The Secret (Part 2)

Start from the beginning
                                    

Gempa: Adakah ia sampai mencederakan orang lain?

Ais menggeleng kecil.

Ais: Tak. Cuma... Mereka sahaja yang mencederakan aku. Sudah banyak kali mereka sengaja membuat aku letih dan tidak bermaya, apabila aku mula khayal, mereka mula ambil kesempatan dan mempermainkan aku. Macam... Cuba tolak aku jatuh bangunan, cederakan aku dengan pisau, conteng muka aku dan simbah aku dengan air. Aku sedar bahawa waktu tu aku tengah khayal, tapi aku tak dapat mengawal diri aku. Aku terpaksa menerima segala kesakitan dan keperitan yang menyakitkan. Menahan air mata daripada mengalir.

Gempa mula menggenggam bajunya untuk menahan rasa sakit. Dia dapat merasakan rasa kesakitan itu jika dia berada di tempat Ais.

Taufan tersenyum lembut apabila dia melihat sisi keprihatinan Gempa pada dirinya dan adik-adiknya. Dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya Gempa tidak memberikan reaksi yang sepertimana dia pernah lihat sebelum ni.
Taufan: Seterusnya ialah Thorn. Thorn... Jenis yang sering digelar 'Attention Seeker'. Teruk jugalah Thorn kena sebab ada juga yang panggil dia 'Toxic' sebab bagi mereka, semua perlakuan Thorn nampak macam sengaja ingin tarik perhatian orang.

Thorn: Hiks.. Isk... T-tapi Thorn tak pernah pun nak macam tu...

Gempa segera mendapatkan Thorn lalu memeluknya dengan erat. Thorn mula menangis apabila mengenangkan nasibnya.

Taufan: Mereka kata Thorn ni jenis sukakan perhatian orang ramai, talam dua muka dan banyak lagi. Tapi... Thorn sebenarnya ada masalah insecure pada dirinya. Dia rasakan yang kalau dia tidak dapat bersama sesiapa, dia akan berasa terancam dan tidak selamat. Maka dari itulah dia mahu menjaga hubungannya dengan orang lain dengan baik. Dia tak sukakan pergaduhan. Semua tahu yang Thorn agak lemah kerana fobianya yang tidak suka bersendirian. Dia rasa kalau dia seorang diri akan ada yang ingin menyerangnya. Walaupun kami tahu itu hanyalah imaginasi Thorn, tapi takkanlah kami nak biarkan saudara sendiri tersakiti dan berada dalam ketakutan?

Gempa mengangguk faham akan kata-kata Taufan. Dia menepuk-nepuk belakang badan Thorn sekadar mahu menenangkan remaja tersebut. Gempa membiarkan bajunya dibasahi dengan air mata Thorn kerana baginya sekiranya ia membantu melegakan Thorn maka dia tak kisah.

Gempa: Dan... Solar macam mana?

Taufan menghela nafas. Wajahnya agak ragu-ragu ingin bercerita tentang adik terakhirnya ini.

Taufan: Jangan terkejut pula. Sebenarnya Solar ialah Saintis Maniac. Dia sangat gilakan eksperimen dan tak suka waktu dia sedang bereksperimen diganggu. Sebab itulah kami selalu biarkan dia saja kalau dia sedang melakukan kajian di waktu malam. Kalau kami halang, dia akan mengamuk dan mula memberontak. Segala barang akan dibaling dan dilempar ke merata tempat dan dia tidak sesekali mempedulikan kesakitan orang yang menjadi mangsanya.

Gempa terkedu mendengar kata-kata dan penerangan Taufan. Dia seolah-olah tidak dapat percaya dengan apa yang didengarinya.

Taufan: Kalau Gempa masih ingat lagi akan kejadian sebelum ni, Solar marah pada kita sebab kita telah merosakkan bahan eksperimennya. Dan amarahnya... Nampaknya sampai sekarang masih belum reda nampaknya.

Ais tiba-tiba menyentuh tapak tangan Gempa dan menepuknya. Gempa mengalihkan pandangannya kepasa Ais.
Ais: Malam ni... Aku nak kau hati-hati. Kunci pintu bilik. Aku khawatir sama ada Hali atau Solar akan datang ke bilik kau. Entah apa yang akan mereka lakukan aku pun tak boleh bayangkan. Jadi Gempa, tolong ingat pesanan aku ni.

Gempa meneguk ludahnya kelat. Takutnya rasa apabila dia mendengar amaran Ais. Namun, dia khuatir jika keadaan ini terus berlangsung, mereka tidak akan sembuh. Jadi Gempa mula mencipta azam baharu.

Gempa: Yosh! Korang, izinkan aku jaga Halilintar sepanjang dia pengsan!

Kesemua yang berada di situ kecuali Gempa dan Halilintar terkejut mendengarnya. Mereka menatap wajah Gempa tidak percaya.

Blaze: Kau dah gila ke apa?! Kalau dia buat kasar dekat kau macam mana?!

Gempa terdiam sejenak. Mendengar soalan daripada Blaze membuatkannya berfikir seketika akan keputusannya.

Taufan: Kau pasti, Gempa? Aku takut Hali akan mengamuk lagi.

Gempa: S-saya pasti...

Taufan, Blaze, Ais dan Thorn terpaksa akur dengan keputusan Gempa. Mereka mengalah dan membantu Gempa untuk membawa Halilintar ke biliknya semula. Walaupun mereka terpaksa mengalah, namun jauh di benak hati mereka agak risau dengan Gempa. Kerana setelah itu mereka harus menolong Tok Aba untuk menjaga kedai.

Taufan: Kau pasti yang kau boleh uruskannya seorang diri?

Gempa mengangguk kecil cuba untuk meyakinkan Taufan sejurus untuk dirinya sendiri. Dia masih teragak-agak dengan keputusannya namun dia berharap yang dia dapat menemui sesuatu jika dia yang terpaksa menjadi korban.

Gempa: Saya akan cuba.










°•°•°•TO BE CONTINUE•°•°•°

Baiklah, anggap sahaja yang Hali sedar tu adalah situasi yang berlaku setelah itu. Ah, memang menyakitkan hati melihat Gempa terseksa. (T⌓T)

Tapi Gempa macam ada agenda sesuatu. Hmmm... Apa ya?

Oh ya, sebelum author sambung next chap, sila jawab soalan author dahulu, ya? Diharap faham yang jika selagi tiada jawapan yang mencukupi author tidak akan update. Mohon maaf salah silap author dan nantikan chapter yang akan datang setelah jawapan yang author perlukan sudah mencukupi. (*^▽^*)

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now