Gempa: Halilintar, kau sakit, kan? Sebab tu lah kau hina aku, kan? Sebab kau cemburu aku ni lebih sihat dari kau, kan?
Halilintar pula yang terasa berang. Dia segera bangun dari katilnya dan meluru ke arah Gempa. Kolar baju Gempa dicengkamnya kuat membuatkan Gempa sedikit terangkat badannya.

Hali: Biadap kau, eh?! Tumpang rumah orang tu, buat lah cara menumpang!!

Dan dengan cepat Halilintar menolak Halilintar sehingga Gempa terundur ke belakang dan terlanggar meja belajar milik Halilintar. Pinggang Gempa menjadi mangsa perlanggaran tersebut dan Gempa mula terduduk menahan rasa senak di pinggangnya.

Halilintar tersenyum puas selepas melihat penderitaan Gempa. Dia pun terus berlalu pergi dan keluar dari bilik meninggalkan Gempa menahan rasa sakit di pinggangnya. Gempa sedikit mengalirkan air matanya yang telah lama dipendam.

Gempa: Ughh... S-sakit... Sstt-..

Gempa cuba untuk bangun tapi setiap kali dia bergerak, dia dapat merasakan rasa sakit semakin berdeyut kuat. Gempa terpaksa juga menguatkan dirinya untuk bangkit dan tolong cuci tumpahan bubur dan air tadi seorang diri. Sambil-sambil dia mencuci, dia teringatkan cerita Taufan dan yang lain sebelum mereka beredar keluar untuk menolong Tok Aba di kedai.

°°•_°🌷(。┰ω┰。)🌷°_•°°

Gempa: Apa... Apa sebenarnya yang terjadi pada Halilintar? Taufan? Thorn? Solar? Saya perlu tahu!

Solar: Tsk! Kau tak payah lah nak tahu! Ini bukan urusan keluarga kau pun, kan?!
Gempa: Tapi saya juga sudah menjadi salah satu keluarga korang semua! Salahkah untuk saya tahu apa masalah kamu semua sebagai keluarga saya?!

Solar menjeling kesal ke arah Gempa. Dia pun terus berlalu pergi meninggalkan bilik yang sunyi itu sendirian. Tidak mahu masuk campur dan ditambah pula dia masih marah dengan Gempa tentang hal tadi.

Kini bilik tersebut menjadi sunyi. Blaze yang merasa canggung dengan suasana sebegitu pun mula berdehem kecil.

Blaze: Errrrm... Ekhem! G-Gempa... Kami bukan... Tak nak bagitahu. Cuma.. Kami rasa tak payah lah kot kalau kau tahu.

Thorn: Ha'a. L-lagipun kami tak nak nanti... Gemgem mula bencikan kami...

Gempa menatap hairan ke arah Blaze dan Thorn. Dia pun segera menoleh pula ke arah Taufan dan Ais secara bergilir-gilir.

Gempa: Saya tak kisah tentang semua tu. Yang penting sekarang ni, saya perlu tahu masalah kamu semua. Saya sudah menjadi ahli keluarga kamu, jadi saya seharusnya tahu! Andai kata berlaku situasi yang tidak dapat dijangkakan, sekurang-kurangnya saya sudah krtahuinya! Jadi beritahu saya dan saya janji takkan tinggalkan kamu semua!

'Itu pun jika korang tidak melampau menyakiti aku... '

Desis hati Gempa dalam janjinya. Dia juga takut sebenarnya untuk berjanji kerana dia masih belum mengenali para kembar tersebut. Namun melihat kesungguhan Gempa, 4 remaja lelaki tersebut (kecuali Halilintar) menghela nafas lega.

Taufan: Baiklah... K-kami cuba beritahu sedikit demi sedikit...

Mereka semua pun duduk kembali di atas lantai bilik Gempa. Sebelum itu, mereka sempat menempatkan Halilintar dalam kedudukan yang selesa sewaktu dia pengsan.

Suasana menjadi serius. Taufan sebagai sukarela mula membuka suaranya.

Taufan: Sebenarnya... Kami adalah kembar yang mengalami beberapa sindrom yang melibatkan... Mental kami.
Terdiam Gempa jadinya selepas mendengar pernyataan Taufan tersebut. Dia pun melihat pada wajah adik-adik Taufan yang mula menunduk sedih dan ada yang kesal seolah-olah tidak mahu menerimanya.

Taufan: Sebagai contoh... Hali ada masalah yang mana... Dia tak boleh marah. Kalau dia marah. Dia akan hilang pertimbangan dan mula berkelakuan kasar macam tadi. Dia akan serang sesiapa sahaja yang baginya adalah ancaman. Tapi jangan risau! Hali boleh dihentikan sama ada membuatnya pengsan ataupun segera memberikannya ubat. Tapi....

Gempa perasan yang wajah ceria Taufan sewaktu menceritakan cara untuk menyembuhkan Halilintar ada namun ia berubah pula kepada suram.

Gempa: Tapi... Kenapa?

Taufan: Hali tak dapat terima yang... Dia ada masalah seperti tu. Dan dia tolak mentah-mentah untuk makan ubatnya sebab baginya dia yakin yang dia tiada masalah tu. Jika Hali tak ambil ubat, maka masalah dia akan makin teruk dan jika makin teruk, Hali akan mula hilang kawalan dan menyerang sesiapa sahaja. Memang masa ni kami tak tahu nak buat apa melainkan terpaksa membuat Hali dikunci di dalam biliknya jika dia dalam luar kawalan sehinggalah dia pulih seperti biasa semula. Tapi kami sedar, kalau kami buat macam tu, ia akan mengakibatkan Hali tersinggung dan kecewa akan dirinya sendiri.

Panjang lebar Taufan memberikan penerangan tentang Halilintar kepada Gempa. Gempa yang mendengarnya mula berasa sebak di dadanya. Dia boleh bayangkan betapa terseksanya Halilintar apabila diperlakukan seolah-olah dia adalah seekor binatang buas yang amat susah dijinak dan hanya terpaksa disuntik dengan ubat pelali ataupun mengurungnya di dalam sangkar.

Namun, Gempa faham benar akan sebab saudaranya berbuat demikian. Ini demi kebaikan semua. Mereka tak nak Halilintar mencederakan sesiapa termasuk diri mereka sendiri. Tapi pada masa yang sama mereka juga tak sanggup berbuat demikian kerana ia seolah-olah membuatkan Halilintar jauh berbeza dengan mereka yang lain.










°•°•°•TO BE CONTINUE•°•°•°

Aahhh... Sedihnya dengan keadaan keluarga mereka. (T⌓T)

Dan ternyata bukan Halilintar seorang sahaja yang mengalami masalah tu, rupanya yang lain juga turut ada sama. Hmm... Agak-agak apa masalah mereka pula, ya? (;'༎ຶД༎ຶ')

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now