Bab 15

1.8K 36 6
                                    

Selesai menjamu selera, masing-masing tersandar kekenyangan. Mika rasa dirinya semacam ular sawa menelan seekor kambing! Sedap memanglah sedap, bila overdose macam ni, Mika syukur sangat kalau tuan punya kedai hamparkan tilam sekali untuk tidur semalam. Dia punya tahap kemalasan itu memang tak boleh tahan!

Jimin bangun terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Sesekali berkumpul dan makan beramai-ramai memang membuka selera. Selalu asyik melantak seorang diri di rumah, memanglah membosankan. Usai membuat pembayaran, Jimin kembali ke meja makan.

"Jom, balik... Jangan ada yang berangan nak tidur sini." Jimin melihat ke arah Mika, semakin lama semakin melentok menahan kepala di dinding.

"Terima kasih, bos." Team member lain mengambil kesempatan mengucap rasa. Mika menggaru kepala. Kalau dia ucapkan, dia hanya ikhlas kepada Hisyam yang banyak membantu, bukan dengan Jimin.

"Errr... Terima kasih." Berat sungguh lidah untuk berkata-kata namun digagahi juga. Masing-masing mengangkat punggung dan beredar untuk pulang. Jimin singgah sebentar ke bilik air sementara yang lain sudah membawa haluan masing-masing pulang ke rumah.

Mata Jimin memandang susuk tubuh yang dia kenal. Ingatkan semua dah pulang, rupa-rupanya ada satu makhluk yang masih bertenggek di tepi motosikal. Jimin mempercepatkan langkah menghampiri kereta dan berpura-pura tidak nampak kelibat itu. Pintu kereta pacuan empat roda ditarik dan dia segera masuk ke dalam.

Lama Jimin termenung menghadap stereng, matanya melirik melihat daripada cermin sisi. Kalau ikutkan hati, boleh saja dia hidupkan enjin dan memecut balik. Bila memikirkan keadaan sekarang, dengan suasana semakin larut, Jimin bertindak keluar dari kenderaannya dan berjalan menghampiri orang itu.

"Buat apa tunggu sini? Tunggu kawan ke?" tegur Jimin.

Mika berpaling. Hurm... Dia sedikit kecewa kerana dia mengharapkan kehadiran orang lain. Mika terus membisu, bila berdepan dengan Jimin, rasa menyampah menguasai diri. Melihat orang di hadapan tidak memberikan respons, Jimin mula menyesal berbuat baik! Sombong!

"Tayar motor aku pancit. Tadi elok aje," jawab Mika. Langkah Jimin terhenti. Oh... Ada mulut rupa-rupanya.

"Hurm... Dah tu, nak buat apa sekarang?" soal Jimin.

Mika menjeling tajam, sama ada Jimin yang bodoh atau dia yang bodoh melayan orang itu. Nama pun tayar pancit, takkanlah nak buat CPR kut.

"Mana ada kedai buka time ni. Tinggallah motor tu dekat sini, aku hantar kau balik." Budak setan cuba berbuat baik. Kasihan juga kalau perempuan jadian dibiarkan sendirian. Mika masih berpeluk tubuh, rasa berat hati nak terima pertolongan daripada Jimin memandangkan sejarah hubungan mereka dingin! Kalau Mika berkeras hati sangat, gerenti kena tinggal seorang diri. Bila telefon member lain masa terdesak, haram nak sambut panggilan. Hesy... Apa lagi pilihan yang dia ada? Mika menarik nafas, malu usah cakaplah, rasa menyampah pun ada tapi kalau terdesak sangat, boleh sajalah sebab percuma, kan!

Pertama kali Mika menumpang kereta Jimin. Aduh... Celah mana nak letak kaki kalau ada sport shoes merata. Kalau dah tahu nak tumpangkan orang, patut kemas la sikit. Macam duduk dalam tong sampah. Senang cerita, perangai setan Jimin terserlah sekali perangai pengotor. Mika menggosok hidung beberapa kali, sengaja bagi signal kepada tuan punya kereta, memang jahanam persekitaran dalaman!

Muka saja handsome, perangai macam haprak.Patutlah tak laku. Mika mengumpat dalam hati.

"Terima kasih tumpangkan aku. Ni jalan balik ke rumah aku." Mika sua telefonnya kepada Jimin. Tak kuasalah dia nak cerita panjang lebar alamat rumah. Waze kan ada! Jimin hanya menjeling dan Mika mula rasa lain macam, rasa menyesal panjat naik kapal selam biru ni. Enjin kereta dihidupkan.

"Esok cuci kereta aku. Luar dalam kasi tiptop."

"Erk... Aku ke?" Mika inginkan kepastian.

"Taklah... Aku cakap kat nyamuk ni hah... Dah free curi darah aku, balas budilah."

Jimin mengundur kereta. Huh. Boleh tahan sengal Jimin ni. Setiap patah yang keluar dari mulut dia mesti berbaur sindiran. Mika diamkan diri. Harap-harap dia selamat sampai di rumah sebelum telinganya mengalami pendarahan teruk. Benarlah kata pujangga, bait-bait tutur kata manusia lebih tajam dari pedang.

"Esok aku ambil kau. Dalam pukul lapan."

"Eh, tak apa. Aku boleh pergi sendiri." Memang taklah dia nak naik lagi kapal selam biru ini. Dia pun ada keretalah, lagi comel dari benda alah ni. Saja Mika suka naik motor, senang nak cilok elak trafik.

"Simpan sikit bodoh itu. Aku pun tak suka sangat tolong orang yang aku tak kenal... Tapi selagi tak langsai hutang, aku tak lepas."

Mika tercengang. Bila masa dia pinjam duit setan ni?

"Tadi tu bukan belanja makan ke? Kenapa aku yang kena bayar? Yang lain pun kenalah bayar sekali."

Mika betul-betul tak puas hati. Kalau dia tahu perangai kedekut Jimin, taubat dia sanggup duduk di rumah masak sendiri.

Jimin ketawa jahat.

"Kau punya pekat bodoh tu sikit pun tak campur air, kan? Sudahlah aku belanja makan free, hantar balik rumah lagi. Lagi mahu tanya, mak cik? Esok basuh kereta aku."

Mika tercengang, ada juga manusia yang perangai macam ni. Jimin punya kedekut memang tahap paling tinggi. Ini kalau jadi suami, mahu dia rekod habis segala perbelanjaan. Masa tengah nazak, baru dituntut terus mati mengejut!

"Diam tu kira setujulah," sambung Jimin. Mika menayang wajah kelat. Kereta Perodua Myvi dia pun selalu hantar ke tempat cuci kereta, apa hal pula dia nak cuci kereta orang lain? Pula tu sikit punya besar dan luas. Mika menyesal sungguh malam ni. Patutlah dulu nenek pesan jangan selalu keluar lewat malam, setan sentiasa berkeliaran. Sah! Mika dah jumpa seekor!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 31, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Single Terlalu Lama!Where stories live. Discover now