saja nak buat kacau.

"Tentang Mawar..."






"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







"LAIN kali buatlah lagi. Suka sangat buat orang risau kan?"

"Awak..."

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now