Knowing You (Part 4)

Start from the beginning
                                    

Gempa: Saya tahu yang korang rasa simpati pada saya, kan? Sebab... Kalau adik saya dapat lahir... Mesti saya bukan anak tunggal, kan?

Gempa mengeluarkan senyuman pahitnya. Dia membelek pula muka yang seterusnya.

Gempa: Lepastu...

BHAM!!

Semua yang berada di dalam bilik Gempa terkejut. Masing-masing menumpukan sepenuh perhatian mereka pada muka pintu bilik tersebut dan mendapati Halilintar sedang berdiri tegak di ambang muka pintu.

Hali: Apa... Yang korang buat dekat sini, hah?

Dengan nada suara yang datar dan dingin, Halilintar menjeling setiap penghuni bilik tersebut. Mereka yang mendapat jelingan tajam itu mula merinding ketakutan dan masing-masing bangkit dan berdiri tegak menghadap ke arah Halilintar.

Taufan: Ah.. Ahahaha... Kami tak buat apa pun. H-hanya... Berbual kosong?

Taufan menjadi selaku sukarela untuk menjawab soalan Halilintar. Manakala yang lain pula sudah menundukkan kepala menghadap lantai kosong. Mungkin lantai itu lebih menenangkan berbanding wajah datar Halilintar yang menyeramkan itu.

Halilintar hanya diam. Dia melihat wajah adik-adiknya seorang demi seorang sehinggalah ia jatuh ke arah Gempa. Pandangan Halilintar semakin tajam.

Hali: Oi, Gempa...

Gempa: Y-ya..?

Hali: Kau ada ceritakan dekat diorang pasal hal yang terjadi tadi ke, hah?

Gempa diam mengetap bibirnya. Dia tidak berani untuk menjawab soalan Halilintar. Dia sebenarnya ada terlupa akan janjinya dan Halilintar.

※☆••_°•(゜▽゜;)•°••☆※

2 jam sebelum Gempa dan Halilintar tiba ke rumah, mereka berdua baru sahaja keluar dari kawasan lorong yang menjadi tempat saksi bisu pergaduhan Halilintar dan kumpulang Sam tadi.

Gempa tepaksa mengekori Halilintar walaupun keadaannya masih ketakutan dan trauma.

Gempa: Halilintar... Maaf saya tak dapat tolong awak. B-balik nanti saya tolong rawat, ya?

Halilintar terhenti dari langkah kakinya. Dia diam membisu di sepanjang perjalanan mereka. Gempa semakin khawatirkan keadaan Gempa. Ditambah pula luka Halilintar yang nampaknya masih belum berhenti dari pendarahan.

Tiba-tiba Halilintar menoleh apabila Gempa mahu mendekatinya. Gempa terkejut dengan reflek tiba-tiba Halilintar dan ia membuatkan dirinya berdiri tegak seperti sedang berkawad.

Halilintar merenung wajah Gempa. Dia secara perlahan-lahan berjalan mendekati Gempa dan menatap remaja di hadapannya dengan dingin. Dengan tidak semenanya, wajah Gempa dicengkam kuat oleh Halilintar.

Hali: Hoi, kau dengar sini. Aku... Tak nak sesekali pun kau ceritakan pasal tadi dekat adik-adik aku.

Gempa: E-eehh?!! Thapi khenapha?!

Hali: Suka hati akulah!! Kau ingat, eh! Kalau kau cerita... NAHAS MUKA KAU AKU BELASAH!

Halilintar melepaskan cengkaman wajah Gempa lalu beredar pergi. Gempa terpaksa menahan kesakitannya dengan meringis kecil. Sakitnya cengkaman Halilintar seolah-olah ingin tercabut rahangnya rasa.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now