Lain pula bagi Mawar yang kini mengendurkan senyuman.

"Kenapa pula?" soal Mawar, tidak puas hati. Sikap Engku Raid yang satu ini memang tak boleh diubah ke? Mengawal dia saja.

Tapi kali ini bukan sebab itu Engku Raid tak mengizinkan Mawar keluar. Bukan kerana cemburu atau apa. Bukan itu. Tapi dia benar-benar tak senang hati.

Lebih-lebih lagi setelah dia mendapat satu pesanan mesej berbaur amaran semalam, membuatkan dia rasa keselamatan mereka diancam. Bukan setakat dia, tapi rasanya Mawar yang patut didahulukan sekarang ini.

"Mawar...dengar je cakap aku, please?"

Dengar saja nada suara Engku Raid seakan merayu, Mawar buang ego yang menjulang jauh-jauh. Tak mahu mengeruhkan keadaan yang baru ingin menjernih. Kepala terangguk-angguk, akur.

"Yalah..."

Engku Raid senyum. Kepala Mawar ditarik supaya bersandar ke dadanya.

"Jaga diri baik-baik sepanjang aku tak ada. Kalau ada orang pelik-pelik datang, jangan buka pintu. Kalau ada nombor tak dikenali call atau mesej, block je nombor tu terus. Faham sayang?"

'Sayang', perkataan yang jarang sangat Engku Raid guna. Tapi kerana itulah, hati Mawar jadi berbunga-bunga kembang setaman apabila mendengar sang suami menggunakan perkataan keramat itu.

"Ya faham..."













"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.














Flashback.

23 tahun sebelum.











"Raid...mana daddy ni? Cakap nak ambil. Lambatnya, Rasha penatlah..." Rasha membuang keluh. Kaki menyepak batu kecil di tar bawah. Bibir dijuih-juih ke depan.

Dah hampir satu jam menunggu tapi kelibat kereta daddy mereka masih tak kunjung tiba. Daddy kata nak ambil mereka untuk menyambut hari kelahiran mereka hari ini.

Tapi tunggu punya tunggu, pun tak sampai lagi. Rasha mulai bosan. Kanak-kanak seusianya mana betah bila perlu tunggu lama-lama. Lain pula dengan Raid yang masih kelihatan tenang.

Hmph! Raid tu semua benda nak tenang aje.

"Sabarlah...jalan jammed kot."

Yang sebetulnya Raid pun dah tak menyabar. Tapi mengingatkan dia abang, terpaksalah dia tunjukkan sikap yang lebih matang kepada Rasha. Tenang Raid tenang.

"Hmm, Rasha penatlah!" rungut Rasha. Beg sekolah bercorak kartun Hello Kitty yang disandang terus dilempar ke bawah.

Dia nak protes!

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now