Alangkah terkejutnya Gempa apabila dia terdengar seseorang tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam biliknya tanpa diketuk. Gempa segera menoleh ke belakang dan dia dapat melihat Halilintar sedang jatuh tertonggeng di atas lantai.

Gempa: Ha-Halilintar...? A-apa yang awak buat tu...?

Gempa memandang Halilintar hairan apabila dia melihat lelaki itu dengan keadaan posisi yang... Aneh.

Kerana malu, Halilintar pun terus bangun dari jatuhnya dan menepuk-nepuk bajunya sambil berdehem kecil seolah-olah lupa akan kejadian memalukan tadi. Gempa ingin tertawa melihatnya namun dia menahannya sahaja.

Gempa: Halilintar, masuklah.

Hali: Huh? Aah... T-takpelah. Aku tak minat.

Gempa: Oh... Baiklah. Selamat malam.

Gempa mengukirkan senyuman manisnya ke arah Halilintar. Halilintar memandangnya. Entah apa yang telah menghasuti Halilintar, dia tiba-tiba melihat Gempa begitu cantik sekali tersenyum ke arahnya. Halilintar nampak tubir air mata Gempa dan Gempa kelihatan bersinar sekali. Mungkin kerana cahaya rembulan yang menerpa di wajah Gempa pada malam itu dan Gempa tidak membuka lampu bilik.

'C-cantik... Macam bidadari... '

Tersedar akan pemikiran kolotnya, dia terus menggeleng kepala dan mengalihkan perhatiannya. Tanpa dia sedari, wajahnya mula merona kemerahan kerana segan melihat pesona Gempa yang menawan itu.

Hali: Ah, t-tapi... Sebab kau yang ajak aku masuk... Jadi aku masuk jelah.

Halilintar pun tanpa segan-silu terus melangkah masuk ke dalam bilik kecil itu selepas menutup pintu bilik. Dia berjalan mendekati Gempa lalu duduk di atas tilam Gempa yang berada di atas lantai dan di sebelah Gempa.

Gempa: Maaf, ya? Saya takde katil untuk menyelesakan diri awak.

Hali: Tch! Takde apa lah sangat pun! Nanti beli jelah katil baru!

Halilintar mengalihkan pandangannya dari dipandang Gempa. Dia dapat merasakan bahawa wajahnya semakin panas apabila dipandang oleh remaja tersebut.

'Apsal dengan aku ni?!!! Sebab malu jatuh tadi ke?! Aaarrghh!! Kau bukan gay Hali! Kau bukan gay!!!! '

Gempa tersenyum sahaja. Dia berniat untuk menyimpan kembali buku album yang dilihatnya untuk memudahkan perbualannya antara Halilintar. Namun ia segera terhenti apabila Halilintar tiba-tiba bertanya.

Hali: Tu... Album kau dengan mak ayah kau ke?

Gempa: Y-ya... Saja nak tengok kembali kenangan bersama-sama arwah ibu dan ayah dulu...

Gempa hanya senyum pahit sahaja sembari memandang wajah ibu bapanya di muka album tersebut. Entah apa sudah jadi pada Halilintar pada malam itu tetapi hatinya mula bergelora untuk ketahui tentang Gempa.

Hali: Kau... Ada nak ceritakan aku apa-apa?

Gempa: Eh?

Hali: Tentang keluarga kau. Ceritalah. Aku akan dengar.

Halilintar menaikkan lututnya lalu dipeluk dan dia meletakkan dagunya di atas kepala lututnya. Dia memandang sayu ke arah Gempa seolah-olah menunggu Gempa untuk mula bercerita.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now